Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini hanyalah satu mata dari mata2 rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita...... (syed Qutb)
SAHABAT-SAHABIAH
Thursday, December 25, 2008
USRAH suatu kekeluargaan
Dalam konteks gerakan islam : USRAH bererti satu unit keluarga yg diikat oleh kesatuan aqidah dan kesatuan pemikiran, kesatuan kesedaran tentang persamaan sejarah dan nasib dan kesatuan cita2 perjuangan untuk berkerjasama dan bantu-membantu memperkukuhkan Jamaah Islam dari pelbagai sudut bg melaksanakan amal jamaie dan amal islami dgn teratur sehingga tertegaknya daulah dan khilafah Islamiyyah seperti zaman Rasulullah s.a.w.
Rukun usrah ada 3
1) taaruf (berkenalan)
2) tafahum (berkefahaman)
3) takaful (berseimbangan)
setiap usrah akan ada seorang ketua yg digelar naqib, dan naqib lah yg akan meng'conduct' suatu usrah itu..
..em itu sedikit pengenalan ttg usrah...kisah dalam hidup ana pulak,usrah pertama ana rasa masa di matrik dahulu, subhanAllah, indahnya rasa usrah time tu. Antara kebaikan berada dalam usrah, kita x kan rasa keseorangan, ada sahaja yang betul2 take care pasal kita.kasih sayang kami diikat dgn hubungan UKHWAH yg merupakan prmata dalam usrah..jika kita melakukan kesilapan ada yg menegur. jika kita rasa kesulitan ada yg menolong. semua ahli usrah ibarat berpegang teguh kpd hadith Rasulullah s.a.w
"Perbandingan orang-orang mu'min dalam berkasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka dan dalam rasa simpati mereka adalah laksana tubuh badan yang satu" (HR. Bukhari dan Muslim)
Kehidupan di matrik ataupun di universiti, kita akan jauh dgn keluarga, selalunya keluarga akan bertindak menasihati kita dan membimbing kita supaya sentiasa berada di jalanNya..sebab itu lah usrah( atau terjemahan arabnya keluarga) amat2 la diperlukan terutama bg student2 dan juga mereka yg akan turun ke masyarakat...sahabat seusrah ana pernah berkata, usrah ni ibarat 'generator' utk 'regenerate' semangat kita dalam perjuangan memartabatkan Islam.
Naqib ana dulu slalu memperingatkan ana kita kene sentiasa ada dalam usrah, barulah kita dapat menepis kejahatan dari kalangan syaitan dan manusia dengan pertolongan Allah. Orang yg tidak duduk dalam usrah ibarat seekor kambing yg keseorangan yang menunggu utk diterkam serigala. Berbeza jika kita duduk dalam usrah, serigala tidak akan mndekati sekawan kambing..itulah analogy terbaik yang diterangkan Rasulullah s.a.w.
**nasihat ana pada sahabat2 carilah usrah dan masuklah kedalamnya, ntum akan rasa kelainan, ketenangan dan kemudahan dalam melaksanakan amanah..inshaAllah kita akan sentiasa di atas jalan menuju redhaNya selagi kita dalam usrah...sebelum ana habiskan ayat terakhir, ana attach skali kartun perihal usrah yg ana dapat time matrik..walaupun kartun muslimat, tp x mustahil utk dipraktikkan dalam muslimin....wallahu'alam
sahabat..kawan..teman??..mana satu gelaran kita?
kita sering membicarakan soal sahabat, kawan, teman...tp apa perbezaan semua ni...ada pepatah melayu menyebut, "kawan sewaktu senang mudah dicari tetapi kawan sewaktu susah sukar dicari"..secara x langsung menunjukkan kawan tu ada dua jenis dan berubah2 mengikut keadaan..sebab tu Rasulullah mengelarkan orang2 yg rapat dengannya dengan perkataan yg sangat cantik dan manis...itulah "sahabat"..dan sahabat adalah orang yg paling hampir dengan kita,sentiasa bersama kita sewaktu susah atau senang..orang yg baik adalah yg paling banyak manfaatnya pada saudaranya...renungkan sabda Rasulullah s.a.w.
” Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain ”
(HR. Bukhari).
Ukhwah yang paling lemah adalah huznuzon(kebersihan hati kita) pada sahabat dan ukhwah yang paling tinggi adalah mendahulukan sahabat kita dan kepentingannya sebelum kita dan kepentingan kita.
Sebenarnya ada byk lagi perihal ukhwah yg menjadi dasar bagi sesebuah pesahabatan yang juga pernah diterangkan oleh imam Hassan al Banna tp x dapat ana nk tulis disini,memandangkan memerlukan pmbacaan oleh ntum sendiri melalui buku2.
Soalan dari sahabat ana berkaitan dgn salam persahabatan yg berlainan jantina...pendapat ana secara keseluruhan adalah tidak salah malah dituntut untuk kita mengeratkan silaturrahim antara muslim...jgn kita lupa,setiap muslim adalah saudara seislam kita..cuma amat lah berbeza cara pergaulan atau perhubungan antara jantina yg sama dan berlainan jantina...hakikatnya persahabatan berlainan jantina perlunya kita menjaga diri dari fitnah dan zina dan apa2 yg menjurus ke atasnya...
Pendapat ana yg mengatakan kadang2 kita bole mengenali akhlak seseorang melalui profilnya bersandarkan pada profil yg gemar membalas ayat2 manja pada lelaki(bukan muhrim) yg berkenalan dgn nya...byk ana lihat,bukan sahaja di fs, dimana2 sahaja,lebih teruk lagi jika ayat2 itu akan menaikkan syahwat lelaki yg lemah imannya...hakikatnya bukanlah ana mengatakan empunya profile tu akhlak teruk, tp kita dapat bayangkan bahawa dia tidak memelihara dirinya sebagai seorang muslimah...perlu difahami,ayat2 wanita itu sgt berkesan pada hati lelaki...begitu juga jika profile seorang lelaki atau perempuan mempamerkan perhiasan yg hakikatnya haram dipamerkan kepada yg bukan muhrim..itu lah maksud ana.
Berdasarkan pendapat sahabat ana,"kmgkinan seorg lelaki tu..takut bersahabat dgn wanita,akan melalaikannya.."..ana benar2 sokong penyataannya..secara x langsung,penerangan ana yg atas tu pun menyokong penyataannya..tp muslim yang soleh dan solehah faham apa tujuan utama ukhwah dan sntiasa memagari diri dari fitnah..perlu diingat fitnah manusia lebih teruk dari membunuh...
Beberapa hadith Rasulullah..
"sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yg soleh, jika sekiranya ia terlupa(lalai) ia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya."
"sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah." (HR Imam Ahmad).
**InshaAllah, ana rasa cukup post ana utk bahagian ni, ana harap yg bertnya tu faham...jika nak dapatkan kefahaman yg lebih, bacalah buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" (dalam bab kewajiban saudara muslim..
ISLAM LIBERAL...atau lebih dikenali "Jahiliyyah Moden"
Bismillahirrahmanirrahim....alhamdulillah tercapai jugak hajat ana nak menulis hari ni...maaf sahabat semua sbb ana lewat post artikle kali ni...byk sgt yg perlu ana aula kan,syukur segalanya dipermudahkanNya....sepatutnya ana tulis artikle ni 1jam setengah yg lepas, tp tiba2 je handset berbunyi..nak tak nak terpaksa ana jawab memandangkan itu adalah suatu amanah...alhamdulillah,ana sambung balik..post ana kali ni berkenaan dgn islam liberal dalam NGO...
Perlu ana terangkan kat sini perihal maksud islam liberal tu sendiri. Islam liberal adalah satu bentuk pemikiran Jahiliah baru moden yang dianuti oeh sebahagian cerdik pandai Muslim hari ini khususnya yang berlatarbelakangkan pendidikan Barat yang cuba membebaskan diri daripada disiplin ilmu agama yang digagaskan oleh ulamak dan ahlisunnah wal jamaah. Pemikiran ini berasal dari ideologi sekular-liberal yang lahir di Barat. Pada hakikatnya pendokong pemikiran Islam Liberal bermatlamat menimbulkan keraguan terhadap kebenaran agama Islam dalam kalangan penganut-penganutnya.
Akhirnya timbul golongan yang dipanggil Islam Liberal yang tidak merasakan bahawa agama merupakan suatu yang penting dan berharga sehingga mereka boleh menerima amalan murtad. Golongan ini juga tidak merasakan bagaimana manisnya amalan soleh yang dijanjikan pahala serta bahayanya maksiat yang dijanjikan dosa. Golongan ini menjadikan dunia sebagai matlamat hidup walau pun mulut mereka begitu petah bercakap tentang akhirat. Apa yang ada dalam pemikiran mereka hanya keseronokan walau pun terpaksa bergelumang dengan dosa, kemewahan dengan mengenepikan halal dan haram serta saling berebut harta kekayaan dunia walau pun terpaksa mengkhianati amanah dan orang lain.
Golongan ini sentiasa merasakan bahawa segala tindakan mereka yang berwahyukan akal dan bertuhankan nafsu adalah tepat sedangkan sebarang teguran dan larangan berasaskan Islam yang sebenar dianggap sebagai penyekat kebebasan dan kemajuan. Akhlak dianggap masalah peribadi bukannya masalah yang boleh dikawal dengan perundangan. Islam adalah masalah hati bukannya agama yang terlibat dalam mengawal seluruh sistem kehidupan manusia. Apabila penyakit terlalu cintakan dunia dan bencikan kematian merasuk dalam diri maka tunjuk ajar berkenaan akhirat tidak dihirau lagi. Akhirnya wujud orang yang mengaku Islam tetapi perbuatannya tidak melambangkan Islam ( rujukan : darululum)
**sekarang kita dapat lihat,byk ngo2 yg merealisasikan islam liberal, antaranya sister in islam..sahabat ingat x?golongan itu pernah mempersoalkan hukum pembahagian harta dalam al-Quran..golongan itu juga pernah mempersoalkan kewajipan bertudung,seolah2 tudung hanya kehendak peribadi dan bukan arahan dari Allah utk muslimah...contoh yg lain astora jabat yg terang2an menolak hadith..ingat sahabat bahawa beliau prnah menafikan seksa kubur, mengatakan solat hanya 3 waktu dalam Quran??...golongan2 ini lah yg memutarbelitkan agama islam dengan tujuan menggoyah keimanan muslim..mereka hanya bertindak mengikut nafsu mereka..
**sebenarnya byk lagi contoh2 islam liberal yg jelas kita nmpak, tak perlu ana tulis di sini,sbb ntum sume bole tgk sendiri...."GOLONGAN YG CUBA MEMISAHKAN AGAMA DARI KEHIDUPAN/CARA HIDUP MEREKA".....wallahua'alam
Friday, December 5, 2008
as-syahid Imam Hassan al Banna pencetus harakah islamiyyah abad ke-20
Hassan al-Banna mengasaskan perjuangan gerakan islam setelah kejatuhan khilafah Islam yang terakhir pada 1924.Khilafah Islam yang jatuh akibat lalainya pemimpin2 Islam ketika itu kepada dunia dan rapuhnya Iman dalam setiap peribadi muslim. Penubuhan Ikhwanul Muslimin oleh beliau yang akhirnya menjadi ikon kepada gerakan islam yang lain. Awal abad ke-20, Hassan al-Banna berjaya menyatukan aliran pemikiran di mesir dan merencanakan kembali "manhaj perjuangan islam" dalam usaha menegakkan kembali kemuliaan Islam..jika kita lihat sejarah gerakan islam,byk yang akan kita pelajari, byk iktibar yg bole kita renungkan, tak mampu ana nak tulis semuanya kat sini, cuma ana akan tulis berkenaan manhaj tarbiyyah Ikhwanul Muslimin. Penulisan ana ni yang paling basic kefahaman manhaj tarbiyyah.Apa itu manhaj tarbiyyah dan marhalah2 nya???
doa dalam Al-Quran utk dikongsi
1.doa moga mendapat anak/zuriat yg soleh/solehah...dalam al-Quran surah Ash-Shafaat : 100
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!
*doa ini adalah doa ketika nabi Ibrahim a.s memohon kepada Allah s.w.t agar dikurniakan anak yg soleh iaitu nabi Ismail a.s. Seperti yang kita sedia maklum, sejak kecil nabi Ismail a.s. seorang yg taat dan sabar atas perintah Allah s.w.t. ,jika kita masih ingat peristiwa Allah menguji nabi Ibrahim a.s untuk menyembelih anaknya Ismail a.s. dan apa yg dijawab nabi Ismail a.s tatkala ayahnya bertanya pndapat nabi Ismail atas perintah Allah itu hanyalah "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"..inshaAllah amalkan doa ini moga ntum semua, adik beradik ana, dan ana sendiri bakal dikurniakan zuriat yg soleh/solehah.2.doa ketika memancing..ramai jugak sahabat2 ana yg suke memancing..bg yg selalu susah nk dapat ikan tu mulakan pancingan ntum dgn bismillah,dan baca doa ini . InshaAllah, Allah permudahkan rezeki kalian..doa ni dalam surah Al-An'am : 103
Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata) dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
*terutama kpd sahabat2 ana yg memancing kat parit dulu...lepas ni jgn lupa baca bismillah dgn doa ni ye...kepada sahabat dan ana sndiri, jgn kita lupa Allah lah yg empunya segala yg ada dilangit dan di bumi dan dilautan..setiap rezeki datang dari Allah dan pohonlah pertolongan Allah..walaupun kita hnya mnggunakan kayu dan mata kail utk memancing..x gitu sahabat semua..hu2...
inshaAllah sampai sini post ana utk perkongsian sahabat semua..kat atas ni pula ada post berkaitan hassan al-banna...pencetus harakah islamiyyah...awal abad ke-20
Saturday, November 8, 2008
kisah seorang yang dijaminkan syurga...
ana curi sedikit masa menulis kat sini time2 exam ni, ye la semangat nak tulis tu kuat sangat...inshaAllah moga tulisan ini bermanfaat buat diri ana khususnya dan sahabat2 yang disayangi kerana Allah..apa yg ana tulis ni perihal sifat dengki terhadap mukmin yang lain..sama2 la kita baca..
Anas bin Malik meriwayatkan pada suatu ketika kami duduk bersama Rasulullah s.a.w tiba-tiba baginda bersabda:
"Sekarang akan muncul seorang lelaki ahli syurga menjenguk kalian."Tiba-tiba muncullah seorang lelaki Ansar..Pada esok harinya dalam kesempatan yang sama Rasulullah s.a.w pun berkata seperti itu juga, lantas muncullah seorang lelaki yang sama seperti semalam. Pada hari ke-3, Nabi pun berkata demikian juga, lalu muncul lelaki hari pertama tersebut juga. Apabila Rasulullah s.a.w beredar, 'Abdullah 'Amar pun mengekori lelaki tersebut. Beliau mengatakan kepadanya,"Saya telah bergaduh dengan bapa saya dan saya bersumpah tidak mahu bersamanya selama 3 hari. Kalau saudara sudi menumpangkan diri saya dalam tempoh tu nescaya saya akan turut saudara pulang."
"Baiklah, saya sudi", jawab lelaki itu.
Anas r.a meriwayatkan bahawa 'Abdullah menceritakan yang beliau tinggal bersama lelaki tersebut selama 3 malam tetapi tidak pernah melihatnya bangun sembahyang malam. Cuma apa yang dilihatnya ialah apabila lelaki tersebut bertukar kedudukan ditempat tidurnya, ia sentiasa menyebut nama Allah s.w.t. dan bertakbir , sehinggalah akhirnya menunaikan solat fajar.
'Abdullah menambah: "Aku tidak pernah mendengar lelaki tersebut berkata kecuali dengan perkataan yang baik sahaja. Apabila berselang 3 malam maka aku pun hampir-hampir meremehkan amalannya," kata 'Abdullah. Selepas itu aku pun berkata kepadanya: "wahai hamba Allah, sebenarnya antara aku dan bapaku tidak ada berlaku apa-apa sengketa atau pergaduhan. Cuma aku telah mendengar Rasulullah s.a.w menyebut perihal dirimu sebanyak 3 kali. Beliau berkata"sekarang tampil menjengok seorang ahli syurga." Tiap kali orang yang muncul itu adalah saudara. Lantaran itulah saya ingin menumpangkan di rumah saudara untuk melihat apakah amalan saudara supaya dapat saya contohi. Tetapi saya tidak melihat saudara melakukan apa-apa amalan yang besar. Apakah yang menyebabkan saudara mencapai martabat seperti yang diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w. itu?
Jawab lelaki itu,"tidak ada apa yang saya lakukan kecuali apa yang telah saudara lihat."
Kata 'Abdullah: "ketika saya berpaling dan beredar lelaki tersebut memanggil saya dan berkata:"Tidak ada apa-apa yang saya lakukan,kecuali apa yang telah saudara lihat. Cuma saya tidak pernah menyimpan dalam hati saya hasrat menipu orang islam yang lain atau rasa dengki terhadap sesiapa, lantaran inilah yang meningkatkan martabat saya."
(Hadith riwayat Ahmad, dengan sanad perawi,mengikut al-Bukhari, Muslim dan Al-Nasa'i)..
**itulah antara sifat yang perlu ada bg seorang da'i, adapun sikap yang perlu ada bagi berhadapan dengan orang yang hasad adalah dengan sentiasa bersabar menunaikan solat,belindung diri dengan Allah dari kejahatan orang lain dan bercana perasangka.
biarlah prinsip dan pegangan hidup para da'i itu sesuai dgn seperti apa yang dilafazkan orang soleh " Ya Allah saksikanlah bahawa nama baikku telah disedekahkan kepada orang...
**dosa mengumpat atau hasad adalah dosa antara manusia dengan manusia, yakni tidak akan terampun melainkan orang yang diumpati itu memaafkan kita...sama2 lah kita muhasabah diri kita....semoga Allah sentiasa menghindarkan diri kita dari perbuatan hasad...inshaAllah...
Thursday, October 16, 2008
sedikit perkongsian dan pernambahan
ayat yang dikatakan itu adalah:surah Al-Hashr : 21-24
>>yakinlah dengan pertolongan Allah...kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar
>>ust. Syukri pernah cakap satu2nya muzjizat yg kita nampak dan beramal sehingga ke hari ini ialah Al-Quranulkarim...beramalah dengan nya.
>>sahabat ana pernah berbicara perihal agungnya ayat-ayat Allah..dan ayat-ayat Allah ini sesuai dengan setiap zaman dan keadaan...Jazakallah.... :-)
Tuesday, October 14, 2008
Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh
Renungilah firman Allah s.w.t :
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat. (Al-Baqarah : 214)
sahabat ana selalu ingatkan ana berubat dgn ayat2 syifa' dahulu barulah disusuli dgn ikhtiar dengan ubat-ubatan....ingatlah segala penyakit itu datang daripada Allah, dan hanya kepada-Nya lah kita mohon pertolongan dan hanya dengan izin Allah penyembuhan segala penyakit..
4. Surah al-Isra’: 82:
5. Surah asy-Syu’ara’: 80:
6. Surah Fussilat: 44:
Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".
[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.
**ana rujuk dari web darussyifa'....inshaAllah sama2 kita kongsi ilmu demi kebaikan ummah...
**sumber : http://www.darussyifa.org/ (web T.G Dato Dr Haron Din)..
Saturday, October 11, 2008
Allah s.w.t Memimpin Hati mu...
Dengan nama Allah,
Dialah yang mengaturkan kejadian kamu;maka ada sebahagian kamu yang kafir dan sebahagian dari kamu yang beriman;dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan(serta membalas masing-masing)(ayat:2)
Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat,dan Ia(Allah) menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali. (ayat:3)
[Diantara sebab-sebab kufur]orang-orang kafir[ialah kerana mereka]mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan dibangkitkan[sesudah mati]. Katakanlah:"Bahkan demi Tuhanku!Kamu akan dibangkitkan kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang telah kamu kerjakan. Dan yang demikian adalah mudah bagi Allah untuk melaksanakan.(Ayat:7)
Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan rasulNya serta kepada penerengan cahaya-Al-Quran-yang Kami turunkan. Dan [ingatlah] Allah Amat Mendalam Pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan.(ayat 8)
[Ingatkanlah!] masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan[untuk menerima balasan].-[Ingatlah!]sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.(ayat 9)
Tidak ada kesusahan [atau bala bencana] yang menimpa [seseorang] melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya [untuk menerima apa yang berlaku itu dengan tenang dan sabar],dan[ingatlah] Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(ayat 11)
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada diantara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak marahkan [mereka] serta mengampunkan kesalahan mereka [maka Allah akan berbuat demikian terhadap kamu] kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.(ayat 14)
Sesungguhnya harta-benda kamu dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian, dan disisi Allah jumlah pahala yang besar.(ayat 15)
Wednesday, September 24, 2008
10 malam terakhir...kuih raya..solat tahajjud.??
"Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah saw bersabda “Semua amalan anak Adam adalah untunya kecuali puasa, kerana puasa itu untukKu dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang sedang berpuasa, janganlah berkata keji dan meninggikan suara, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah “Aku sedang berpuasa”. Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang yang sedang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah Azzawajalla daripada bau misk. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira kerana puasa mereka” Muttafaq Alaih
>>ana rasa ni post ana terakhir kot sebelum bulan syawal menjelma, saje nak berkongsi dgn sahabat semua disamping mengisi waktu2 lepas subuh
>>hari-hari ramadhan berlalu...ada diantara kita berasa sedih dengan pemergian ramadhan kerana disaat mereka awalnya menanti kehadirannya kini meniti pemergiannya...x lupa pula yg seronok dengan kehadiran syawal dan bersiapsedia menghadapinya sejak sebelum Ramadhan lagi...itulah jenis2 manusia zaman skrang...tetapi hakikatnya Ramadhan akan pergi dan syawal akan menyusul..itulah sunnahtullah..
10 hari terakhir ramadhan, adalah antara waktu yg ditunggu2 oleh 2 jenis golongan
1)golongan yang menanti/memburu lailatulQadr...
2)golongan yang bersiap sedia/pecutan terakhir bersiap sedia menghadapi syawal..
jom kita renung dua golongan nie
>>mungkin selepas ni sahabat semua akan bersedia balik rumah kan, kemas rumah, buat persiapan raya....ada sahabat ana bg tau semalam bila kita dh balik rumah mmg susah kita nak istiqamah dalam ibadah sebagaimana kita berada di kampus..mmg ana x nafikan, untuk diri ana sendiri...tp macam mana kalau kali nie kita cuba sedaya upaya kita untuk menafikan kata2 nie..even kalau kita x dapat nak iktikaf kat masjid,tapi sekurang2nya kita hidupkan malam2 terakhir ramadhan kat rumah kita...rasa tu xkan menjadi alasan tul x??inshaAllah kita sama2 cuba ek..azam dengan usaha.
>>skrang ni pun waktu puncak orang buat mcm2 kuih raya..semperit la, sarang semut, rempeyek mcm2 lagi...biasanya satu malam dihabiskan. kita sanggup utk berjaga malam untuk menyiapkan kuih raya, tp sementara menunggu kuih raya dalam oven tu, apa salahnya curi sedikit masa utk solat tahajjud..solat sunat,baca Quran...baru nampak "cantik"...sambil uli tepung tu isi dgn zikrullah..sambil tunggu depan oven tu, teliti mushaf al-Quran, xdela kuih tu hasgus sbb tertido.mudah je kan...kalau mungkin pun x sempat nak solat taraweh kat masjid, buat secara sendirian, atau ajaklah ahli keluarga untuk berjamaah skali...sbb kalao bole jgn tinggalkan solat taraweh melainkan ada uzur syarie. Ye la, sbb bulan ni je ada solat taraweh, bulan syawal nnt dah xde dah....jadi sama2 la kita menghidupkan malam baki2 ramadhan..
"salam aidilfitri"
Saturday, September 20, 2008
LailatulQadar dan kita??
>>Rasulullah s.a.w sering menunggu 10 malam terakhir ramadhan,sedangkan baginda seorang nabi yang maksum..bagaimana dgn kita, adakah kita lebih mulia dan lebih maksum dari baginda?astaghfirulllah...hakikatnya setiap masa, setiap waktu kita sering melakukan dosa..x sudah2 malaikat pencatat amalan menulis amalan kejahatan kita akibat kejahilan dan dosa yang kita lakukan..tp kita pula seakan2 x mengharap keredhaan dan keampunan dari Allah atas dosa2 kita dengan meninggalkan amalan-amalan sunat bulan ramadhan dan sepuluh malam terakhir...
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Wednesday, September 17, 2008
Nuzul Quran dan lailatulQadar...kemuncak bulan tarbiyyah...jgn sia2kan waktu ni
>>17 ramadhan..sejauh mana pengetahuan kita...tau x nuzul Quran tu apa?...kalau tahu bagus la...tp xkan stakat tahu sbb waktu tu kita cuti??..nauzubillah..x sepatutnya mcm tu...kalau mcm tu la pemikiran kita slama ni, gi amik wudhuk, bukak Quran baca terjemahan dan tafsir...hayati dia, semoga berubah pemikiran kita
>>nuzul al-Quran,waktu diturunkan Al-Quran yang menjadi kitab panduan atau "manual-book" untuk seluruh manusia...Al-Quran cukup lengkap untuk kita,..di dalamnya ada ayat-ayat syifa'(kesihatan)...ayat2 hukum...kisah para Anbia(utk iktibar)...dan himpunan doa yg masih dan akan terus "releven" pada seluruh manusia sampailah hari Kiamat...itulah janji Allah...mukjizat Al-Quran, Allah pelihara ia sampai hari kiamat...dah 1400 tahun, tp xde satu ayat pun berubah...subhanAllah
>>kita slalu mngadu x tenang,tension, tertekan, jiwa kacau...tp kenapa kita x cari ketenangan melalui al-Quran??hairan kan?
>>kita slalu mengadu sakit, kita ikhthiar, tp kenapa x pernah susuli ikhtiar tu dengan ayat-ayat syifa' dari Quran??pelik kan?
>>kita selalu takjub kpd saintis2 perubatan barat kerana penemuan2 baru dlm perubatan, walhal mereka sendiri amik dari tafsiran Al-Quran....ganjilkan??
sahabat2 ku bacalah al-Quran, teliti ayat2nya, kaji tafsir2nya , baca terjemahannya dan tuntutlah Ilmu AlQuran....janganlah ia hanya mnjadi hiasan dinding, menjadi hiasan rak buku...
>>berkenaan dgn malam2 terakhir ramadhan...hiasilah ia dgn amal ibadah...gunakan mlm2 yg ada utk ibadah2 sunat...kalao agak2 susah nk bgun malam, pastikan solat isyak dan subuh kita, solat yang berjemaah..kerana ada hadith shahih menyatakan
"siapa sahaja yang mengerjakan solat isyak dengan berjemaah, maka seolah-olah dia telah mengerjakan solat separuh malam. Dan barangsiapa yang mengerjakan solat subuh secara berjemaah, maka seolah-olah ia mengerjakan solat malam seluruhnya.." (riwayat Ahmad-Muslim)
>>jadi,manfaatkanlah baki2 Ramadhan ini....pastikan ia berkesan terhadap hati-hati kita....nasihat utk diri jugak...wassalam.... :-)
sedikit sirah Rasulullah s.a.w brkaitan "pendapat seorang wanita"...hayati dan fahami...
>>apa yang ana nak ketengahkan dalam kisah ini, jugak diceritakan oleh ust ana..betapa pentingnya juga pendapat seorang muslimat/wanita/isteri dan xde sebab untuk kita(muslimin) berasa ego atas nasihat/pendapat /teguran mereka untuk kebaikan agama Islam..begitu jugak sebaliknya...sebab Rasulullah sendiri tidak berasa ego terhadap pendapat isterinya...
>>ingat balik surah firman Allah dalam surah at-Taubah :
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. at-taubah:71
>>inshaAllah, sama2lah kita mengambil manfaat daripadanya...ingat,kita hanyalah mata2 rantai,dan pasti akan ada yang terus menyambung mata2 rantai ini...wassalam... :-)
Saturday, September 13, 2008
fasa kedua telah menjelma...di mana kah kita?
Wednesday, September 10, 2008
kepadamu sahabat...syukran... :-)
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan.
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
copyright : unic-sebuah pertemuan
Saturday, September 6, 2008
Mukaddimah Khutbah Rasulullah s.a.w berkaitan Ramadhan...
"Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan syiyam(puasa) dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fukara dan masakin. Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarkannya. Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih;Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya. Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karana beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Ketahuilah! Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri dihadapan Rabb Al-'Alamin.
Friday, September 5, 2008
sedikit bingkisan Ramadhan.....
1.Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)." (Abu Hurairah r.a)
2.Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
3.Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
4.Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Bukhari & Muslim)
5.Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
6.Daripada Aisyah r.a. katanya: “Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.” (al-Bukhari & muslim)
7.Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (al-Bukhari)
8.Dalam sahih muslim disebutkan bahawa pada malam lailatulqadr seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul-Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang islam,kecuali rumah orang yang ada anjing. Apabila matahari naik esoknya,malaikat-malaikat itu naik semula serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas cahaya matahari,menyebabkan suasana dibumi dingin dan tenang..
9. Daripada Aisyah r.a berkata,aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, jika aku mendapati lailatulqadr,apa yg harus dibuat? Rasulullah s.a.w bersabda; apabila kamu mendapati lailatulqadr,bacalah doa ini " Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,Maha Mulia, Suka Mengampuni, Yang Maha Pemurah, maka ampunilah aku...
>>sahabat sekalian renung2 akan janji Allah ini....kita bertuah sbb Allah bagi peluang merasai ramadhan kali nie...janganlah kita sia2kan ramadhan yang berbaki 25 hari lagi...jadikan ini ramadhan terbaik kita,anggaplah ini ramadhan terakhir kita, tiada lagi ramadhan utk kita tahun hadapan...inshaAllah sama2 kita usaha...
Thursday, July 17, 2008
Bismillah..(in the name of Allah..)..
>>ana sbenarnya nak ucap syukran jazeelan kat sahabat ana sorang ni...bertungkus-lumus die nak carikan nama blog nie...patutnya ana yg kene tolong die,tibe2 terbalik pulak...die pulak tolong ana....nak buat macam mana kan,terpaksa mintak pendapat mereka yang lebih mahir dalam bidang nie..ye x??
>>inshaAllah..ana akan cuba manfaatkan blog nie..x kira dalam keadaan sedih, gembira atau marah(hehe..bukan perli ek) sesuai dengan nama die ibnul islam.....
>>kalau ntum sume perasan, ana x letak "ibnul melayu" kenapa ek??ana pun melayu.,tp ana pilih ibnulislam....sbb ana sayangkan Islam...dan dalam diri seseorang tu bukan bangsa menjadi ukuran, tetapi pegangan agamanya....dan hanya se nya, agama yang diterima disisi Allah itu adalah Islam....
>>ok lah ...tu hanya lah ucapan muqadimah blog ni...inshaAllah, utk bagi view sket pasal blog ana ni...ilal liqa'....assalamualaikum... :-)
Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .
Ulama' pewaris para nabi
UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai
Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan
"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"
Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia
Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi
Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah
Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa
"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"
Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..