Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini hanyalah satu mata dari mata2 rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita...... (syed Qutb)
SAHABAT-SAHABIAH
Tuesday, November 29, 2011
Para Malaikat Mencari & Memenuhi Majlis Zikir
Wednesday, November 16, 2011
Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w.... terasa seakan Baginda s.a.w berada dihadapan kita....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, pada malam ni ana rasa tenang sikit, rasa nak menulis pula, mungkin cuba untuk menenangkan diri menghadapi tasmi' hari ahad ni..huhu.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
Friday, October 7, 2011
sifat wanita beriman (3)...sambungan
Telah menjadi kebiasaan bagi wanita-wanita zaman ini samada yang sudah bersuami atau pun masih belum berkahwin –kecuali mereka yang dipelihara oleh Allah- untuk mempunyai sahabat dari kalangan lelaki. Ini bertentangan dengan sifat wanita yang beriman dari kalangan hamba yang disifatkan oleh Allah dalam surah al-Nisa' yang bermaksud :
«…dan berikanlah kepadanya mas kahwinnya dengan kadar yang patut, sedang hamba itu perempuan yang baik, bukan perempuan lacur dan bukan pula mengambil lelaki lain sebagai teman secara rahsia…» [al-Nisa' : 25].
Inilah budaya barat yang cuba diserap masuk di kalangan wanita-wanita Muslimah kerana musuh-musuh Allah ini tahu bahawa rosaknya wanita Muslimah bererti rosaklah generasi Islam yang akan datang! Tetapi malangnya, fenomena ini dianggap biasa di zaman ini bahkan wanita yang tiada sahabat lelaki itu pula yang dikatakan ketinggalan zaman serta tidak pandai bersosial dan sebagainya. Allah jualah tempat meminta pertolongan. Kita boleh lihat sendiri laman-laman sosial yang memecahkan benteng sifat malu seorang wanita. Jika dahulu, muslimah malu mempamerkan dirinya dihadapan lelaki, tetapi kini tanpa rasa malu mempamerkan pelbagai2 gaya di dalam facebook. Tiada masalah jika gaya2 itu hanya dipertontonkan di kalangan wanita sahaja, tetapi yang berlaku sebaliknya. Lebih menyedihkan, terdapat segelintir muslimah yg suka apabila gambar2nya di komen oleh pelbagai jenis lelaki. Mungkin itu menunjukkan dirinya cantik dan dapat menjadi orang lain...Tetapi, adakah itu yang dikehendaki Rasulullah s.a.w? adakah sifat itu yang dicintai oleh Fatimah, puteri Rasulullah?
sesetengah berkata, "ala, sekarang ini zaman IT, dunia tanpa sempadan, kita kene ikut peredaran zaman".....benar, memang dunia tanpa sempadan, tetapi Islam itulah sempadannya. Kerana Islam sesuai dengan semua zaman sehingga kiamat...Zaman setelah kiamat adalah Mahsyar yang pasti tiba..
Jika bahagia didunia, paling lama pun 60 tahun, tetapi ISLAM membawa kita bahagia selama-selamanya.
ana tertarik dengan perkongsian ateh jazeera alward,
Wahai MUSLIMAH... Sebelum kakimu melangkah keluar rumah, berhenti sekejap.. pandanglah di cermin ke seluruh tubuhmu yg memikat... Andainya... rambutmu tidak ditutup cantik berikat.. tudungmu terlalu singkat... bajumu jarang dan ketat... seluarmu begitu sendat... betis dan lenganmu dpt dilihat... Fikirkan sejenak.. "Bagaimana jika aku dilanggar nanti... terdampar di tepi jalan yg tak pernah sunyi... disaksikan mata-mata yg memerhati... Izrail menjalankan tugas yg diberi.. memisahkan roh drpd jasadku sendiri... dan aku...MATI...? belum sempat ku bertaubat pd Ilahi... pastinya dosaku tidak diampuni... merana dan tersiksalah diri ini... di dlm neraka yg kekal abadi... kerana engkarku pd Allah Ya Rabbi... mampukah aku menahan diri.. dipukul, disiksa tanpa henti.. kerana salahku sendiri? Oh, kejamnya aku ini.. kerana menzalimi diri sendiri...." Na'uzubillahi mindzalik
Firman Allah lagi dalam surah yang sama mengenai sifat-sifat wanita yang baik itu :Sunday, August 7, 2011
Sifat wanita beriman (2)
sambungan bagi post wanita solehah, ana kongsikan disini antara sifat kedua wanita beriman
Sentiasa melazimi rumah dan tidak berhias-hias (tabarruj). Sekian banyak dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan bahawa melazimi rumah itu adalah lebih baik bagi seorang wanita. Setiap apa yang disebut sebagai 'baik' oleh Allah dan Rasul, maka tiadalah sesuatu pun yang lebih baik dari perkara itu.
Allah berfirman di dalam al-Quran yang menunjukkan perintah kepada isteri-isteri Nabi s.a.w yang bermaksud : "Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang dahulu…" [al-Ahzab : 34].
Ibn Kathir berkata ketika menafsirkan ayat ini : "Adab-adab ini telah Allah perintahkan kepada isteri-isteri Nabi dan wanita umat ini (untuk mereka mengikuti ummahat al-mukminin)…(ayat ini bermaksud) iaitu tetaplah kalian dan janganlah keluar tanpa sebarang hajat dan antara hajat yang dibenarkan syara' ialah solat di masjid dengan syarat yang telah ditetapkan".
Manakala al-Qurtubi pula berkata : "Ayat ini menunjukkan perintah untuk tetap di rumah, walaupun ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi, tetapi dari segi makna, ia juga merangkumi wanita-wanita lain, bagaimana tidak, sedangkan banyak perintah syara' yang menyuruh wanita tetap di rumah dan tidak keluar kecuali darurat".
Dalam suatu hadis, Nabi selawat berkata yang bermaksud : "Solat wanita di (bahagian dalam) rumahnya lebih baik dari solatnya di ruangan luar rumahnya, dan solatnya di dalam rumah kecilnya (makhda') lebih baik dari solatnya di dalam bahagian dalam rumahnya (tadi)".
Walaubagaimana pun, wanita dibenarkan untuk solat di masjid, tetapi solat mereka di rumah itu adalah lebih baik seperti yang dikatakan oleh Nabi s.a.w yang bermaksud : "Janganlah kamu halang isteri-isteri kamu (bersolat) di masjid, (akan tetapi) rumah-rumah mereka itu lebih baik bagi mereka"[8].
Dalam syarah hadis ini disebutkan : 'Solat wanita di rumah itu lebih baik bagi wanita daripada solat mereka di masjid sekiranya mereka mengetahui, tetapi mereka tidak mengetahuinya lantas meminta izin untuk ke masjid dan menganggap bahawa pahala mereka bersolat di masjid itu lebih banyak. Solat mereka di rumah itu lebih baik kerana ia lebih aman dari fitnah, lebih-lebih lagi setelah berlakunya tabarruj dan berhias-hias di kalangan wanita…'.
Perintah ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud : "Wanita itu aurat, jika dia keluar maka syaitan akan memandangnya, dan seorang wanita itu paling hampir dengan Tuhannya sekiranya dia berada tetap di dalam rumahnya".
Perkataan 'istasyrafa' dalam hadis di atas membawa maksud syaitan akan mencantikkan wanita itu di mata lelaki, dan ada pendapat yang mengatakan bahawa maksud hadis ini ialah syaitan akan memandang wanita itu untuk menyesatkannya dan orang lain akan menjadi sesat disebabkan olehnya.
Subhanallah! Hadis ini menunjukkan kelebihan melazimi rumah bagi seorang wanita dan itu merupakan antara cara yang terbaik untuk dia mendekatkan diri kepada Allah. Maksudnya sama seperti hadis yang menyatakan bahawa seorang hamba itu paling hampir dengan Allah dalam keadaan sujud, yang mana hadis ini menunjukkan kelebihan sujud dan galakan untuk memperbanyakkan sujud.
Perintah bagi wanita supaya tetap di rumah dan larangan untuk mereka keluar dikecualikan sekiranya mereka keluar dengan sebab-sebab dan hajat tertentu yang dibenarkan syara'.
Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w di mana Aisyah (r.a) menceritakan : Saudah(r.a) telah keluar –selepas turunnya perintah hijab- kerana hajat tertentu, dan dia adalah seorang wanita yang berbadan besar, mereka yang mengenalinya pasti akan akan mengetahui bahawa dia adalah Saudah (walaupun dia memakai pakaian menutupi seluruh badan ataupun keadaan malam yang gelap), maka Umar melihatnya lalu berkata : "Wahai Saudah, demi Allah, kamu tidak akan dapat menyembunyikan diri dari kami, maka fikirlah cara bagaimana kamu keluar tanpa dikenali." Aisyah berkata : "Maka Saudah pun pulang, dan Baginda berada di rumahku sedang makan malam dan tangannya menggenggam daging, lalu dia masuk dan berkata "Wahai Rasulullah, aku telah keluar untuk menunaikan hajatku dan Umar telah berkata kepadaku (itu dan ini). Aisyah berkata : "Maka Allah telah menurunkan wahyu kepadanya dan ketika keadaan itu selesai, daging itu masih berada di genggamannya seakan-akan beliau tidak mahu menyimpannya," lalu Nabi bersabda : "Kamu diizinkan keluar untuk memenuhi keperluanmu"....
...bersambung...
Sifat Wanita Beriman (1)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.... selamat berpuasa buat semua umat Islam ,moga kita sentiasa di dalam redha-Nya...
Lama ana tak berkongsi di sini kan, jadi InshaAllah, hari ini ana nak kongsi beberapa kisah...tidak terlepas kepada lelaki ataupun perempuan termasuk diri ana. Ana khususkan perkongsian ini dengan para rijal (atuk, ayah, abang, adik, suami, anak) yang bertanggungjawab menasihati, memastikan, mendidik, memahamkan dan melaksanakan apa yang dikongsi. Ana juga khususkan kepada para Nisa' (ibu, isteri, kakak, adik dan anak) yang bertanggungjawab menjaga, mengamalkan, menginsafi, mendidik dan melaksanakan apa yang dikongsi....siatu tajuk yang menjadi tanggungjawab semua..."Sifat Wanita Beriman"
Ada 3 post, dan ana akan post sedikit demi sedikit bagi memudahkan pembacaan...
Sekiranya seorang wanita itu berakhlak dan menghiasi dirinya dengan sifat-sifat berikut, maka bergembiralah dia dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah untuknya.
Yang Pertama....
Keimanan dan taqwa kepada Allah serta kecintaannya kepada Rasul (s.a.w). Seorang wanita itu seharusnya mendahulukan Allah dan Rasul dalam apa jua perkara serta menjadikan keduanya sebagai kayu ukur dalam setiap gerak-geri dan tingkahlakunya.
Allah berfirman yang bermaksud : "Tiadalah bagi lelaki yang beriman dan wanita yang beriman (hak) untuk memilih dalam urusan mereka apabila Allah dan RasulNya telah memutuskan urusan itu. Barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata" [al-Ahzab : 36].
Dan Nabi s.a.w telah menjanjikan bahawa mereka yang mendahulukan Allah dan RasulNya dalam setiap perkara maka mereka akan mendapat kemanisan iman.
Nabi bersabda yang membawa maksud : "Tiga perkara yang mana ia terdapat pada diri seseorang itu, maka dia akan merasai kemanisan iman ; orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala sesuatu; orang yang mencintai orang lain kerana Allah; dan orang yang membenci kekafiran sebagaimana dia membenci dimasukkan ke dalam api neraka".
Seorang wanita yang beriman itu selalu mengingati Allah dalam keadaan bersendiri mahupun ramai, dan dalam keadaan senang ataupun susah. Hatinya sentiasa terikat dengan Allah dan dia sentiasa memelihara iman di dalam hatinya dengan zikir, ibadah-ibadah sunat, membaca al-Quran serta memerhati tanda-tanda kekuasaan Allah. Kehidupan bagi seorang wanita itu bukanlah emas dan perhiasan, kehidupan juga bukan suami ataupun keluarga; tetapi kehidupan bagi seorang wanita itu ialah iman dan amalan-amalan soleh yang akan dibawa berjumpa Allah kelak.
Allah berfirman yang bermaksud : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan" [al-Nahl : 97].
Seorang wanita yang menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai tunggak hidupnya, maka dia akan menjalani kehidupan di dunia ini dengan aman dan bahagia.
Dari Suhaib al-Rumi, Nabi berkata yang bermaksud : "Sungguh mengkagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik, tidaklah perkara ini berlaku kepada seseorang pun melainkan orang mukmin, jika dia mendapat perkara gembira, dia bersyukur, itu adalah baik baginya, dan jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, itu adalah baik baginya"
...bersambung..
Friday, June 24, 2011
Assalamualaikum...salam setelah 5 bulan...
Kepada yang masih setia membaca blog ana, ana minta maaf sangat2 susah ana nak mendapatkan masa menulis kat sini. Kalau tengok pada tarikh bulan Feb 2011, leboh kurang 5 bulan lepas. Ini pun ana baru balik dari kelas kat Bangi. Walauapapun, ntum semua bolehla baca blog teman ana mujaheedahsolehah.blogspot.com.
Alhamdulillah, dia sentiasa update blognya dengan perbagai pengisian. Sekali lagi ana minta maaf sebab ana mmg tak cukup masa. Banyak penulisan ana sebelum ni, ana x sempat nak habiskan dan post, semuanya masih dalam bentuk draf.
Ana tetap akan biarka blog ana beroperasi, sebab mungkin suatu masa Allah akan izinkan ana untuk berkongsi pengisian pada ntum semua.
Jangan lupa ziarah ke page mujaheedahsolehah.blogspot.com... Pengisiannya juga menarik, banyak perkongsian ana telah dikongsi oleh beliau. InshaAllah
Jazakallah kepada semua...^^
Saturday, February 26, 2011
Bagusnya kalau semua restoran mcm ni...
Antara yang ana kagumi
Bukan ana nak mengatakan pekerja2 ni hebat kerana ada 'orang' cakap "don't judge a book by its cover", ana x kisah apa orang cakap, yg penting ana tahu melalui iktiqad hati akan terserlah akhlaknya . Tapi ana mengatakan hebat kerana pengurusannya yang bagi pendapat ana sangat menitik beratkan soal agama bagi pekerja dan pengunjungnya.
Sebab itu lah ana menulis ini, sebab pembaca blog ana terdiri daripada mcm2 orang, mungkin ada yg pengusaha restoran dan sebagainya. Apa salahnya jika kita meniru sikap mereka yang sangat menitikberatkan soal solat.. Pernah ana tumpang solat di restoran2, ada yg melayu, ada yg mamak, tetapi sentiasa sedih ana lihat ruang solatnya...kadang2 hanya memuatkan 1 orang ..kadang2 nak berwudhuk pun amik kat singki basuh tangan. Apa salahnya kita sediakan ruang lebih besar, beri kemudahan pada semua utk menunaikan tanggungjawab mereka pada Allah, kita beri makluman masuknya waktu solat (jgn hanya time nak buka puasa je) pada semua orang pengunjung hatta pekerja sekali pun... jgn lupa janji Allah, 'bila kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita"
Dan tambahan, bagi pendapat ana, tiada satu pekerjaan pun didunia ini yang tidak bersangkut paut dengan Allah, semuanya memerlukan pertolongan Allah, melainkan maksiat. Dalam apa perkerjaan kita, jadikanlah Allah sebagai matlamat..nasihat buat diri ana khususnya..
p/s : moga 'ulya 'illiyin dipermudahkan usahanya..Jadi faci sementara di MTNP ada suatu yg baik, i'Allah banyak hikmahnya...
Friday, February 11, 2011
Sempena Maulidur Rasul s.a.w. : 3 Golongan yang menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w.
Kuliah Ust di MPH TM menerangkan : alim ulama' membahaskan, ada 3 golongan manusia yang menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w
1) Golongan yang menanti kelahiran Rasulullah dan menghebahkannya, tetapi saat lahirnya Rasulullah s.a.w, mereka ingin membunuhnya sentiasa serta menafikan dan memerangi agama islam yang dibawa Nabi s.a.w.
2) Golongan yang tidak menanti kelahiran Rasul s.a.w. tetapi apabila saat lahirnya Muhammad s.a.w, sambutan yang dibuat begitu gah sekali, seolah2 tiada kegembiraan selain kelahiran Nabi s.a.w...tetapi saat baginda di utus menjadi Rasul, mereka lah golongan yang benar-benar memerangi Rasulullah s.a.w, menafikan agama islam dan sanggup mencederakan Nabi s.a.w.
3) Golongan yang tidak menanti kelahiran Muhammad s.a.w, tidak menyambut kelahiran Baginda, tetapi berjuang bersama-sama baginda, membenarkan Agama Allah, beriman pada Allah dan Rasul-Nya dan sanggup menggadaikan jiwa dan raganya kerana risalah yang dibawa Rasul.
Adapun golongan pertama, ialah golongan Yahudi. Mereka tahu kelahiran Nabi akhir zaman melalui kitab-kitab terdahulu, tetapi tidak dapat menerima hakikat, nabi itu lahir bukan dari keturunan mereka. Kerasa sombong dan bongkak, mereka memerangi Rasul dan ingin membunuhnya, sehingga sekarang masih memerangi agama Islam..
Adapun golongan kedua, adalah kafir Quraiysh, khususnya kisah Abu Jahal, saat kelahiran baginda, Abu Jahal di katakan antara manusia yg paling gembira, 24 ekor unta dikorbankan dan diberi makan pada orang-orang miskin. Dia juga pernah mendukung Rasulullah s.a.w tawaf keliling Kaabah lantas memberi ucapan "anak ini adalah dari keturunanku, dan kebanggaan ku. Tetapi saat Nabi s.a.w diutus menjadi Rasul, dia lah orang yang paling menentang Nabi, memerangi Nabi dan sanggup untuk membunuh Nabi s.a.w semata2 kerana takut kehilangan pangkat dalam pembesar Makkah. Kesamaran sikap tersebut ada di zaman sekarang, di mana suaranya lantang menyambut maulidur Rasul, tetapi tidak mahu menjalankan hak2 Allah, wasiat-wasiat Rasul, bahkan sanggup tidak rela Islam berkembang kerana risaukan pangkat dan kedudukan..
Adapun golongan ketiga adalah seperti Ummul Mukminin Siti Khadijah dan para sahabat...tergenang air mata apabila ustaz membicarakan berkenaan sifat "orang yang digelar ibu orang-orang mu'min ini".. Beliau menjadi teman yang paling rapat bagi Rasul, membenarkan kata2 nabi, menyokong perjuangan nabi dan sanggup menafkahkan seluruh hartanya bagi kerja-kerja dakwah Nabi s.a.w...Saat Siti Khadijah hampir wafat, kepalanya berada di riba Nabi s.a.w. Nabi melihatnya dengan rasa yang sangat sedih, Baginda lantas keluar dari rumahnya kerana tidak sanggup melihat kesakitan yang ditempuh oleh zaujahnya. Baginda menangis di hadapan rumahnya, saat itu turunlah Jibril a.s, lalu memberitakan kepada Nabi s.a.w," Wahai Nabi, Allah menyampaikan salam kepada Siti Khadijah. Saat itu, nabi bergegas masuk lalu menceritakan kepada Siti Khadijah. Siti Khadijah sangat gembira lalu berbicara pada suaminya "Wahai Suamiku, jika tiadlagi harta untuk dinafkahkan ke jalan Islam, galilah kuburku, ambillah tulang belulangku dan jualkanlah ia di pasar...Begitulah hebatnya seorang yang digelar ummul mu'minin. Imannya pada Allah dan Rasul berada ditahap yang sangat tinggi..
Justeru itu, berusahalah kita menjadi golongan yang ke tiga, yg sentiasa membenarkan risalah Nabi s.a.w, menyambung perjuangan Nabi s.a.w dan sentiasa beriman pada Allah dan Rasul-Nya...Wallahualam..
p/s : Alhamdulillah, 'ulya 'illiyin selamat pulang dari bumi anbia. Setelah kekecohan di Mesir...bangkitlah Pejuang Islam, bangkitlah Ikhwanul Muslimin..
Jangan menyambut valentine day atau apa-apa yg berkaitan dengannya...takutlah dengan hukum Allah...
Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2011...maaf la ,lama ana x update blog ana. Baru2 ni mcm berlaku, di Malaysia, di Mesir dan di mana-mana sahaja...itu yg ana x sempat nak update dari masa ke semasa...walau apa pun,alhamdulillah mlm tadi cadangnya nak berkongsi sedikit...tup-tup dan sejam lebih ana menulis...hasil lah penulisan/perkongsian blog pada hari ini...
jom kita membincangkan tajuk akhbat di atas....
Sedih/marah rasanya apabila membaca keratan akhbar ini...inilah yang dikatakan "saat orang ingin menegakkan agama Allah, melaksanakan perintah Allah dan mencegah kemungkaran, akan ada satu golongan yang sentiasa cuba utk menggagalkan usaha-usaha orang Islam, yang sentiasa cuba memisahkan Agama Allah dengan kehidupan hamba-Ahamba Allah.....
rasa2nya alasan puak2 Sister In Islam, "kubur lain-lain, jd jangan jaga tepi kain orang"..... jawapan orang kita pula "kalau kubur lain-lain, nanti hang mati, hang urus sendiri jenazah hang"....
Puak2 SIS tak pernah dengar kot hadith ni (hadith yang dipelajari semasa berada di Balik Pulau suatu ketika dahulu...)
Barangsiapa diantara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dn yang demikian itu (iaitu mengubah dengah hatinya) adalah selemah-lemah iman. (HR Muslim)
mungkin juga bagi pendapat SIS, couple itu bukan kemungkaran sebab mereka dah biasa kot... jgn dilupa juga, majlis fatwa pernah membicarakan...
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day)...
jadi kepada yang merasakan diri itu mengamalkan islam sebenar, jgn duk ngada2 nak sambut...even ucap sekalipun... malanglah bagi mereka yg Allah tarik nikmat hidayah dari hatinya... dan lebih malang lagi, orang yang menutup pintu hatinya setelah datang kebenaran kepadanya....
Kepada yang berkuasa, haramkan lah penubuhan SIS, kerana akan sampai satu waktu, akan terbit fitnah yang lebih besar dari ini... Jgn lah sekali-sekali berniat memisahkan agama dari kehidupan...Hatta kehidupan abadi menanti...inshaAllah..wallahualam..
p/s : tiba-tiba terkenang Gerak Kerja OPS masa malam tahun baru 2008 di Butterworth... seronok saat-saat itu semasa berkerja berjemaah
Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .
Ulama' pewaris para nabi
UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai
Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan
"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"
Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia
Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi
Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah
Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa
"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"
Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..