Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini hanyalah satu mata dari mata2 rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita......
(syed Qutb)
SAHABAT-SAHABIAH
"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..." Remember Allah Always
Bismillahirrahmanirrahim, mlm ni diberi kekuatan utk ana menulis, walaupun pada asalnya nya ana mmg sgt susah hati, tak tahu la ckp mcm mana, semua tu ketentuan Allah.."Bila kita rasa susah hati, saat itu kembalilah kepada Allah, Allah dekat dengan kita",kata2 yg pernah ana ucapkan pada orang lain, tetapi rasa lemah apabila cuba di aplikasikan pd diri..... walau apepun, alhamdulillah, siang td ana berjumpa seniur ana 'satu bahtera' yg jauh lebih tua dari ana... pertemuan yang tak sia-sia, sedikit sebanyak memberi kekuatan dan ruang utk ana terus atas jalan ini, sekurang2nya adanya beliau menasihati....selepas pertemuan tu, terniang2 lirik lagu ini yang memberi kekuatan ana pada gerakan Islam...ana kongsi lagu itu di sini....
Bersatulah, Wahai Kaum Muslimin, Dengan Semangat Dan Roh Kebenaran, Berjihadlah Wahai Kaum Muslimin, Walau Susah Menempuh Cabaran.
Doa yang ana ambil dari G7..geng2 G7 ni ramai agaknya yg dah berpunya..i'Allah,sama2 amalkan,moga terbinanya baitulmuslim..
Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....