SAHABAT-SAHABIAH

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."
Remember Allah Always

Sunday, April 8, 2012

Sebuah Kisah Zaman Rasulullah s.a.w... Kisah Uwais Al-Qorni. Beliau tidak dikenali penduduk bumi, tetapi sangat dikenali penduduk langit.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Perkongsian terakhir sebelum ana menutup tirai tidur pada malam ini. InshaAllah. ^^

Sahabat-sahabat semua pernah dengar berkenaan kisah Uwais Al-Qorni? Ana nak berkongsi sedikit berkenaan hamba Allah yang hidup pada zaman Rasulullah, disebutkan Rasulullah dalam hadithnya tetapi Uwais tidak pernah bertemu Rasulullah sehingga wafatnya Baginda s.a.w. Perkongsian ini ana peroleh semasa kuliah zohor di Surau Menara TM. Moga Allah memberkati ilmu yang telah dikongsikan oleh ustaz TM tersebut.

Sebelum ana berbicara lanjut berkenaan kisah Uwais, ana perasan, pasti ramai dari kalangan kita yang memberikan nama anak mereka Uwais Al- Qorni.. sebabnya mereka(ibu bapa) mengharapkan diri anak-anak mencontohi sifat seperti tokoh nama yang disebutkan. Sebab itulah para ibubapa, berilah nama yang baik kepada anak-anak. Moga mereka memiliki sifat mulia nama tersebut.


Ana sambung balik berkenaan kisah Uwais Al-Qorni. Uwais tidak begitu dikenali penduduk dunia di zamannya, tetapi sangat dikenali penduduk langit.

Uwais Al-Qorni seorang yang miskin dari negeri Yaman. Beliau tidak dikenali oleh penduduk-penduduk Yaman, bahkan ada yang mentertawakannya, mempermainkan hatinya menerima celaan serta turut dituduh pencuri kerana kemiskinannya. Pernah suatu hari, seorang fuqoha' negeri Kufah datang dan duduk bersamanya dan diberikan kepada Uwais 2 helai pakaian sebagai hadiah, Uwais seraya menolaknya dengan mengatakan "Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku dari mana aku memperoleh pakaian ini? Sudah pasti mereka akan menuduh aku mencuri".

Uwais seorang anak yatim, tinggal bersama ibunya yang telah uzur, lumpuh badannya dan beliau tidak mempunyai adik beradik. Uwais bekerja sebagai pengembala kambing, dan upahnya cukup-cukup untuk menampung dirinya dan ibunya. Jika ada wang berlebihan, beliau akan memberikan kepada tetangganya yang miskin. Uwais memeluk Islam ketika seruan Rasulullah tiba di Yaman. Apabila seruan Islam tiba di Yaman, beliau terus memeluknya kerana Uwais sangat merindukan datangnya kebenaran. Banyak tetangganya yang memeluk Islam pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad s.a.w secara langsung. Sekembalinya dari Yaman, mereka akan memperbaharui keluarga mereka dengan cara hidup Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat tetangganya tiba daripada Madinah, mereka telah bertemu kekasih Allah, penghulu para nabi, sedangkan Uwais masih belum berkesempatan. Kecintaannya pada Rasulullah sangat dalam untuk menemui baginda tetapi apakan daya, dirinya belum mempunyai bekal yang cukup. Dirinya juga perlu menjaga dan merawat ibunya yang uzur serta lumpuh. Hari berganti hari, rindunya pada Rasulullah tidak dapat dibendung lagi. Uwais merenungkan dalam diri dan bertanya pada hatinya "Bilakah dia dapat bertemu dengan Nabi nya dan memandang wajah baginda dengan dekat?"..

Akhirnya pada suatu hari, Uwais menemui ibunya dan menyatakan hasratnya untuk bertemu Rasulullah s.a.w. . Ibunya terharu dan sangat memahami hati nurani anaknya yang bercita-cita menemui Rasulullah. Ibunya berkata "Pergilah wahai anakku, temui Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang". Dengan rasa gembira, segeralah Uwais berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa menyediakan keperluan ibunya sepanjang perninggalannya dan memohon tetangganya agar dapat menemani ibunya sepanjang beliau pergi. Keadaan gurun padang pasir yang panas di siangnya dan dingin dimalamnya, serta dirinya terdedah kepada penyamun tidak melemahnya semangat Uwais untuk melihat wajah Rasulullah di Madinah sepuas-puasnya. Jarak Yaman dan Madinah kira-kira 400km.

Akhirya tibalah Uwais di Madinah......

Adakah Uwais dapat menemui Nabi nya yang dicintai? Bagaimanakah perasaan Uwais ketika tiba di Madinah?.... Nantikan sambunganya pada 10 April 2012..

inshaAllah.. :-)


1 comment:

hamaloare said...

Tinty Titanium Cost (Glass) at Leads with the
Tinty Titanium Price Drops - At Leads with the Tinty Tipster's price drops ford titanium ecosport for titanium wood stoves the titanium sheet Tinty Tipster's price drops. By The solo titanium razor author of the Tinty tipster's babylisspro nano titanium


Doa yang ana ambil dari G7..geng2 G7 ni ramai agaknya yg dah berpunya..i'Allah,sama2 amalkan,moga terbinanya baitulmuslim..


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ulama' pewaris para nabi

Ulama' pewaris para nabi

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya



Sekiranya..

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya

keluar dari terus terlena



Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai

isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku

petunjuk kearah rahmat Mu



Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..



Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang soleha

Isteri yang sentiasa dihati



Amin, amin Ya Rabbal Allamin..