SAHABAT-SAHABIAH

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."
Remember Allah Always

Thursday, October 16, 2008

sedikit perkongsian dan pernambahan

salam'alaik...ana curi masa sedikit sebelum ana lupa...semalam masa kelas nuqaba', ust syukri(pusat islam usmkkj) ada kongsi satu ayat syifa' untuk penyakit batu karang berdasarkan pengalaman orang yg pernah mengalaminya..x salah untuk kita cuba,sebab keyakinan kita hanya dengan izin Allah s.w.t dapat menyembuhkan segala penyakit..kita hanya ikhtiar dan usaha dan berdoa...sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat pada hamba-Nya yang beriman..inshaAllah...

ayat yang dikatakan itu adalah:surah Al-Hashr : 21-24

>>yakinlah dengan pertolongan Allah...kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar

>>ust. Syukri pernah cakap satu2nya muzjizat yg kita nampak dan beramal sehingga ke hari ini ialah Al-Quranulkarim...beramalah dengan nya.

>>sahabat ana pernah berbicara perihal agungnya ayat-ayat Allah..dan ayat-ayat Allah ini sesuai dengan setiap zaman dan keadaan...Jazakallah.... :-)

Tuesday, October 14, 2008

Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh

assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh...ana lihat ramai sahabat2 ana diuji dgn kesihatan...yang kat kampus ana, kat maahad, kat kuis atau kat mana2 sahaja kat muka bumi ini x terlepas dgn ujian Allah....

Renungilah firman Allah s.w.t :
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat. (Al-Baqarah : 214)

sahabat ana selalu ingatkan ana berubat dgn ayat2 syifa' dahulu barulah disusuli dgn ikhtiar dengan ubat-ubatan....ingatlah segala penyakit itu datang daripada Allah, dan hanya kepada-Nya lah kita mohon pertolongan dan hanya dengan izin Allah penyembuhan segala penyakit..

Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat-ayat yang dimaksudkan ialah seperti berikut(utk besarkan, 'click' pada ayat) :-
1. Surah at-Taubah: 14:
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

2. Surah Yunus: 57:
Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.


3. Surah an-Nahl: 69:
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.


4. Surah al-Isra’: 82:
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

5. Surah asy-Syu’ara’: 80:
Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku,


6. Surah Fussilat: 44:
Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".
[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.

**ana rujuk dari web darussyifa'....inshaAllah sama2 kita kongsi ilmu demi kebaikan ummah...
**sumber : http://www.darussyifa.org/ (web T.G Dato Dr Haron Din)..

Saturday, October 11, 2008

Allah s.w.t Memimpin Hati mu...


assalamualaikum....sahabat semua...lama ana x tulis kat sini...sebenarnya byk je benda nak tulis, tp nak cari masa tu, Allah sahaja yang tahu...alhamdulillah..petang ni diberi kesempatan...petang ni ana nak kongsi dgn sahabat sekalian satu artikle yang ana terbaca dalam majalah hidayah...jd ana share ngan ntum semua lah...petikan surah at-Taghabun..

Dengan nama Allah,

Dialah yang mengaturkan kejadian kamu;maka ada sebahagian kamu yang kafir dan sebahagian dari kamu yang beriman;dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan(serta membalas masing-masing)(ayat:2)


Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat,dan Ia(Allah) menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali. (ayat:3)


[Diantara sebab-sebab kufur]orang-orang kafir[ialah kerana mereka]mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan dibangkitkan[sesudah mati]. Katakanlah:"Bahkan demi Tuhanku!Kamu akan dibangkitkan kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang telah kamu kerjakan. Dan yang demikian adalah mudah bagi Allah untuk melaksanakan.(Ayat:7)

Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan rasulNya serta kepada penerengan cahaya-Al-Quran-yang Kami turunkan. Dan [ingatlah] Allah Amat Mendalam Pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan.(ayat 8)

[Ingatkanlah!] masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan[untuk menerima balasan].-[Ingatlah!]sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.(ayat 9)

Tidak ada kesusahan [atau bala bencana] yang menimpa [seseorang] melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya [untuk menerima apa yang berlaku itu dengan tenang dan sabar],dan[ingatlah] Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(ayat 11)

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada diantara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak marahkan [mereka] serta mengampunkan kesalahan mereka [maka Allah akan berbuat demikian terhadap kamu] kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.(ayat 14)

Sesungguhnya harta-benda kamu dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian, dan disisi Allah jumlah pahala yang besar.(ayat 15)
Doa yang ana ambil dari G7..geng2 G7 ni ramai agaknya yg dah berpunya..i'Allah,sama2 amalkan,moga terbinanya baitulmuslim..


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ulama' pewaris para nabi

Ulama' pewaris para nabi

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya



Sekiranya..

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya

keluar dari terus terlena



Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai

isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku

petunjuk kearah rahmat Mu



Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..



Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang soleha

Isteri yang sentiasa dihati



Amin, amin Ya Rabbal Allamin..