Yang ni makan utk 8 orang tau, bukan ana makan sorang... Dengan Nama Allah...alhamdulillah, petang ni rasa nak menulis sikit sebelum pegi riadah... biasanya hujung2 minggu mcm2 aktiviti ada kan...mjlis kahwin, pegi kedai, jalan2 dan paling kurang pun mengemas rumah... bagi yg rajin sikit tu, terlibat dalam mcm2 program, contohnya ada yg terlibat daam program di Maahad Pahang sekarang ni...bagus la...manfaatkan masa yg ada..
Hmm...bagi ana pula, hari ni pegi la singgah kat satu restoran arab ni, Restoran Rawsha.. tujuannya bagi menyambut hari lahir kakak sulong ana dgn makan bersama adik beradik yg lain... mungkin itu juga boleh jadi suatu ibadah kan, bersama keluarga...inshaAllah..
Tujuan ana tulis ni, ana nak berkongsi dgn sahabat pengalaman ana dgn restoran arab ni... pertamanya, saat masuknya waktu zohor, azan dilaungkan di restoran berkenaan bagi mengajak umat Islam bersolat. Memangla, jika makanan telah terhidang, dan azan dilaungkan, syarak membenarkan untuk kita makan dahulu bagi mengutamakan kekhusyukan.. tp perlu diingat, itu bukan alasan utk melewatkan solat. Dan yang paling balik, dirikan secara berjemaah. Nak dijadikan cerita, kebetulan masa tu makanan belum sampai, perut ni pun x la lapar pun (sebab dah makan roti pagi tadi).. ana dan adik beradik lain naik la atas utk bersolat..
Antara yang ana kagumi
1) Di sedianya ruang solat yang besar lagi selesa. Lengkap dgn kira-kira 7 pili air utk berwudhuk, berhawa dingin dan fully carpet dan yg paling best, kedap bunyi (x dengar bunyi kenderaan dari seberang jalan)... Alhamdulillah, mungkin tujuannya supaya jemaah khusyuk dan tenang ketika bersolat.
2) Jemaahnya terdiri daripada orang awam, pekerja dan tukang2 masak. Yang ana tertarik bila melihat chef ini, menunaikan solat secara berjemaah walaupun topi chefnya masih terlekat kat kepala.... Ya pastinya mereka bukan rakyat malaysia...
Bukan ana nak mengatakan pekerja2 ni hebat kerana ada 'orang' cakap "don't judge a book by its cover", ana x kisah apa orang cakap, yg penting ana tahu melalui iktiqad hati akan terserlah akhlaknya . Tapi ana mengatakan hebat kerana pengurusannya yang bagi pendapat ana sangat menitik beratkan soal agama bagi pekerja dan pengunjungnya.
Sebab itu lah ana menulis ini, sebab pembaca blog ana terdiri daripada mcm2 orang, mungkin ada yg pengusaha restoran dan sebagainya. Apa salahnya jika kita meniru sikap mereka yang sangat menitikberatkan soal solat.. Pernah ana tumpang solat di restoran2, ada yg melayu, ada yg mamak, tetapi sentiasa sedih ana lihat ruang solatnya...kadang2 hanya memuatkan 1 orang ..kadang2 nak berwudhuk pun amik kat singki basuh tangan. Apa salahnya kita sediakan ruang lebih besar, beri kemudahan pada semua utk menunaikan tanggungjawab mereka pada Allah, kita beri makluman masuknya waktu solat (jgn hanya time nak buka puasa je) pada semua orang pengunjung hatta pekerja sekali pun... jgn lupa janji Allah, 'bila kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita"
Dan tambahan, bagi pendapat ana, tiada satu pekerjaan pun didunia ini yang tidak bersangkut paut dengan Allah, semuanya memerlukan pertolongan Allah, melainkan maksiat. Dalam apa perkerjaan kita, jadikanlah Allah sebagai matlamat..nasihat buat diri ana khususnya..
inshaAllah, jagalah hak Allah, Allah akan menjaga hak kamu, ingatlah Allah, Allah akan mengingati mu....Wallahualam.
p/s : moga 'ulya 'illiyin dipermudahkan usahanya..Jadi faci sementara di MTNP ada suatu yg baik, i'Allah banyak hikmahnya...