Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini hanyalah satu mata dari mata2 rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita...... (syed Qutb)
SAHABAT-SAHABIAH
Thursday, December 25, 2008
USRAH suatu kekeluargaan
Dalam konteks gerakan islam : USRAH bererti satu unit keluarga yg diikat oleh kesatuan aqidah dan kesatuan pemikiran, kesatuan kesedaran tentang persamaan sejarah dan nasib dan kesatuan cita2 perjuangan untuk berkerjasama dan bantu-membantu memperkukuhkan Jamaah Islam dari pelbagai sudut bg melaksanakan amal jamaie dan amal islami dgn teratur sehingga tertegaknya daulah dan khilafah Islamiyyah seperti zaman Rasulullah s.a.w.
Rukun usrah ada 3
1) taaruf (berkenalan)
2) tafahum (berkefahaman)
3) takaful (berseimbangan)
setiap usrah akan ada seorang ketua yg digelar naqib, dan naqib lah yg akan meng'conduct' suatu usrah itu..
..em itu sedikit pengenalan ttg usrah...kisah dalam hidup ana pulak,usrah pertama ana rasa masa di matrik dahulu, subhanAllah, indahnya rasa usrah time tu. Antara kebaikan berada dalam usrah, kita x kan rasa keseorangan, ada sahaja yang betul2 take care pasal kita.kasih sayang kami diikat dgn hubungan UKHWAH yg merupakan prmata dalam usrah..jika kita melakukan kesilapan ada yg menegur. jika kita rasa kesulitan ada yg menolong. semua ahli usrah ibarat berpegang teguh kpd hadith Rasulullah s.a.w
"Perbandingan orang-orang mu'min dalam berkasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka dan dalam rasa simpati mereka adalah laksana tubuh badan yang satu" (HR. Bukhari dan Muslim)
Kehidupan di matrik ataupun di universiti, kita akan jauh dgn keluarga, selalunya keluarga akan bertindak menasihati kita dan membimbing kita supaya sentiasa berada di jalanNya..sebab itu lah usrah( atau terjemahan arabnya keluarga) amat2 la diperlukan terutama bg student2 dan juga mereka yg akan turun ke masyarakat...sahabat seusrah ana pernah berkata, usrah ni ibarat 'generator' utk 'regenerate' semangat kita dalam perjuangan memartabatkan Islam.
Naqib ana dulu slalu memperingatkan ana kita kene sentiasa ada dalam usrah, barulah kita dapat menepis kejahatan dari kalangan syaitan dan manusia dengan pertolongan Allah. Orang yg tidak duduk dalam usrah ibarat seekor kambing yg keseorangan yang menunggu utk diterkam serigala. Berbeza jika kita duduk dalam usrah, serigala tidak akan mndekati sekawan kambing..itulah analogy terbaik yang diterangkan Rasulullah s.a.w.
**nasihat ana pada sahabat2 carilah usrah dan masuklah kedalamnya, ntum akan rasa kelainan, ketenangan dan kemudahan dalam melaksanakan amanah..inshaAllah kita akan sentiasa di atas jalan menuju redhaNya selagi kita dalam usrah...sebelum ana habiskan ayat terakhir, ana attach skali kartun perihal usrah yg ana dapat time matrik..walaupun kartun muslimat, tp x mustahil utk dipraktikkan dalam muslimin....wallahu'alam
Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .
Ulama' pewaris para nabi
UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai
Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan
"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"
Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia
Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi
Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah
Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa
"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"
Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
No comments:
Post a Comment