SAHABAT-SAHABIAH

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."
Remember Allah Always

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Quran dan lailatulQadar...kemuncak bulan tarbiyyah...jgn sia2kan waktu ni


assalamualaikum...ni post ana yg ke-3...tak tau la mlm ni byk tul idea nak tulis lps tido 2 jam td...semangat tu memuncak...jadi sementara semangat tu ada gunakan sebaik mungkin......mlm ni dah masuk malam ke 17 ramadhan, rasa mcm baru semalam je sambut satu ramadhan, tiba2 dah 17....cepatnya..lps ni nak masuk 10 mlm terakhir pulak, malam kemuncak bagi bulan yg mulia ni....

>>17 ramadhan..sejauh mana pengetahuan kita...tau x nuzul Quran tu apa?...kalau tahu bagus la...tp xkan stakat tahu sbb waktu tu kita cuti??..nauzubillah..x sepatutnya mcm tu...kalau mcm tu la pemikiran kita slama ni, gi amik wudhuk, bukak Quran baca terjemahan dan tafsir...hayati dia, semoga berubah pemikiran kita

>>nuzul al-Quran,waktu diturunkan Al-Quran yang menjadi kitab panduan atau "manual-book" untuk seluruh manusia...Al-Quran cukup lengkap untuk kita,..di dalamnya ada ayat-ayat syifa'(kesihatan)...ayat2 hukum...kisah para Anbia(utk iktibar)...dan himpunan doa yg masih dan akan terus "releven" pada seluruh manusia sampailah hari Kiamat...itulah janji Allah...mukjizat Al-Quran, Allah pelihara ia sampai hari kiamat...dah 1400 tahun, tp xde satu ayat pun berubah...subhanAllah

>>kita slalu mngadu x tenang,tension, tertekan, jiwa kacau...tp kenapa kita x cari ketenangan melalui al-Quran??hairan kan?
>>kita slalu mengadu sakit, kita ikhthiar, tp kenapa x pernah susuli ikhtiar tu dengan ayat-ayat syifa' dari Quran??pelik kan?
>>kita selalu takjub kpd saintis2 perubatan barat kerana penemuan2 baru dlm perubatan, walhal mereka sendiri amik dari tafsiran Al-Quran....ganjilkan??

sahabat2 ku bacalah al-Quran, teliti ayat2nya, kaji tafsir2nya , baca terjemahannya dan tuntutlah Ilmu AlQuran....janganlah ia hanya mnjadi hiasan dinding, menjadi hiasan rak buku...

>>berkenaan dgn malam2 terakhir ramadhan...hiasilah ia dgn amal ibadah...gunakan mlm2 yg ada utk ibadah2 sunat...kalao agak2 susah nk bgun malam, pastikan solat isyak dan subuh kita, solat yang berjemaah..kerana ada hadith shahih menyatakan

"siapa sahaja yang mengerjakan solat isyak dengan berjemaah, maka seolah-olah dia telah mengerjakan solat separuh malam. Dan barangsiapa yang mengerjakan solat subuh secara berjemaah, maka seolah-olah ia mengerjakan solat malam seluruhnya.." (riwayat Ahmad-Muslim)

>>jadi,manfaatkanlah baki2 Ramadhan ini....pastikan ia berkesan terhadap hati-hati kita....nasihat utk diri jugak...wassalam.... :-)

No comments:


Doa yang ana ambil dari G7..geng2 G7 ni ramai agaknya yg dah berpunya..i'Allah,sama2 amalkan,moga terbinanya baitulmuslim..


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ulama' pewaris para nabi

Ulama' pewaris para nabi

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya



Sekiranya..

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya

keluar dari terus terlena



Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai

isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku

petunjuk kearah rahmat Mu



Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..



Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang soleha

Isteri yang sentiasa dihati



Amin, amin Ya Rabbal Allamin..