SAHABAT-SAHABIAH

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."
Remember Allah Always

Wednesday, April 11, 2012

...sambungan kisah Uwais Al-Qarni


...akhirnya tibalah Uwais di Madinah. Segera beliau menuju ke rumah Nabi s.a.w, diketuknya pintu dan memberi salam. Keluarlah sayyidatina Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Uwais menanyakan nabi yang ingin dijumpainya. Namun baginda s.a.w tiada dan berada di medan peperangan.

Didalam hatinya tetap ingin menunggu kepulangan Nabi s.a.w . Beliau menunggu di hadapan rumah Nabi. Dari pagi hingga ke tengah hari, dari tengah hari hingga hampir petang. Di saat menunggu itu, terngiang- ngiang di telinga Uwais pesan ibunya yang uzur agar segera pulang ke Yaman setelah berjumpa Nabi s.a.w. Didalam hatinya berbelah bagi, adakah ingin terus menunggu nabi atau pulang kerumah. Sangat jauh perjalanan Yaman ke Madinah... Akhirnya kerana ketaatan Uwais kepada ibunya, Uwais memaklumkan kepada sayyidatina Aisyah r.a untuk pergi kerana beliau perlu segera pulang ke Yaman. Uwais menitipkan salamnya kepada Rasulullah s.a.w melalui Aisyah dan melangkah pulang dengan perasaan yang haru..

Sepulangnya baginda s.a.w dari medan peperangan, segera baginda menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi s.a.w menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit. Mendengar perkataan baginda, sayyidatina Aisyah dan para sahabatnya terpegun. Menurut Aisyah, memang benar ada orang mencari Nabi sepeninggalan Nabi. Beliau terpaksa segera pulang ke Yaman kerana ibunya sudah tua, uzur dan tidak dapat meninggalkan ibunya dengan masa yang lama.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah tapak tangannya." Kemudian baginda memandang kearah sayyidina Ali dan sayyidina Umar dan bersabda, "Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langi dan bukan penghuni bumi".

Tahun terus berlalu dan Nabi s.a.w pun wafat. Sehinggalah saat Khalifah Umar Al Khattab, beliau teringat akan sabda Nabi s.a.w berkenaan Uwais al-Qarni. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap kali terdapat kafilah dagang dari Yaman, mereka akan bertanya perihal Uwais al-Qarni. Bagi penduduk Yaman, Uwais seorang yang tidak terkenal, bahkan hanya dikenali seorang yang miskin. Kafilah-kafilah itu berasa hairan, apa sebenarnya terjadi sehingga Uwais dicari oleh Khalifah. Hari berganti hari, rombongan kafilah dagang silih berganti. Melihat kafilah dari Yaman, sayyidina Umar dan Ali mendatangi mereka dan menanyakan adakah Uwais al-Qarni turut serta didalam kafilah tersebut. Rombongan itu memaklumkan bahawa ada seorang bernama Uwais sedang menjaga unta-unta di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, segera mereka berdua bergegas tempat Uwais berada. Sesampainya di sana, mereka berdua memberi salam. Namun Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam mereka sambil bersalaman. Sewaktu bersalaman, segera Khalifah Umar membalikkan tangan Uwais untuk membuktikan tanda putih yang berada di telapak tangannya.

Benar seperti sabda Nabi s.a.w !, dialah penghuni langit. Dan ditanya oleh khalifah, siapakah nama saudara? Uwais menjawab "Abdullah". Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan "kami juga Abdullah, yakni hamba Allah". Tetapi siapakah nama kamu yang sebenarnya? Uwais kemudian berkata, "Nama saya Uwais al-Qarni". Melalui perbicaraan mereka, tahulah bahawa ibu Uwais telah meninggal dunia. Sebab itulah Uwais dapat menyertai rombongan kafilah dagang saat itu.

Kemudian Khalifah Umar dan Ali memohon agar Uwais berkenan untuk mendoakan mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, " Sayalah sepatutnya meminta doa daripada kalian". Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata, "Kami datang kesini adalah untuk memohon doa dan istighfar daripada anda". Kerana desakan kedua sahabat Nabi ini, Uwais akhirnya mengangkat kedua tangannya serta berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu khalifah Umar berjanji akan menyumbangkan wang negara daripada baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata " Hamba mohon agar hari ini sahaja hamba dikenali orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.

Sehingga saat itu, nama Uwais tenggelam. Beliau tidak dikenali. Namun terdapat banyak riwayat yang menceritakan perihal Uwais al-Qarni. Sehinggalah saat meninggalnya Uwais, terjadi perkara yang menghairankan. Kelihatan ramai orang yang tidak dikenali datang menguruskan jenazah Uwais. Sehinggalah menggali kuburnya, segalanya telah disiapkan oleh mereka yang tidak dikenali. Penduduk Yaman tercengang, " Siapakah engkau wahai Uwais? Uwais yang kami kenali hanyalah seorang yang fakir, pengembala kambing dan unta, tetapi pada hari wafatmu, kamu telah menggemparkan penduduk Yaman dengan dipenuhi kehadiran orang-orang yang kami tidak kenali".

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w, bahawa Uwais al-Qarni adalah penghuni langit, bukan penghuni dunia..beliau tidak terkenal didunia tetapi sangat dikenali penghuni langit (malaikat)...

Maha Suci Allah...begitulah sahabat-sahabat, sekalipun kita langsung tidak dikenali oleh penduduk dunia, biarlah diri kita dikenali oleh penduduk langit sebagai seorang yang hebat dan tinggi taqwanya....

Wallahualam....


1 comment:

Anonymous said...

dalam kisah lain ada mengatakan tapak putih di tengkuk. http://nonaro.wordpress.com/2009/12/14/kisah-teladan-uwais-al-qarni/

Ezam


Doa yang ana ambil dari G7..geng2 G7 ni ramai agaknya yg dah berpunya..i'Allah,sama2 amalkan,moga terbinanya baitulmuslim..


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ulama' pewaris para nabi

Ulama' pewaris para nabi

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya



Sekiranya..

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya

keluar dari terus terlena



Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai

isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku

petunjuk kearah rahmat Mu



Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..



Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang soleha

Isteri yang sentiasa dihati



Amin, amin Ya Rabbal Allamin..