Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini hanyalah satu mata dari mata2 rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjuangan kita...... (syed Qutb)
SAHABAT-SAHABIAH
Thursday, December 25, 2008
USRAH suatu kekeluargaan
Dalam konteks gerakan islam : USRAH bererti satu unit keluarga yg diikat oleh kesatuan aqidah dan kesatuan pemikiran, kesatuan kesedaran tentang persamaan sejarah dan nasib dan kesatuan cita2 perjuangan untuk berkerjasama dan bantu-membantu memperkukuhkan Jamaah Islam dari pelbagai sudut bg melaksanakan amal jamaie dan amal islami dgn teratur sehingga tertegaknya daulah dan khilafah Islamiyyah seperti zaman Rasulullah s.a.w.
Rukun usrah ada 3
1) taaruf (berkenalan)
2) tafahum (berkefahaman)
3) takaful (berseimbangan)
setiap usrah akan ada seorang ketua yg digelar naqib, dan naqib lah yg akan meng'conduct' suatu usrah itu..
..em itu sedikit pengenalan ttg usrah...kisah dalam hidup ana pulak,usrah pertama ana rasa masa di matrik dahulu, subhanAllah, indahnya rasa usrah time tu. Antara kebaikan berada dalam usrah, kita x kan rasa keseorangan, ada sahaja yang betul2 take care pasal kita.kasih sayang kami diikat dgn hubungan UKHWAH yg merupakan prmata dalam usrah..jika kita melakukan kesilapan ada yg menegur. jika kita rasa kesulitan ada yg menolong. semua ahli usrah ibarat berpegang teguh kpd hadith Rasulullah s.a.w
"Perbandingan orang-orang mu'min dalam berkasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka dan dalam rasa simpati mereka adalah laksana tubuh badan yang satu" (HR. Bukhari dan Muslim)
Kehidupan di matrik ataupun di universiti, kita akan jauh dgn keluarga, selalunya keluarga akan bertindak menasihati kita dan membimbing kita supaya sentiasa berada di jalanNya..sebab itu lah usrah( atau terjemahan arabnya keluarga) amat2 la diperlukan terutama bg student2 dan juga mereka yg akan turun ke masyarakat...sahabat seusrah ana pernah berkata, usrah ni ibarat 'generator' utk 'regenerate' semangat kita dalam perjuangan memartabatkan Islam.
Naqib ana dulu slalu memperingatkan ana kita kene sentiasa ada dalam usrah, barulah kita dapat menepis kejahatan dari kalangan syaitan dan manusia dengan pertolongan Allah. Orang yg tidak duduk dalam usrah ibarat seekor kambing yg keseorangan yang menunggu utk diterkam serigala. Berbeza jika kita duduk dalam usrah, serigala tidak akan mndekati sekawan kambing..itulah analogy terbaik yang diterangkan Rasulullah s.a.w.
**nasihat ana pada sahabat2 carilah usrah dan masuklah kedalamnya, ntum akan rasa kelainan, ketenangan dan kemudahan dalam melaksanakan amanah..inshaAllah kita akan sentiasa di atas jalan menuju redhaNya selagi kita dalam usrah...sebelum ana habiskan ayat terakhir, ana attach skali kartun perihal usrah yg ana dapat time matrik..walaupun kartun muslimat, tp x mustahil utk dipraktikkan dalam muslimin....wallahu'alam
sahabat..kawan..teman??..mana satu gelaran kita?
kita sering membicarakan soal sahabat, kawan, teman...tp apa perbezaan semua ni...ada pepatah melayu menyebut, "kawan sewaktu senang mudah dicari tetapi kawan sewaktu susah sukar dicari"..secara x langsung menunjukkan kawan tu ada dua jenis dan berubah2 mengikut keadaan..sebab tu Rasulullah mengelarkan orang2 yg rapat dengannya dengan perkataan yg sangat cantik dan manis...itulah "sahabat"..dan sahabat adalah orang yg paling hampir dengan kita,sentiasa bersama kita sewaktu susah atau senang..orang yg baik adalah yg paling banyak manfaatnya pada saudaranya...renungkan sabda Rasulullah s.a.w.
” Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain ”
(HR. Bukhari).
Ukhwah yang paling lemah adalah huznuzon(kebersihan hati kita) pada sahabat dan ukhwah yang paling tinggi adalah mendahulukan sahabat kita dan kepentingannya sebelum kita dan kepentingan kita.
Sebenarnya ada byk lagi perihal ukhwah yg menjadi dasar bagi sesebuah pesahabatan yang juga pernah diterangkan oleh imam Hassan al Banna tp x dapat ana nk tulis disini,memandangkan memerlukan pmbacaan oleh ntum sendiri melalui buku2.
Soalan dari sahabat ana berkaitan dgn salam persahabatan yg berlainan jantina...pendapat ana secara keseluruhan adalah tidak salah malah dituntut untuk kita mengeratkan silaturrahim antara muslim...jgn kita lupa,setiap muslim adalah saudara seislam kita..cuma amat lah berbeza cara pergaulan atau perhubungan antara jantina yg sama dan berlainan jantina...hakikatnya persahabatan berlainan jantina perlunya kita menjaga diri dari fitnah dan zina dan apa2 yg menjurus ke atasnya...
Pendapat ana yg mengatakan kadang2 kita bole mengenali akhlak seseorang melalui profilnya bersandarkan pada profil yg gemar membalas ayat2 manja pada lelaki(bukan muhrim) yg berkenalan dgn nya...byk ana lihat,bukan sahaja di fs, dimana2 sahaja,lebih teruk lagi jika ayat2 itu akan menaikkan syahwat lelaki yg lemah imannya...hakikatnya bukanlah ana mengatakan empunya profile tu akhlak teruk, tp kita dapat bayangkan bahawa dia tidak memelihara dirinya sebagai seorang muslimah...perlu difahami,ayat2 wanita itu sgt berkesan pada hati lelaki...begitu juga jika profile seorang lelaki atau perempuan mempamerkan perhiasan yg hakikatnya haram dipamerkan kepada yg bukan muhrim..itu lah maksud ana.
Berdasarkan pendapat sahabat ana,"kmgkinan seorg lelaki tu..takut bersahabat dgn wanita,akan melalaikannya.."..ana benar2 sokong penyataannya..secara x langsung,penerangan ana yg atas tu pun menyokong penyataannya..tp muslim yang soleh dan solehah faham apa tujuan utama ukhwah dan sntiasa memagari diri dari fitnah..perlu diingat fitnah manusia lebih teruk dari membunuh...
Beberapa hadith Rasulullah..
"sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yg soleh, jika sekiranya ia terlupa(lalai) ia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya."
"sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah." (HR Imam Ahmad).
**InshaAllah, ana rasa cukup post ana utk bahagian ni, ana harap yg bertnya tu faham...jika nak dapatkan kefahaman yg lebih, bacalah buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" (dalam bab kewajiban saudara muslim..
ISLAM LIBERAL...atau lebih dikenali "Jahiliyyah Moden"
Bismillahirrahmanirrahim....alhamdulillah tercapai jugak hajat ana nak menulis hari ni...maaf sahabat semua sbb ana lewat post artikle kali ni...byk sgt yg perlu ana aula kan,syukur segalanya dipermudahkanNya....sepatutnya ana tulis artikle ni 1jam setengah yg lepas, tp tiba2 je handset berbunyi..nak tak nak terpaksa ana jawab memandangkan itu adalah suatu amanah...alhamdulillah,ana sambung balik..post ana kali ni berkenaan dgn islam liberal dalam NGO...
Perlu ana terangkan kat sini perihal maksud islam liberal tu sendiri. Islam liberal adalah satu bentuk pemikiran Jahiliah baru moden yang dianuti oeh sebahagian cerdik pandai Muslim hari ini khususnya yang berlatarbelakangkan pendidikan Barat yang cuba membebaskan diri daripada disiplin ilmu agama yang digagaskan oleh ulamak dan ahlisunnah wal jamaah. Pemikiran ini berasal dari ideologi sekular-liberal yang lahir di Barat. Pada hakikatnya pendokong pemikiran Islam Liberal bermatlamat menimbulkan keraguan terhadap kebenaran agama Islam dalam kalangan penganut-penganutnya.
Akhirnya timbul golongan yang dipanggil Islam Liberal yang tidak merasakan bahawa agama merupakan suatu yang penting dan berharga sehingga mereka boleh menerima amalan murtad. Golongan ini juga tidak merasakan bagaimana manisnya amalan soleh yang dijanjikan pahala serta bahayanya maksiat yang dijanjikan dosa. Golongan ini menjadikan dunia sebagai matlamat hidup walau pun mulut mereka begitu petah bercakap tentang akhirat. Apa yang ada dalam pemikiran mereka hanya keseronokan walau pun terpaksa bergelumang dengan dosa, kemewahan dengan mengenepikan halal dan haram serta saling berebut harta kekayaan dunia walau pun terpaksa mengkhianati amanah dan orang lain.
Golongan ini sentiasa merasakan bahawa segala tindakan mereka yang berwahyukan akal dan bertuhankan nafsu adalah tepat sedangkan sebarang teguran dan larangan berasaskan Islam yang sebenar dianggap sebagai penyekat kebebasan dan kemajuan. Akhlak dianggap masalah peribadi bukannya masalah yang boleh dikawal dengan perundangan. Islam adalah masalah hati bukannya agama yang terlibat dalam mengawal seluruh sistem kehidupan manusia. Apabila penyakit terlalu cintakan dunia dan bencikan kematian merasuk dalam diri maka tunjuk ajar berkenaan akhirat tidak dihirau lagi. Akhirnya wujud orang yang mengaku Islam tetapi perbuatannya tidak melambangkan Islam ( rujukan : darululum)
**sekarang kita dapat lihat,byk ngo2 yg merealisasikan islam liberal, antaranya sister in islam..sahabat ingat x?golongan itu pernah mempersoalkan hukum pembahagian harta dalam al-Quran..golongan itu juga pernah mempersoalkan kewajipan bertudung,seolah2 tudung hanya kehendak peribadi dan bukan arahan dari Allah utk muslimah...contoh yg lain astora jabat yg terang2an menolak hadith..ingat sahabat bahawa beliau prnah menafikan seksa kubur, mengatakan solat hanya 3 waktu dalam Quran??...golongan2 ini lah yg memutarbelitkan agama islam dengan tujuan menggoyah keimanan muslim..mereka hanya bertindak mengikut nafsu mereka..
**sebenarnya byk lagi contoh2 islam liberal yg jelas kita nmpak, tak perlu ana tulis di sini,sbb ntum sume bole tgk sendiri...."GOLONGAN YG CUBA MEMISAHKAN AGAMA DARI KEHIDUPAN/CARA HIDUP MEREKA".....wallahua'alam
Friday, December 5, 2008
as-syahid Imam Hassan al Banna pencetus harakah islamiyyah abad ke-20
Hassan al-Banna mengasaskan perjuangan gerakan islam setelah kejatuhan khilafah Islam yang terakhir pada 1924.Khilafah Islam yang jatuh akibat lalainya pemimpin2 Islam ketika itu kepada dunia dan rapuhnya Iman dalam setiap peribadi muslim. Penubuhan Ikhwanul Muslimin oleh beliau yang akhirnya menjadi ikon kepada gerakan islam yang lain. Awal abad ke-20, Hassan al-Banna berjaya menyatukan aliran pemikiran di mesir dan merencanakan kembali "manhaj perjuangan islam" dalam usaha menegakkan kembali kemuliaan Islam..jika kita lihat sejarah gerakan islam,byk yang akan kita pelajari, byk iktibar yg bole kita renungkan, tak mampu ana nak tulis semuanya kat sini, cuma ana akan tulis berkenaan manhaj tarbiyyah Ikhwanul Muslimin. Penulisan ana ni yang paling basic kefahaman manhaj tarbiyyah.Apa itu manhaj tarbiyyah dan marhalah2 nya???
doa dalam Al-Quran utk dikongsi
1.doa moga mendapat anak/zuriat yg soleh/solehah...dalam al-Quran surah Ash-Shafaat : 100
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!
*doa ini adalah doa ketika nabi Ibrahim a.s memohon kepada Allah s.w.t agar dikurniakan anak yg soleh iaitu nabi Ismail a.s. Seperti yang kita sedia maklum, sejak kecil nabi Ismail a.s. seorang yg taat dan sabar atas perintah Allah s.w.t. ,jika kita masih ingat peristiwa Allah menguji nabi Ibrahim a.s untuk menyembelih anaknya Ismail a.s. dan apa yg dijawab nabi Ismail a.s tatkala ayahnya bertanya pndapat nabi Ismail atas perintah Allah itu hanyalah "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"..inshaAllah amalkan doa ini moga ntum semua, adik beradik ana, dan ana sendiri bakal dikurniakan zuriat yg soleh/solehah.2.doa ketika memancing..ramai jugak sahabat2 ana yg suke memancing..bg yg selalu susah nk dapat ikan tu mulakan pancingan ntum dgn bismillah,dan baca doa ini . InshaAllah, Allah permudahkan rezeki kalian..doa ni dalam surah Al-An'am : 103
Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata) dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
*terutama kpd sahabat2 ana yg memancing kat parit dulu...lepas ni jgn lupa baca bismillah dgn doa ni ye...kepada sahabat dan ana sndiri, jgn kita lupa Allah lah yg empunya segala yg ada dilangit dan di bumi dan dilautan..setiap rezeki datang dari Allah dan pohonlah pertolongan Allah..walaupun kita hnya mnggunakan kayu dan mata kail utk memancing..x gitu sahabat semua..hu2...
inshaAllah sampai sini post ana utk perkongsian sahabat semua..kat atas ni pula ada post berkaitan hassan al-banna...pencetus harakah islamiyyah...awal abad ke-20
Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .
Ulama' pewaris para nabi
UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai
Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan
"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"
Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia
Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi
Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah
Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa
"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"
Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..