SAHABAT-SAHABIAH

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."
Remember Allah Always

Wednesday, April 11, 2012

...sambungan kisah Uwais Al-Qarni


...akhirnya tibalah Uwais di Madinah. Segera beliau menuju ke rumah Nabi s.a.w, diketuknya pintu dan memberi salam. Keluarlah sayyidatina Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Uwais menanyakan nabi yang ingin dijumpainya. Namun baginda s.a.w tiada dan berada di medan peperangan.

Didalam hatinya tetap ingin menunggu kepulangan Nabi s.a.w . Beliau menunggu di hadapan rumah Nabi. Dari pagi hingga ke tengah hari, dari tengah hari hingga hampir petang. Di saat menunggu itu, terngiang- ngiang di telinga Uwais pesan ibunya yang uzur agar segera pulang ke Yaman setelah berjumpa Nabi s.a.w. Didalam hatinya berbelah bagi, adakah ingin terus menunggu nabi atau pulang kerumah. Sangat jauh perjalanan Yaman ke Madinah... Akhirnya kerana ketaatan Uwais kepada ibunya, Uwais memaklumkan kepada sayyidatina Aisyah r.a untuk pergi kerana beliau perlu segera pulang ke Yaman. Uwais menitipkan salamnya kepada Rasulullah s.a.w melalui Aisyah dan melangkah pulang dengan perasaan yang haru..

Sepulangnya baginda s.a.w dari medan peperangan, segera baginda menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi s.a.w menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit. Mendengar perkataan baginda, sayyidatina Aisyah dan para sahabatnya terpegun. Menurut Aisyah, memang benar ada orang mencari Nabi sepeninggalan Nabi. Beliau terpaksa segera pulang ke Yaman kerana ibunya sudah tua, uzur dan tidak dapat meninggalkan ibunya dengan masa yang lama.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah tapak tangannya." Kemudian baginda memandang kearah sayyidina Ali dan sayyidina Umar dan bersabda, "Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langi dan bukan penghuni bumi".

Tahun terus berlalu dan Nabi s.a.w pun wafat. Sehinggalah saat Khalifah Umar Al Khattab, beliau teringat akan sabda Nabi s.a.w berkenaan Uwais al-Qarni. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap kali terdapat kafilah dagang dari Yaman, mereka akan bertanya perihal Uwais al-Qarni. Bagi penduduk Yaman, Uwais seorang yang tidak terkenal, bahkan hanya dikenali seorang yang miskin. Kafilah-kafilah itu berasa hairan, apa sebenarnya terjadi sehingga Uwais dicari oleh Khalifah. Hari berganti hari, rombongan kafilah dagang silih berganti. Melihat kafilah dari Yaman, sayyidina Umar dan Ali mendatangi mereka dan menanyakan adakah Uwais al-Qarni turut serta didalam kafilah tersebut. Rombongan itu memaklumkan bahawa ada seorang bernama Uwais sedang menjaga unta-unta di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, segera mereka berdua bergegas tempat Uwais berada. Sesampainya di sana, mereka berdua memberi salam. Namun Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam mereka sambil bersalaman. Sewaktu bersalaman, segera Khalifah Umar membalikkan tangan Uwais untuk membuktikan tanda putih yang berada di telapak tangannya.

Benar seperti sabda Nabi s.a.w !, dialah penghuni langit. Dan ditanya oleh khalifah, siapakah nama saudara? Uwais menjawab "Abdullah". Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan "kami juga Abdullah, yakni hamba Allah". Tetapi siapakah nama kamu yang sebenarnya? Uwais kemudian berkata, "Nama saya Uwais al-Qarni". Melalui perbicaraan mereka, tahulah bahawa ibu Uwais telah meninggal dunia. Sebab itulah Uwais dapat menyertai rombongan kafilah dagang saat itu.

Kemudian Khalifah Umar dan Ali memohon agar Uwais berkenan untuk mendoakan mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, " Sayalah sepatutnya meminta doa daripada kalian". Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata, "Kami datang kesini adalah untuk memohon doa dan istighfar daripada anda". Kerana desakan kedua sahabat Nabi ini, Uwais akhirnya mengangkat kedua tangannya serta berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu khalifah Umar berjanji akan menyumbangkan wang negara daripada baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata " Hamba mohon agar hari ini sahaja hamba dikenali orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.

Sehingga saat itu, nama Uwais tenggelam. Beliau tidak dikenali. Namun terdapat banyak riwayat yang menceritakan perihal Uwais al-Qarni. Sehinggalah saat meninggalnya Uwais, terjadi perkara yang menghairankan. Kelihatan ramai orang yang tidak dikenali datang menguruskan jenazah Uwais. Sehinggalah menggali kuburnya, segalanya telah disiapkan oleh mereka yang tidak dikenali. Penduduk Yaman tercengang, " Siapakah engkau wahai Uwais? Uwais yang kami kenali hanyalah seorang yang fakir, pengembala kambing dan unta, tetapi pada hari wafatmu, kamu telah menggemparkan penduduk Yaman dengan dipenuhi kehadiran orang-orang yang kami tidak kenali".

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w, bahawa Uwais al-Qarni adalah penghuni langit, bukan penghuni dunia..beliau tidak terkenal didunia tetapi sangat dikenali penghuni langit (malaikat)...

Maha Suci Allah...begitulah sahabat-sahabat, sekalipun kita langsung tidak dikenali oleh penduduk dunia, biarlah diri kita dikenali oleh penduduk langit sebagai seorang yang hebat dan tinggi taqwanya....

Wallahualam....


Sunday, April 8, 2012

Sebuah Kisah Zaman Rasulullah s.a.w... Kisah Uwais Al-Qorni. Beliau tidak dikenali penduduk bumi, tetapi sangat dikenali penduduk langit.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Perkongsian terakhir sebelum ana menutup tirai tidur pada malam ini. InshaAllah. ^^

Sahabat-sahabat semua pernah dengar berkenaan kisah Uwais Al-Qorni? Ana nak berkongsi sedikit berkenaan hamba Allah yang hidup pada zaman Rasulullah, disebutkan Rasulullah dalam hadithnya tetapi Uwais tidak pernah bertemu Rasulullah sehingga wafatnya Baginda s.a.w. Perkongsian ini ana peroleh semasa kuliah zohor di Surau Menara TM. Moga Allah memberkati ilmu yang telah dikongsikan oleh ustaz TM tersebut.

Sebelum ana berbicara lanjut berkenaan kisah Uwais, ana perasan, pasti ramai dari kalangan kita yang memberikan nama anak mereka Uwais Al- Qorni.. sebabnya mereka(ibu bapa) mengharapkan diri anak-anak mencontohi sifat seperti tokoh nama yang disebutkan. Sebab itulah para ibubapa, berilah nama yang baik kepada anak-anak. Moga mereka memiliki sifat mulia nama tersebut.


Ana sambung balik berkenaan kisah Uwais Al-Qorni. Uwais tidak begitu dikenali penduduk dunia di zamannya, tetapi sangat dikenali penduduk langit.

Uwais Al-Qorni seorang yang miskin dari negeri Yaman. Beliau tidak dikenali oleh penduduk-penduduk Yaman, bahkan ada yang mentertawakannya, mempermainkan hatinya menerima celaan serta turut dituduh pencuri kerana kemiskinannya. Pernah suatu hari, seorang fuqoha' negeri Kufah datang dan duduk bersamanya dan diberikan kepada Uwais 2 helai pakaian sebagai hadiah, Uwais seraya menolaknya dengan mengatakan "Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku dari mana aku memperoleh pakaian ini? Sudah pasti mereka akan menuduh aku mencuri".

Uwais seorang anak yatim, tinggal bersama ibunya yang telah uzur, lumpuh badannya dan beliau tidak mempunyai adik beradik. Uwais bekerja sebagai pengembala kambing, dan upahnya cukup-cukup untuk menampung dirinya dan ibunya. Jika ada wang berlebihan, beliau akan memberikan kepada tetangganya yang miskin. Uwais memeluk Islam ketika seruan Rasulullah tiba di Yaman. Apabila seruan Islam tiba di Yaman, beliau terus memeluknya kerana Uwais sangat merindukan datangnya kebenaran. Banyak tetangganya yang memeluk Islam pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad s.a.w secara langsung. Sekembalinya dari Yaman, mereka akan memperbaharui keluarga mereka dengan cara hidup Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat tetangganya tiba daripada Madinah, mereka telah bertemu kekasih Allah, penghulu para nabi, sedangkan Uwais masih belum berkesempatan. Kecintaannya pada Rasulullah sangat dalam untuk menemui baginda tetapi apakan daya, dirinya belum mempunyai bekal yang cukup. Dirinya juga perlu menjaga dan merawat ibunya yang uzur serta lumpuh. Hari berganti hari, rindunya pada Rasulullah tidak dapat dibendung lagi. Uwais merenungkan dalam diri dan bertanya pada hatinya "Bilakah dia dapat bertemu dengan Nabi nya dan memandang wajah baginda dengan dekat?"..

Akhirnya pada suatu hari, Uwais menemui ibunya dan menyatakan hasratnya untuk bertemu Rasulullah s.a.w. . Ibunya terharu dan sangat memahami hati nurani anaknya yang bercita-cita menemui Rasulullah. Ibunya berkata "Pergilah wahai anakku, temui Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang". Dengan rasa gembira, segeralah Uwais berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa menyediakan keperluan ibunya sepanjang perninggalannya dan memohon tetangganya agar dapat menemani ibunya sepanjang beliau pergi. Keadaan gurun padang pasir yang panas di siangnya dan dingin dimalamnya, serta dirinya terdedah kepada penyamun tidak melemahnya semangat Uwais untuk melihat wajah Rasulullah di Madinah sepuas-puasnya. Jarak Yaman dan Madinah kira-kira 400km.

Akhirya tibalah Uwais di Madinah......

Adakah Uwais dapat menemui Nabi nya yang dicintai? Bagaimanakah perasaan Uwais ketika tiba di Madinah?.... Nantikan sambunganya pada 10 April 2012..

inshaAllah.. :-)


Seorang Pemuda Yang Hebat Taqwanya...ambil iktibar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah malam ini ana nak menulis sedikit lagi.. sebab tadi ana terbaca satu kisah dari FB sahabat ana, kisah ini baru pertama kali ana dengar.. menunjukkan masih terlalu banyak ilmu yang ana ketinggalan T_T..... Tetapi tak mengapalah, memang sunnahtullah, ilmu Allah itu tidak akan habis, makin kita mencari makin kita jumpa. Kisah ini berkenaan seorang pemuda yang tinggi taqwanya pada Allah walaupun pada saat tiada siapa yang melihatnya...sama-sama kita isi fikiran kita dengan kisah ini ye.

Kisah bau KASTURI dan ZINA.

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan paras rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tetapi sia-sia.. Nafsu amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk rumahku dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”


Melihat sikap wanita itu yang nekad dan ugutan yang diterima. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononnya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan ujian yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang. Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak yang masih melekat pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..

Dikatakan bahawa bauan harum itu kekal pada diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..


Maha Suci Allah.. inilah kebesaran Allah dan antara darjat yang tinggi Allah berikan pada hambaNya yang bertaqwa.

Sekiranya kita membandingkan pemuda itu dengan kita, bagaimanakah diri kita? Pemuda itu juga seorang peniaga, seorang yang mencari rezeki, seorang manusia biasa seperti diri kita semua...beliau diuji Allah melalui apa yang mampu beliau hadapi...bagaimana dengan kita, sekalipun kita tidak diuji dengan perempuan-perempuan penzina, tetapi pasti kita diuji dengan rezeki kita, harta kita... Seperti riba contohnya, adakah kita berusaha menjauhinya? hatta dalam Al-Quran, Allah menyatakan perang terhadap mereka yang mengambil, memberi, menguruskan riba seperti ayat dibawah :

سُوۡرَةُ البَقَرَة

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِىَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (٢٧٨) فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡبٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ‌ۖ وَإِن تُبۡتُمۡ فَلَڪُمۡ رُءُوسُ أَمۡوَٲلِڪُمۡ لَا تَظۡلِمُونَ وَلَا تُظۡلَمُونَ (٢٧٩)

Surah Al-Baqarah

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. (278) Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (279)

Wallahualam


Saturday, March 31, 2012

Sedikit Perkongsian : Indahnya apabila Al-Quran "berbicara"...



Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang....
Alhamdulillah, malam ni ana menulis lagi, sebab ada perkara yg ana nak kongsikan dengan ntum semua... sebenarnya bagi diri ana juga, sebab sekurang-kurang bila ana post kat blog ana ni, ana ana dapat simpan perkongsian ana ni, i'Allah tak hilang. Kalau ana hanya simpan dalam kepala ana, pasti hilang...

Bila ana baca balik post ana sejak ana pelajar USM lagi, terkenang saat2 menukilkan perkongsian yang sering dibuat sebelum masuk tidur.. bila kita baca balik apa yang kita post, kita rasa seolah-olah kita mentarbiyyah diri kita sendiri. InshaAllah..

Panjang pula ana muqaddimah ana kali ni, ok lah, ana teruskan dengan perkongsian ana, perkongsian semasa usrah di PASTI Segambut, dalam pengisian usrah itu, ada suatu yang menarik minat ana, apabila seorang sahabat membawakan 7 ayat pertama dalam surah al-Ankabut. Yang menarik minat ana, apabila kita mentaddabur ayat-ayat kita, kita merasakan seolah-olah Allah sedang 'berbicara' dengan kita.
- Allah 'berbicara' dengan kita, bagaimanakah diri kita tatkala menerima ujian Allah. Allah berbicara dengan kita tujuan ujian Allah itu....
- Allah berbicara dengan kita berkenaan kesabaran orang-orang terdahulu, yang jauh lebih kuat ujiannya berbanding kita sekarang...
- Allah berbicara pada kita, janji Allah itu pasti berlaku, janji balasan Allah itu adalah pasti...
- Allah berbicara dengan kita, apakah hikmahnya berjuang di jalan Allah dalam menegakkan Islam...

Bagi mereka yang sedang diuji Allah, i'Allah akan merasa tenang dengan ujian itu apabila memahami ayat ini. Bagi mereka yang terasa payah dalam melaksanakan yang Hak dan menegah yang Batil, inshaAllah, mereka akan tabah menghadapinya. Bagi mereka yang sedang berjihad menegakkan Islam dalam segala keadaan, pasti merasa kuat dengan ujian sepanjang perjuangan ini... Ini lah antara mukjizat Al-Quran, tidak akan dimamah dek zaman sehingga kiamat. Sebab itulah, mereka yang merendahkan apa yang terukir didalam al-Quran, meremehkan, mengatakan lapuk, mengatakan tidak sesuai dengan zaman ini, dirinya boleh jatuh kufur bahkan menjejaskan aqidah..Nauzubillah...

Ana ada buat sedikit pamplet bagi menerangkan maksud ayat ini, bagi yang rajin, print pamplet ini dan tampalkan di kawasan yang boleh kita baca selalu, di depan meja kita agar boleh menjadi penawar hati kita dalam menjalani liku2 kehidupan dengan keyakinan pada Allah s.w.t.. Kalau ntum dan sharekan pada siapa2 pun, silakan lah. Moga bermanfaat....inshaAllah.
*kalau ntum nak download, click gambar tu biar jadi besar, lepas tu 'save as'.. kalau x leh juga, emel kat ana : hakimanuar_01@yahoo.com


Doa yang ana ambil dari G7..geng2 G7 ni ramai agaknya yg dah berpunya..i'Allah,sama2 amalkan,moga terbinanya baitulmuslim..


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ulama' pewaris para nabi

Ulama' pewaris para nabi

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya



Sekiranya..

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya

keluar dari terus terlena



Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai

isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku

petunjuk kearah rahmat Mu



Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..



Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang soleha

Isteri yang sentiasa dihati



Amin, amin Ya Rabbal Allamin..