"Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah saw bersabda “Semua amalan anak Adam adalah untunya kecuali puasa, kerana puasa itu untukKu dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang sedang berpuasa, janganlah berkata keji dan meninggikan suara, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah “Aku sedang berpuasa”. Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang yang sedang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah Azzawajalla daripada bau misk. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira kerana puasa mereka” Muttafaq Alaih
>>ana rasa ni post ana terakhir kot sebelum bulan syawal menjelma, saje nak berkongsi dgn sahabat semua disamping mengisi waktu2 lepas subuh
>>hari-hari ramadhan berlalu...ada diantara kita berasa sedih dengan pemergian ramadhan kerana disaat mereka awalnya menanti kehadirannya kini meniti pemergiannya...x lupa pula yg seronok dengan kehadiran syawal dan bersiapsedia menghadapinya sejak sebelum Ramadhan lagi...itulah jenis2 manusia zaman skrang...tetapi hakikatnya Ramadhan akan pergi dan syawal akan menyusul..itulah sunnahtullah..
10 hari terakhir ramadhan, adalah antara waktu yg ditunggu2 oleh 2 jenis golongan
1)golongan yang menanti/memburu lailatulQadr...
2)golongan yang bersiap sedia/pecutan terakhir bersiap sedia menghadapi syawal..
jom kita renung dua golongan nie
>>mungkin selepas ni sahabat semua akan bersedia balik rumah kan, kemas rumah, buat persiapan raya....ada sahabat ana bg tau semalam bila kita dh balik rumah mmg susah kita nak istiqamah dalam ibadah sebagaimana kita berada di kampus..mmg ana x nafikan, untuk diri ana sendiri...tp macam mana kalau kali nie kita cuba sedaya upaya kita untuk menafikan kata2 nie..even kalau kita x dapat nak iktikaf kat masjid,tapi sekurang2nya kita hidupkan malam2 terakhir ramadhan kat rumah kita...rasa tu xkan menjadi alasan tul x??inshaAllah kita sama2 cuba ek..azam dengan usaha.
>>skrang ni pun waktu puncak orang buat mcm2 kuih raya..semperit la, sarang semut, rempeyek mcm2 lagi...biasanya satu malam dihabiskan. kita sanggup utk berjaga malam untuk menyiapkan kuih raya, tp sementara menunggu kuih raya dalam oven tu, apa salahnya curi sedikit masa utk solat tahajjud..solat sunat,baca Quran...baru nampak "cantik"...sambil uli tepung tu isi dgn zikrullah..sambil tunggu depan oven tu, teliti mushaf al-Quran, xdela kuih tu hasgus sbb tertido.mudah je kan...kalau mungkin pun x sempat nak solat taraweh kat masjid, buat secara sendirian, atau ajaklah ahli keluarga untuk berjamaah skali...sbb kalao bole jgn tinggalkan solat taraweh melainkan ada uzur syarie. Ye la, sbb bulan ni je ada solat taraweh, bulan syawal nnt dah xde dah....jadi sama2 la kita menghidupkan malam baki2 ramadhan..
"salam aidilfitri"
No comments:
Post a Comment