Syukur pada Allah, pagi ini ana rasa nak menulis sangat, mungkin setelah terharu dengan apa yang dilalui sebentar tadi. Jam sekarang menunjukkan 2 pagi waktu Malaysia, 8 malam waktu Mansurah. Hari ini memasuki 7 Zulhijjah di malaysia dan 8 Zulhijjah di Makkah. Semua sedia maklum, 9 Zulhijjah merupakan hari wukuf bagi jemaah haji dan sunat berpuasa pada hari tersebut...
Apa pun, pagi ni ana x berhajat menulis berkenaan Aidiladha, ana simpan untuk penulisan hari ahad atau isnin nanti. Hari ana nak berkongsi sebuah buku yg baik, mantap pengisian ilmunya...Bunga Kebahagiaan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. (Dulu ana pernah kongsikan buku Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul, buku ni pun elok ada jugak)
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah Ar-Rum : 21)
Maha Suci Allah yang telah menetapkan fitrah ini pada seluruh manusia dan celaka lah bagi mereka yang melanggar atau menafikan fitrah ini. Itulah fitrah perkahwinan.
Ana tidak berniat untuk menghuraikan panjang lebar berkenaan perkara ini, sedangkan ana sendiri masih belum berkahwin dan ana masih lagi belajar ke arah tu. Tetapi niat ana adalah untuk berkongsi satu buku yang baik untuk panduan para suami dan isteri yang akan melayari rumah tangga. Jika Jakim mengatakan wajib menghadiri kursus kahwin sebelum berkahwin, manakala ana berhajat mengatakan "molek sangat-sangat la" ntum semua baca/menelaah/mengkhatamkan buku ini sebelum dan semasa mendirikan rumah tangga. Buku ini boleh dijadikan panduan yang baik bagi semua. Tak kisah la, yang dah nak menikah ke, yang dah bertunang ke mahupun yang masih xde calon. Kerana atas izin Allah ntum semua akan berkahwin juga. Mungkin akan menjadi seorang suami mahupun isteri. Masing-masing ada tangungjawabnya dan perlu dipelajari.
Buku yang ana maksudkan "Bunga Kebahagiaan oleh Tn Guru Nik Abdul Aziz". Pendapat ana buku ini baik, ia tidak terlalu tebal dan bahasanya mudah difahami.
Buku ini se nipis 194 muka surat, ataupun 1/3 ketebalan daripada novel2 cinta di kedai-kedai buku,
Merangkumi 24 Bab yang mudah difahami dan baik penerangannya.
Bab yang merangkumi persoalan berkahwin, tatacara soleh suami dan isteri, tanggungjawab, sirah pernikahan dan tips memegang amanah Allah yang besar ini.
Jadi, ana syorkan buku ini pada semua sahabat2 ana, pembaca blog ana. Kalau nak cari buku ni, kene cari di kedai2 buku Islam, Pustaka-Pustaka yang ada. Harga yang tertulis pun RM 20.
Sabda Rasulullah s.a.w,
"Demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut antara kamu kepada Allah S.W.T, orang yang paling takwa antara kalian kepada Allah. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat di malam hari dan aku juga berkahwin dengan wanita. Maka sesiapa yang benci kepada sunnahku maka dia bukan tergolong dalam golongan umatku".
Akhirul kalam, Allah tidak sekali-sekali menzalimi hambaNya, bahkan kita lah yang sentiasa menzalimi diri kita sendiri. Pujuklah diri untuk menuntut Ilmu Allah, ilmu Allah terlalu luas. "Ya Allah, jadikanlah kami antara hambaMu yang sentiasa diberi petunjuk dan diberkati amalan perbuatan kami"
Wallahualam