SAHABAT-SAHABIAH

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."
Remember Allah Always

Saturday, November 8, 2008

kisah seorang yang dijaminkan syurga...

Bismillahirrahmanirrahim....dengan nama Allah, ana bermohon semoga tulisan ini tidak lain hanyalah untuk kita muhasabah diri kita..inshaAllah..
ana curi sedikit masa menulis kat sini time2 exam ni, ye la semangat nak tulis tu kuat sangat...inshaAllah moga tulisan ini bermanfaat buat diri ana khususnya dan sahabat2 yang disayangi kerana Allah..apa yg ana tulis ni perihal sifat dengki terhadap mukmin yang lain..sama2 la kita baca..
Anas bin Malik meriwayatkan pada suatu ketika kami duduk bersama Rasulullah s.a.w tiba-tiba baginda bersabda:
"Sekarang akan muncul seorang lelaki ahli syurga menjenguk kalian."Tiba-tiba muncullah seorang lelaki Ansar..Pada esok harinya dalam kesempatan yang sama Rasulullah s.a.w pun berkata seperti itu juga, lantas muncullah seorang lelaki yang sama seperti semalam. Pada hari ke-3, Nabi pun berkata demikian juga, lalu muncul lelaki hari pertama tersebut juga. Apabila Rasulullah s.a.w beredar, 'Abdullah 'Amar pun mengekori lelaki tersebut. Beliau mengatakan kepadanya,"Saya telah bergaduh dengan bapa saya dan saya bersumpah tidak mahu bersamanya selama 3 hari. Kalau saudara sudi menumpangkan diri saya dalam tempoh tu nescaya saya akan turut saudara pulang."
"Baiklah, saya sudi", jawab lelaki itu.
Anas r.a meriwayatkan bahawa 'Abdullah menceritakan yang beliau tinggal bersama lelaki tersebut selama 3 malam tetapi tidak pernah melihatnya bangun sembahyang malam. Cuma apa yang dilihatnya ialah apabila lelaki tersebut bertukar kedudukan ditempat tidurnya, ia sentiasa menyebut nama Allah s.w.t. dan bertakbir , sehinggalah akhirnya menunaikan solat fajar.
'Abdullah menambah: "Aku tidak pernah mendengar lelaki tersebut berkata kecuali dengan perkataan yang baik sahaja. Apabila berselang 3 malam maka aku pun hampir-hampir meremehkan amalannya," kata 'Abdullah. Selepas itu aku pun berkata kepadanya: "wahai hamba Allah, sebenarnya antara aku dan bapaku tidak ada berlaku apa-apa sengketa atau pergaduhan. Cuma aku telah mendengar Rasulullah s.a.w menyebut perihal dirimu sebanyak 3 kali. Beliau berkata"sekarang tampil menjengok seorang ahli syurga." Tiap kali orang yang muncul itu adalah saudara. Lantaran itulah saya ingin menumpangkan di rumah saudara untuk melihat apakah amalan saudara supaya dapat saya contohi. Tetapi saya tidak melihat saudara melakukan apa-apa amalan yang besar. Apakah yang menyebabkan saudara mencapai martabat seperti yang diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w. itu?
Jawab lelaki itu,"tidak ada apa yang saya lakukan kecuali apa yang telah saudara lihat."
Kata 'Abdullah: "ketika saya berpaling dan beredar lelaki tersebut memanggil saya dan berkata:"Tidak ada apa-apa yang saya lakukan,kecuali apa yang telah saudara lihat. Cuma saya tidak pernah menyimpan dalam hati saya hasrat menipu orang islam yang lain atau rasa dengki terhadap sesiapa, lantaran inilah yang meningkatkan martabat saya."
(Hadith riwayat Ahmad, dengan sanad perawi,mengikut al-Bukhari, Muslim dan Al-Nasa'i)..

**itulah antara sifat yang perlu ada bg seorang da'i, adapun sikap yang perlu ada bagi berhadapan dengan orang yang hasad adalah dengan sentiasa bersabar menunaikan solat,belindung diri dengan Allah dari kejahatan orang lain dan bercana perasangka.
biarlah prinsip dan pegangan hidup para da'i itu sesuai dgn seperti apa yang dilafazkan orang soleh " Ya Allah saksikanlah bahawa nama baikku telah disedekahkan kepada orang...
**dosa mengumpat atau hasad adalah dosa antara manusia dengan manusia, yakni tidak akan terampun melainkan orang yang diumpati itu memaafkan kita...sama2 lah kita muhasabah diri kita....semoga Allah sentiasa menghindarkan diri kita dari perbuatan hasad...inshaAllah...

No comments:


Doa yang ana ambil dari G7..geng2 G7 ni ramai agaknya yg dah berpunya..i'Allah,sama2 amalkan,moga terbinanya baitulmuslim..


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ulama' pewaris para nabi

Ulama' pewaris para nabi

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya



Sekiranya..

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya

keluar dari terus terlena



Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai

isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku

petunjuk kearah rahmat Mu



Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..



Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang soleha

Isteri yang sentiasa dihati



Amin, amin Ya Rabbal Allamin..