SAHABAT-SAHABIAH

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."
Remember Allah Always

Tuesday, December 29, 2009

apabila nama diberi...

ismi Humaira

Bismillahirrahmanirrahim....alhamdulillah, diberi keizinan Allah utk ana menulis malam ni...sebelum tu ana nak mengucapkan selamat tahun baru Hijrah...jika selama ni kita hanya mengingati tahun masehi pastikan kita juga mengingati tahun hijrah...walhal tahun hijrah itu jauh lebih besar dari tahun masehi bagi yg memahami islam...mengapa?...mengikut sejarah, tahun masehi dikira setelah bani israel mendakwa telah menyalib dan membunuh nabi isa a.s (walhal Allah telah mengangkat baginda ke langit), dan tahun hijrah dikira setelah nabi Muhammad s.a.w bersama abu bakr as-siddiq berhijrah dari makkah ke madinah....jd sekarang ana nak tnya, yg mana peristiwa lebih besar bg umat Islam?adakah hijrah Rasulullah atau peristiwa pembunuhan nabi Isa a.s(yg kemudiannya diselamatkan Allah)?...mengapa kita terlalu agungkan tahun masehi dan lupakan tahun hijrah?..pelik kan...sekurang2nya ingatlah tarikh lahir kita dalam tahun hijrah...

oklah..tu hanyalah muqaddimah...xde kene mengena dgn tajuk yg ana nak tulis ni...:-)...perihal tajuk yg ana nak tulis ni, alhamdulillah ilham semasa dalam pemusafiran dari nibong tebal ke kuala lumpur...tak besar pun tajuknya tp utk kita muhasabah diri kita...masa dalam bas tadi, ada seorang ibu sibuk memarahi anaknya yg masih kecil...agak2 ana dalam 2-3 tahun umurnya..mcm2 perkataan yg ana dengar yg mungkin x berapa enak bg si anak..mmg la si anak agak nakal, tp sesuai la dgn umurnya, bak kata orang umur masih x mengenali dunia, umur yg belum mumayyis.....pada masa yg sama ana teringat pesanan dato fadzillah kamsah, didik lah anak dgn ungkapan2 yg baik, walaupun saat kita memarahinya...jgn beri ungkapan yg buruk sebab ia akan menjadi doa pada anak itu dan anak itu juga akan biasa dgn panggilan atau gelaran tu...

sabda Rasulullah s.a.w

dari abu Darda' berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: sungguh kamu pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka baguskanlah nama-nama kalian. (HR Abu Dawud dengan sanad yang hasan)

Nama memberikan kesan kepada jiwa anak. Nama buruk sehingga menjadi ejekan kepada orang lain perlu dielakkan.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w dan bertanya: "Apakah hak anakku ini?" Baginda menjawab: "Berilah nama yang baik kepadanya, ajarlah dia akhlak yang baik dan letakkanlah dia di tempat baik."
misalannya contoh nama yg baik, Humaira..gelaran yg sangat baik yg Rasul s.a.w berikan pada aisyah, isteri baginda....pipi kemerah2an maksudnya...gelaran yg manja bg seorang perempuan...pipi kemerah2an bermaksud cantik dan comel rupanya....apabila seseorang diberi nama itu, i'Allah moga memperoleh peribadi akhlak yg cantik seperti namanya...dan apabila namanya dipanggil orang, i'Allah merupakan doa bg nya,....

contoh yg lain, gelaran 'Fairuz' misalannya, bermaksud permata...moga orang yg diberi nama ini, merupakan permata bg ahli keluarganya, bg orang sekelilingnya...yg mana permata jauh lebih bernilai dari kaca, walaupun rupanya agak sama...tp nilaiannya berbeza...jd apabila namanya dipanggil dgn sempurna, i'Allah, ia menjadi doa bg dirinya...

Bg contoh nama muslimin, gelaran Abdul Hakim misalannya..bermaksud hamba Allah yg bijaksana....panggillah nama dia dgn nama yg sempurna, i'Allah ia merupakan doa yg sangat berharga bg dirinya..moga dia menjadi hamba Allah yg bijaksana bg orang lain, atau sekurangnyanya bg dirinya dan diri keluarganya...

Tetapi perlu diingati, kita bukan hanya bergantung pada doa semata2..tetapi usaha dalam diri kita, apabila diberi nama Fairuz, berusahalah menjadi permata yg tinggi nilainya di mata Islam, sesuai dengan gelarannya...apabila diberi nama abdul hakim, berusaha lah menjadi seorang yg bijaksana, sesuai dgn namanya...hakikatnya semua itu atas usaha kita dan keizinan Allah...

Perlu diingat, yang paling penting, tingkatkanlah taqwa kepada Allah dalam diri kita....

firman Allah s.w.t

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat : 13)

moga muhasabah buat diri kita, muhasabah melalui nama kita.. inshaAllah...wallahualam...

*buat rakan2 baitulhikmah; abg tengku, selamat menanti kehadiran orang baru, moga dia menjadi ana yg soleh..Dan buat adlan, abg khairul dan abg sheikh..moga Allah kurniakan zuriat yg soleh pada kalian semua...inshaAllah

Wednesday, December 16, 2009

hikmah dari Allah


Bismillahirrahmanirrahim....alhamdulillah, diberi peluang utk ana menulis hari ni...lama ana x menulis disini, mungkin sebab ana kurang mengasah fikiran ana, ...i'Allah mlm ni ana akan tulis sebaik yg boleh....

Pertamanya ana nak ucapkan tahniah pada sahabat serumah ana yg baru sahaja melangsungkan walimahnya di jitra kedah hari sabtu (12/12/09) yg lalu....makin lama makin ramai yang meninggalkan baitulhikmah....i'Allah penghuninya juga akan bertambah ramai x lama lagi..perjalanan dari nibong tebal ke jitra mmg mengambil masa yg agak lama bertolak jam 11 pagi dan sampai jam 3.40 ptg.....wallahualam, ana sebagai driver pun x tahu apsal lama sangat masa yg diambil...xpe la, bukan itu yg ana nak tekankan...tp sedikit hikmah memandu di kawasan kampung....perihal kumpulan kambing...ana tulis ni hanya berkongsi hikmah yg Allah tunjukkan pada ana, hikmah pada kambing..semasa dlm perjalanan, ada la sekumpulan kambing kat tepi2 jalan(tnpa gembala), ana rasa dalam 10 ekor kut, dimulailah dgn seekor kambing yg melintas jalan tersebut, setakat yg ana lihat, rumput disebelah kiri ana lebih tebal berbanding sebelah kanan yg hanya batu2, tetapi seekor kambing tersebut melintas ke kanan, manakala kambing2 lain yg sibuk meragut rumput sanggup meninggalkan rumput tersebut utk ke sebelah kanan supaya x berpecah dari kumpulan...seekor demi seekor, sehinggalah kesemua kambing2 selamat melintas...maha suci Allah...benarlah kata2 analogi rasulullah s.a.w...


Sabda Rasulullah s.a.w.: Tidak terdapat tiga orang yang mendiami sebuah kampung atau pendalaman yang tidak didirikan jamaah melainkan mereka telah dikuasai syaitan. Maka hendaklah kamu berjamaah, sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang bersendirian. (HR Abu Daud & Nasa'i. Dianggap sahih oleh Ibnu Hibban dan al-Hakim)

Hadith di atas adalah antara yg biasa kita dengar dalam kuliah2 haraki..begitulah kambing, sentiasa dalam kumpulan, dan keselamatan lebih terjamin..

Apa yg ana nak kaitkan disini, pentingnya kita bukan keseorangan, jika kita keseorangan pastilah mudah syaitan ataupun anasir2 yg tidak elok masuk dalam diri kita, ingat, syaitan ana sentiasa cuba menyesatkan kita sehingga saat nafas di kerongkong...

Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, maka semi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, (al-Hijr : 39)

jika ada sahabat atau pun kumpulan di antara kita, mudah lah mereka menasihati kita kerana sahabat yg beriman ibarat 'cermin' bg kita, tanpa 'cermin' kita tak nampak kekurangan dalam diri kita, kekurangan utk kita baikinya dalam mencari redha Allah inshaAllah....ana setakat tu pengisian ana mlm ni, i'Allah ana akan terus menulis..

Friday, December 4, 2009

Tepuk la dada, biarkan iman kita yang berbicara


Assalamualaikum w.b.t. kaifa halukum jami'an?arju lakum bikhoir wa kuwais(baik) daiman:)..
alhamdulillah..sedar tak sedar kita dah hampir di penghujung tahun 2009..cepat betul masa meninggalkan kita..umur kita pun da smakin meningkat,yang remaja meningkat dewasa,yang dewasa xsedar diri dah tua..

suka ana ajukan soalan buat diri ana dan sahabat2 pembaca sekalian..
"adakah ilmu dan amalan kita selaras dengan meningkatnya umur kita???"

tepuk la dada,biarkan iman kita yang berbicara..

sedikit mukaddimah sebagai tazkiyatunnafs untuk ana yang menulis dan untuk sahabat2 yang membaca..kerana kita seagama dan agama itu adalah nasihat,sentiasa berpesan2,sentiasa mengingati antara satu sama lain..tak kisah la siapa yang berkata,tapi lihat la pada apa yang dikata..

ana nak kongsikan kisah pendek yang ana rasa ada istifadah yang dapat kita ambil untuk kita islah diri kita..kisahnya mengenai...

seorang wanita dermawan yang mengahadiahkan seekor kambing kepada lukmanulhakim dan berkata:"sembelihlah kambing ini,dan berilah padaku bahagian yang terburuk daripadanya"

lalu setelah disembelih kambing tersebut,lukmanulhakim memberi lidah dan hati kepada wanita tersebut..

selang beberapa hari selepas itu,wanita tersebut datang lagi kepada lukmanulhakim,lalu menghadiahkan seekor lagi kambing untuk disembelih,tetapi kali ini wanita tersebut tidak meminta bahagian yang terburuk, sebaliknya wanita tersebut meminta lukmanulhakim memberinya bahagian yang terbaik pula dari kambing itu..

lalu lukmanulhakim memberi lidah dan hati kepada wanita tersebut..

wanita dermawan itu berasa hairan, lalu bertanya kepada lukmanulhakim:" mengapa tuan memberi kepada saya lidah dan hati,ketika saya meminta bahagian yang terburuk dan mengapa lidah dan hati juga yang diberikan ketika saya meminta bahagian yang terbaik daripadanya?"

jawab lukmanulhakim:"lidah dan hati amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya"

kesimpulan dari kisah pendek ni..hati dan lidah adalah pokok segala kebaikkan..jika baik hati dan lidah yakni tutur kata kita maka baiklah amalan kita yang lain..dan jika buruk hati dan lidah kita maka buruk lah segala amalan kita..

dan jangan kita lupa,pada kita ada satu nikmat yang amat berharga tetepi juga amat merbahaya..iaitu mata..

mata juga adalah punca maksiat..macammana kita nak pergi ke tempat maksiat jika bukan mata yang melihat??disokong pula oleh hati yang bersahabatkan nafsu dan syaitan... na'uzubillah..

sama2 kita ambil ihtimam,jaga mata jaga hati dan jaga lidah..kerana mata yang melihat,hati membenarkan dan lidah menuturkan...muhasabah diri selalu,apa yang kita sumbangkan untuk Islam sepanjang tahun ini... wallahu a'lam

Tuesday, October 27, 2009

Subhanallah...Maha Suci Allah

Bismillah....dengan nama Allah...alhamdulillah, dihidupkan kita kembali hari ni. Maafkan ana sebab lama sangat x update blog ni, terutama seniur ana yg berkias semalam. Bukan futur, cuma masa yg diperuntukkan x mencukupi untuk menulis.. Berbeza masa undergrade dulu..tp inshaAllah ana cuba untuk terus istiqamah.. teringat pesanan ust amin (mtnp) agar terus istiqamah dalam memanfaatkan blog untuk Islam seawal post ana dalam blog ni..i'Allah. Ada lagi satu jam 20 minit, 21 saat sebelum memulakan amanah ana kat lab RFID. Ana ambil masa ni utk menulis sebentar..
Kalau ikutkan post ana sebelum ni bertarikh 29 september 2009, sekarang 27 oktober 2009..hampir sebulan x menulis, dan sebulan ni jugak la byk perkara berlaku. Tp ana x nak sentuh berkaitan politik islam, harakah islamiyyah, baitulmuslim walaupun itu antara isu yg hangat diperkatakan di kampus ana, mahupun dada2 akhbar. Berkaitan dgn gerakan islam pas, ana ketepikan dulu, dgn muktamar khas pas ataupun EGM, kita tunggu sahaja keputusan syura hari rabu ni. Macam2 anggapan yang sahabat2 ana buat, bloggers2 lain buat tp hakikatnya kita kene tuggu keputusan syura, sebab keputusan syura tu paling baik.

Ok, kembali kepada topik yg ana nak tulis, mesti ntum semua ingatkan, kisah sejadah berdiri, duduk dan sebagainya. Ada yg kata pelik, ada yg kagum dengan kekuasaan Allah dan yg paling teruk melakukan perkara2 khurafat, nauzibillah... Hakikatnya apa yg berlaku adalah kekuasaan Allah. Sama ada benar atau tidak perkara itu benar2 berlaku, biarlah hanya Allah sahaja yang tahu. Takperlu lah kita terlalu taksub dgn perkara ni sehingga kan ada yg takut hendak ke masjid kerana perkara ni. Seorang sahabat pernah memberitahu ana, Allah boleh buat lebih hebat dari sejadah berdiri, kehebatan Allah itu ada sekeliling kita, tp kita menafikan kerana ke'takbur'an kita kepada Allah. Lihat pada langit, lautan dan bumi ini, adakah kita benar2 kagum dengan ciptaan Allah?adakah tanda kagum itu dengan melakukan kemaksiatan kepada Allah, nauzubillahimindzalik.... hanya kerana sejadah berdiri/duduk, heboh umat islam walhal kekuasaan Allah yg jelas di sekeliling kita sering dinafikan. Contohnya, gempa bumi dan sebagainya. Umat islam ada antaranya menafikan kekuasaan Allah, amaran Allah pada umat manusia dan tanpa segan silu hanya membicarakan bencana Alam. Walham jelas itu kekuasaan Allah dan amaran Allah supaya kembali padaNya. Ingat, tarbiyyah Allah melalui ujianNya.

Dan (Kami utuskan) kepada penduduk Madyan saudara mereka: Nabi Syuaib; lalu dia berkata: Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah dan kerjakanlah amal soleh dengan mengharapkan pahala akhirat dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi. Maka mereka mendustakannya, lalu mereka dibinasakan oleh gempa bumi, serta menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing. al-Ankabut : 36-37

Persoalannya kita masih nak menafikan firman Allah ini?Sehingga tiada rasa taqwa apabila bencana alam berlaku sebaliknya masih melakukan maksiat sambil mengutip derma. Astaghfirullah. Ana buka persoalan ini pada ntum semua. Kemudian perihal kekuasaan Allah disekeliling kita, tgk pada langit bumi, ada apa2 kekaguman ntum pada Allah?

Dia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia biakkan padanya berbagai jenis binatang; dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. surah Luqman-10

adakah kita masih nak menafikan kekuasaan Allah dengan maksiat. Ataupun kita hanya leka menyatakan "ala,semua itu perkara biasa" tanpa ada sedikit rasa kagum pada Allah... nauzibillah..

Disini ana selitkan gambar yang ana ambil sewaktu perjalan feri dari Langkawi ke kuala kedah ahad lepas.. Tanda kekuasaan Allah.

InshaAllah, tulisan ana ini peringatan buat diri ana dan sahabat2 ana yg ada kat mesir dan dimana2 sahaja di muka bumi ini.

basahi lidahmu dgn zikrullah. wallahualam

Tuesday, September 29, 2009

Zauj wa Amir wa Imam....1

Bismillahirrahmanirrahim....dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani....alhamdulillah setelah lama ana x menulis, terdetik hati nak menulis kali ni...sepanjang ana x menulis, terlalu byk perancangan yg dilakukan, dan alhamdulillah semua perancangan itu dipermudahkan Allah sehingga saat ini...
emm, apa yg nak tulis ya....lama sangat x menulis.. :-)
Pertamanya ana nak ucap kan tahniah kepada housemate ana yg akan membina baitulmuslim hari sabtu ni...alhamdulillah moga bertambah lagi kluarga muslim...bulan 10 ni je ada 2 ahli jemaah yg akan melangsungkan pernikahan, Maha Suci Allah yang telah mendekatkan hati-hati mereka, yang telah menyatukan hati-hati mereka yang telah memberi ilham pada mereka memilih pasangan hidup masing-masing...disebabkan sekarang kita dalam musim perkahwinan, ana nak kongsi sedikit perihal antara tanggungjawab seorang suami pada isterinya...perihal nafkah. Kebetulan ana baca artikle pasal nafkah dalam majalah I bulan september dan inshaAllah ana nak kongsi sedikit kat sini perihal tuntutan nafkah...

Apabila terjadi perkahwinan, suami wajib memberikan nafkah pada isterinya jika syarat2nya dipenuhi.

1) Perkahwinan sah menurut Islam
2) Isteri telah menyerah diri pada suaminya
3) mungkin dilakukan hubungan intim diantara suami isteri
4) isteri bersedia tinggal ditempat disediakan suami
5) kedua belah pihak adalah al-istimta

Dalam al-Quran ada menyebutkan perihal ini melalui surah at-Thalaq:6

"Tempatkanlah mereka (para isteri) dimana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka."

Sementara itu Rasulullah s.a.w bersabda sewaktu haji wada'

"Takutlah kalian kepada Allah dalam masalah wanita. Sesungguhnya kalian mengambil mereka dengan amanah Allah dan halal bagi kalian mencampuri mereka dengan kalimat Allah. Kerana itu wajib keatas kalian memberikan makanan dan pakaian kepada mereka dengan cara yang ma'ruf. (HR Muslim)

Bagi para bakal suami, bakal amir dan imam dalam keluarga, pelajarilah kadar2 nafkah sebelum ntum semua bersedia untuk menikah...kerana nikah itu merupakan amanah Allah bagi seorang yg bergelar suami. Penulisan ana mlm ni hanya berkongsi perihal pentingnya tuntutan nafkah dalam Islam. Wallahualam..

p/s: sekali lagi ana ucapkan tahniah pada sahabat2 ana yg akan mendapat pangkat zauj, amir, dan imam dalam baitulmuslim... dan kepada yang dalam penantian 3 tahun tu, inshaAllah moga penantian sentiasa dalam keredhaan dan rahmat Allah..dan Allah sentiasa menjaga hati-hati kita...wassalam..

Tuesday, August 4, 2009

Pertanyaan Fatimah kepada Rasulullah s.a.w...

sekadar gambar hiasan utk renungan pemikiran

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Thursday, July 16, 2009

5 meter depan, belakang, kiri dan kanan...

Bismillahirrahmanirrahim....ana amik masa dalam bas ni utk tulis sikit...tiba2 perkara tu terlintas dalam hati....macam ni, teringat ana 2 minggu lepas masa ana ondeway ke usm induk atas amanah dari pensyarah ana. waktu tu jam 8.30 pagi ana ada temu janji dgn pihak universiti induk jam 9.00 pg...masa tu ana drive dari kampus transkerian ke kampus induk...tp bukan itu yg ana nak kongsikan, tp perihal apa yg berlaku semasa berada diatas jambatan..biasalah jam 8.30 antara waktu yg puncak bg jambatan tu, bak kata sesetengah orang 'bumper to bumper' utk menggambarkan jem yg agak teruk.. tp perlihatan ana tertumpu ada sebuah lori yg agak tertutup hampir keseluruhannya..lori tu kecil, dan hanya ada beberapa celah2 yg terbuka..melalui celah2 tu terlihat lah kelibat makhluk Allah yg Allah tekankan dalam al-Quran perihal pengharamannya..dalam al-Quran digelar khinzir, kebanyakan orang menggelarkannya babi dan sebahagian orang baru2 ni menggelarkannya H1N1..bukan perihal khinzir yg hendak ana ulaskan tetapi perihal gelagat kereta2 sekelilingnya. mudah ana katakan kalau dari udara lori itu akan jelas kelihatan. mana tak nya, 5 meter depan, belakang, kiri, kanan lori itu kosong. tiada kereta yg sanggup mendekatinya. apatahlagi yg memotongnya akan memotong lori tu dgn laju. perkara ini membuatkan ana tersenyum dan kadang2 memperli diri ana sendiri atas kejadian tu.nak tahu kenapa?...ini yg bermain difikiran ana masa tu. orang memandang babi itu haram, terasa jijik utk mendekatinya apatah lagi memandangnya, walhal dalam alquran hanya menyebut babi itu haram dimakan dan diambil manfaat dari padanya bukan memandangnya.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (an-Nahl : 115)

Kita tekadkan dalam diri kita, babi itu haram dimakan dan perlu kita jauhi. Dalam penulisan ini ana nak ajak ntum semua berfikir, dalam AlQuran byk menyatakan hukum yg jelas haram bagi orang yg beriman mcm zina, arak, judi, riba, rasuah tp mengapa orang x memandangnya jijik dan haram seperti khinzir??. zina contohnya, dalam alquran menyatakan jgn mendekati zina

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Al-Isra' : 32)

Maksudnya bukan sekadar melakukan, malah haram mendekati apa2 wasilah kearah zina...bukan tu je, arak, judi, riba , rasuah juga mempunyai hukum yang sama. tp pelik kan, semuanya manusia memandang biasa bebanding hukum berkaitan khinzir yang sangat2 di jaga dalam sebuah kluarga................

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi . Katakanlah: "pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfa'at bagi manusia ,tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa'atnya ".................. (al-Baqarah : 219)

Jom sama2 kita explore hukum2 yg dibuat manusia perihal zina, arak, judi, riba, rasuah di sekeliling kita.
1) zina : haram melakukan zina jika tertangkap oleh mana2 jabatan agama negeri, tp wasilah kearahnya tak diharamkan.
2) arak : haram jika minum di khalayak ramai. Tp perjualannya dibenarkan.
3) judi : haram jika mengunjungi kedai2 judi yg tiada lesen. sesetengah negeti mengharamkan umat islam memasukinya. Tetapi dibenarkan dari segi peraduan sms, peraduan syubhah.
4) riba : haram bagi 'along' sebab charge yg terlalu tinggi..tp dalam bank atau pinjaman konvensional dibenarkan.
5) rasuah : haram jika ditangkap melakukannya secara besar2 an tetapi di halalkan dalam kes politik wang.

selain daripada tu, x haram melakukannya. Itulah hukum2 yg ada di sekeliling kita. Benar ana x boleh nak salahkan sesiapa. Sbb masing2 ada tanggungjawab tu. Kerajaan, kluarga, diri dan orang ramai. Persoalannya mengapa x ditanam sifat bencikan perkara2 ni seperti bencinya kita pada khinzir?..itu yg ana nak ntum dan diri ana sendiri berfikir. Kita suatu hari nnt, bakal menjadi pemimpin, bakal menjadi ketua keluarga, bakal memiliki sebuah kluarga islam, bakal memiliki suami, isteri dan anak2 dan bagi lelaki, bakal menjadi imam..tanamkanlah dalam kluarga kita hukum2 alquran. Jadikan kluarga kita golongan yg menegakkan hukum-hukum AlQuran..i'Allah...cukup ana rasa setakat ni...persoalan ini perlu dijawab oleh diri kita sendiri, fikirkan jawapannya melalui curahan ilmu alquran dan hadith...Wallahualam.

Saturday, May 23, 2009

realiti TV lagi?..tak abis-abis,sampai bila?

Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...alhamdulillah, lama ana x tulis kat sini...inshaAllah,ana ambil masa 40 minit sebelum zohor ni utk ana nukilkan sesuatu...
Hari ni ana ada kat rumah, alhamdulillah sampai malam td, syukran pada sahabat ana yang selalu doakan perjalanan ana...ana jejakkan kaki ke rumah tepat jam 10:47:54 malam...mula dengan mengisi perut dulu dengan masakan mak (syukran laki ya ummi)...

alhamdulillah...lepas makan je bukak la tv sat, lama rasanya x menonton tv, tak tau rancangan apa yg menarik, ye la kat usm tu malas sungguh nak tengok tv...suka surf internet je...tiba-tiba teringat seorang sahabat ana dari usm yg duduk kat kelantan, ana pernah tnya dia,"macam mana keadaan kelantan,penduduknya?',katanya teruk sesetengah anak muda kat sana, katanya punca utama televisyen, dari televisyen masuk ke rumah dengan hiburan-hiburan yang melalaikan anak-anak muda. Pentadbirannya baik bercorak islami, tp tak guna jika pemikiran penduduknya dipengaruhi oleh "pengisian" televisyen."....ana kata pada dia balik, bukan je kat kelantan, kat mana2 pun"....(beliau timbalan presiden pmiusmkkj sekarang)
Serentak dengan lamunan tu ana terus menonton tevisyen..bermula dgn tv1..em,berita dunia....kemudian tv2, em iklan...kemudian tv seterusnya, iklan berkenaan realiti tv menyanyi...astaghfirullah, realiti tv lagi?...baru pulak tu, tajuknya "oh lala"....tak sudah2 dengan realiti tv...pendapat ana hampir semua realiti tv, pesertanya melanggar syariat agama, dari segi pergaulan, pakaian, aurat....kecuali satu je...iaitu yang sangat popular bagi penggemar Firman Allah...iaitu AKADEMI AL-QURAN...

Dari ana form 3, realiti tv ni semakin menjadi2...kecuali masa disember 2004, masa tu kurang sikit atas arahan pemerintah negara utk menghormati tragedi "tsunami"...kemudian ia berkembang balik bak "kulat atas roti yg dah expired"....lagi lama roti itu dibiar,lagi banyaklah parasit tu...sebelum ana lanjutkan menulis, ana nak "ketuk kepala" mereka yg berkenaan termasuk kepala ana sendiri...berkaitan tsunami...ramai yang mengatakan bahawa tragedi itu amaran Allah pada umat manusia, tetapi lagi ramai mengatakan itu hanya bencana alam...ust di pusat islam USMKKJ berkata, beruntunglah mereka yg mengambil tragedi itu sebagai iktibar dan insafi kesilapan diri, dan rugilah mereka yang mengatakan itu hanya bencana alam...
Baiklah, ana terus perihal realiti tv...berkenaan ini ana sering berkongsi dgn salah seorang sahabat ana yg walaupun muda 2 tahun dan duk jauh dari ana, tetapi pemikirannya sangat baik...membuatkan ana rasa nak menulis kat sini...

Pergaulan, aurat, rasanya x perlu ana huraikan disini sebab jelas hukumnya..tp perihal ibu bapa dan kluarga...walaupun anak mereka menyanyi, menari, membuka aurat di pentas utk orang ramai mendapat sorakan orang ramai terutama ahli keluarga..lebih teruk lagi jika ada adegan bukan muhrim "terpeluk", "terangkat" dan sebagainya turut mendapat sorakan...seolah-olah menghalalkan hukum haram yang Allah s.w.t dan (perantaraan) Rasul s.a.w jelaskan...
Kenapa ini terjadi, adakah ini tanda akan berakhirnya keluarga islam(baitul muslim) yg akan melahirkan penegak agama Allah?berakhirnya cara hidup islam....nauzubillah...
Kepada ketua-ketua keluarga(suami)...ingatlah,anda semua akan dipersoalkan perihal tanggungan anda di akhirat nnt..

Bagi para suami mendidik dirinya, isteri dan anak-anak menghayati Islam adalah wajib, jikalau tidak suami dihukumkan dayus. Setengah ulama menyifatkan makna dayus itu, suami yang membiarkan isteri dan anak-anaknya terjebak dengan maksiat dan mungkar. Maka tersuratlah di sepan pintu syuga yang bermaksud: "Engkau hai syurga ! Haramlah atas segala lelaki yang dayus." Maka apabila datangnya Hari Qiamat, Allah s.w.t akan menghukumkan suami terlebih dahulu di dalam segala hal kebajikan berbanding dengan isteri dan anak-anaknya kerana suamilah yang menentukan segala hal dan berkuasa di dalam rumahtangganya.

Firman Allah: "Peliharalah diri dan ahli keluargamu dari api neraka." (At Tahrim: 5)
>>i'Allah, moga sama2 mendapat manfaat dari penulisan kali ni..Wallahualam..

Sunday, May 10, 2009

syukron laki ya ummi.....


Bismillahirrahmanirrahim.....30 minit sebelum ana bemusafir ke utara tanah air....alhamdulillah 2 hari yang sangat menenangkan tatkala berada bersama keluarga...niat nak balik rumah yg tiba2 terlintas selepas kursus xilinx....sahabat ana tnya " nta rindu dgn ibu ke?"....ana jawab "mmg ana sentiasa rindu dgn ibu"....jujur ana katakan,ana tak tau pun hari ini hari ibu,sampailah ada sahabat ana berikan email berkaitan kasih ibu...baru ana tahu,rupa2nya hari ini hari ibu...jadi kepada yang bergelar anak, gembirakan hati ibu mu...jangan sakiti hatinya...sebab rehda Allah terletak pada redha ibu bapa, murka Allah terletak pada murka ibu bapa....gembirakan ibu bapamu bukan hanya certain2 hari je...sepanjang masa....dan jika mereka telah tiada, ketahuilah mereka menanti doa anak2 mereka yang soleh dan solehah....banyakkan berdoa untuk mereka,sama ada mereka masih hidup atau dah tiada....inshaAllah...

p/s : pendek post ana hari ni kan...sekadar cetusan pengisian...wallahualam...


Friday, May 1, 2009

berdakwah melalui novel??


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..alhamdulillah masih diberi peluang menulis kat sini...lama ana x tuliskan...pengisian kali ni hanyalah sedikit perkongsian ana, jadi mungkin x panjang sgt..

em,menarik x tajuknya, mungkin ada sahabat ana x sangka ana tulis tajuk macam, terutama mereka yg pernah jumpa ana, tapi tak mengapa asal dia mendatangkan kebaikan pada Islam, perlu ana tulis kat sini...tak dinafikan oleh adik beradik ana, ana bukanlah dilahirkan seorang yg penggemar novel, mula mengenali novel waktu time sekolah menengah dulu, tu pun semata2 nak lulus Bahasa Melayu,baca 10 muka pertama,10 muka terakhir dan sinopsis...alhamdulillah Allah beri rezeki lulus bahasa melayu dgn baik..pendapat ana masa tu, kebanyakan novel hanya cerita2 khayalan cinta dunia semata2, sebab tu ana x suka. Sampai satu ketika, keluarnya novel ayat-ayat cinta,"laa..cinta lagi ke?lagi direct tajuknya"...ana x amik peduli pun, sampailah filem tu keluar kat tv,ana menganggap ia filem yang baik yang ada unsur-unsur islam didalamnya, jarang penggemar filem buat filem mcm ni...tapi ana masih x peduli perihal novel ayat-ayat cinta..sampailah ada daripada kakak2 ana supaya beli novel tu...natijahnya, novel itu lebih baik dari filemnya, penggunaan ayat-ayat quran dan hadith menepati plot dalam novel tu..masa tu ana dapat rasakan beliau(penulis) cuba berdakwah melalui tulisan..sasarannya penggemar novel untuk diserapkan unsur-unsur islam dalam dirinya..tahniah ana ucapkan..

Pada waktu itu ana sangkakan hanya itu sahaja novel islami, sampailah seorang sahabat ana, memberi dua tajuk novel yg penuh dgn pengisian islami...

1) tautan hati

2)kuseru namaMu Kekasih...

Ana yakin sekali baca tajuk ni, mesti ingat jiwang2 kan...sama la mcm ana,kalau sahabat ana x terangkan, 'confirm' ana x baca novel ni...biar ana terang sikit, untuk novel "tautan hati" berkisar dgn perlunya kita jaga hubungan dgn Allah, antara caranya melalui usrah, pentingnya ukhwah dan tautan hati kerana Allah..novel yg penuh dgn pelbagai situasi, tapi akhirnya kembali pada Allah..itulah cara penulis berdakwah. Dan i'Allah ana akan sampaikan buku ni pada adik ana,sebab dia paling layak.

untuk novel brtajuk "kuseru namaMu Kekasih",persoalannya siapakah kekasih itu?adakah artis?awek?pakwe?...jawapannya kekasih itu adalah Allah....novel yang menghubungkaitkan situasi dengan kebergantungan pada Allah. Ia juga sebuah novel yg bagus, juga menerapkan terjemahan Al-Quran, hadith untuk menerangkan situasi dalam novel ni...baguskan...


Dari novel2 ni dapat dilihat, tujuan penulis untuk berdakwah melalui penulisan, penulisan yang berbentuk cerita yang menarik minat pembacanya. Jika dilihat tajuknya hanya berkaitan cinta, sebab ada sasaran yang mereka harapkan..


Dan novel terbaru, juga diperkenalkan sahabat ana selepas beliau dgr kat ikim, bertajuk "munajat cinta"...bagaimana kisahnya?juga berkaitan munajat pada cinta Allah, 40 muka pertama mengisahkan mereka yang kembali pada Allah setelah diberi ujian dan sentiasa melengahkan solat...bagaimana pengakhirannya?...ana pun x abis baca lagi..


>>dari pandangan ana, inilah antara cara berdakwah bagi penulis2 itu, sama ada sampai atau tidak pada sasarannya,hanya Allah mengetahui..hidayah itu milik Allah,kita hanya berusaha..dan lebih menarik,jika sebelumnya kita mengisi diri kita berkaitan cara hidup islam untuk kita menilai sendiri bila baca novel ni...

>>apa maksud dakwah??antaranya "menyuruh berbuat yang maaruf dan mencegah yang mungkar"


Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepada mu: Suruhlah manusia berbuat yang ma'ruf dan cegahlah mereka dari kerja-kerja mungkar sebelum (tiba waktu dimana) kamu meminta,lalu Aku tidak menerimanya dan kamu mohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu lagi" (H.R Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Friday, March 27, 2009

Sedikit berkenaan zina hati...

Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...pertama sekali,ana nak minta maaf pada sahabat ana yg minta perihal kelewatan post zina hati..keberatan bagi ana sebenarnya sebab ana kurang mendengar dan mendalami perkongsian ilmu perihal ini daripada ustaz atau buku2...tp xpe..inshaAllah ana cuba semampu yg ana boleh..cuma ana mohon teguran jika ana silap,byk lagi yang perlu aan belajar..sebab ia cuma pendapat ana..

Mudah ana katakan zina hati berlaku akibat percintaan dua insan yang seterusnya mendorong ke arah ingat-mengingati, rindu-merindui dan sayang-menyayangi...dan perlu ana tekankan disini juga, tiada percintaan sebelum perkahwinan..tetapi mmg perasaan cinta,kasih,sayang, rindu pada orang lain fitrah manusia. Allah telah campakkan kepada kita perasaan itu..tapi bagaimana kita mengawalnya?..ingat balik 5 cinta yang ana sering ceritakan pada sahabat2 ana

1)cinta pada Allah

2)cinta pada Rasulullah

3)cinta pada ibubapa

4)cinta pada ilmu

5)cinta pada diri (cinta sesama insan berada didalamnya)..



Zina hati itu berlaku apabila hati kita menurut hawa nafsu mengingati,merindui,mencintai orang lain sehingga mengikis kecintaan kita pada Allah s.w.t..dan seterusnya hilang... kecintaan pada Allah adalah apabila kita bertaqwa pada Allah, tegakkan hukum2 Allah, rindu dengan syurga Allah dan mencintai RasulNya, Muhammad s.a.w..apabila hilangnya kecintaan pada Allah, mulalah seseorang itu mendekati maksiat, mengingati/mencintai/merindui sehingga terdorong melakukan maksiat dan lalai dengan amanah yang Allah berikan sebagai khalifah Allah..


Memang lumrah manusia sukakan kepada pasangannya lelaki ataupun wanita, tetapi adakah dengan kita meluahkan melalui perkataan 'sayang' , 'abang', 'I love you' , 'you love I' sebelum perkahwinan? Sama sekali tidak..itu semua mendorong kepada maksiat. Perkataan-perkataan yang menunjukkan rasa kasih dan sayang sebelum pernikahan hanya akan melalaikan kita dan memberi ruang pada anak-anak panah syaitan. Itulah dia zina hati..


Tak salah jika kita menaruh perasaan pada seseorang, kerana kita ingin menjadikan seseorang itu zaujah(isteri) kita kerana kita yakin dialah yg akan menjadi peneman kita dalam gerak kerja dakwah, dialah yang akan menjadi teman kita dalam hidup....tapi perlu diingatkan jagalah batas yg ditetapkan Allah, masa yang sama jagalah hati kita supaya cinta kita pada Allah semakin menebal bukan menipis. Tak perlu merindui/mengingati/mencintai seseorang berlebihan kerana ada keyakinan dalam diri kita bahawa Allah dah sediakan yg terbaik buat diri kita. Lakukan istikarah. Jika benar pilihan kita,mulakan taaruf dan seterusnya bernikah..semuanya seperti yg diajarkan Rasulullah s.a.w.. InshaAllah salah satu cara terbaik utk mengelakkan zina hati..

Post ana sebelumnya byk menerangkan dalil pasal hati..bacalah ia..jagalah hati kita
ana rasa cukup post ana petang ni..Wallahualam...

Thursday, March 19, 2009

kembara hati menuju ILLAHI..mari muhasabah diri..:)



Rasulullah s.a.w bersabda: didalam diri manusia ada seketul daging, yang mana jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya jika jahat daging itu maka jahat pula lah orang tersebut. Daging itu adalah hati.




dimana tahap hati kita???


Hati yang sedar
Firman Allah yang bermaksud: "sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai (hati yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” Surah qaf 50:37

Hati yang bersih
Firman Allah yang bermaksud: “sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya- yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).” Surah asy-syams 91:9

Hati yang lurus
Firman Allah yang bermaksud:” mereka berdoa dan berkata: wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat disisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya.” Surah Ali imran 3:8


Alhamdulillah..jika hati kita masih ditahap yang seperti di atas... tp pohonlah agar hati kita terpelihara dari hati yang dibawah..

Hati yang tertutup
Firman Allah yang bermaksud: “dan diantara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-quran), padahl kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang mnjadikan mereka pekak).” Surah al-An’am 6:25

na'uzubillah!!!

*Tanda hati mati*


Tanda hati mula mati, atau sakit ada 4:


1) Apabila membuat dosa tidak merasa bersalah



2) Banyak bercakap



3) Banyak makan (ubatnya puasa)



4) Banyak tidur

rase2 hati kita masih ada peluang utk diselamatkan x??? insyaAllah..andai ada kesedaran..masih x terlambat..


Imam Al-ghazali: carilah hati mu dalam 3 tempat:

Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Alquran. Jika kau tidak temui carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”




ya Allah..tetapkanlah hatiku,keluargaku,sahabat2 ku..serta semua kaum muslimin dan muslimat di dalam agama MU...



Ya Allah aku ingin menjadi pemburu kasihMU, maghfirah dan keredhaanMu, walau ku tahu, aku sering menghabiskan umurku kearah murkaMu, tapi..izinkan aku menjauhi NERAKA-MU…kerana ku tidak sanggup ke situ…bantulah aku mendidik hatiku…

Thursday, February 19, 2009

Tanya pada diri,ada tak sifat ini??kalau ada....

gambar hiasan je...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani....lama ana tak tulis kat sini....tiba-tba ana rasa ada perkara yg ana nak kongsi, lagipun pada masa yg sama ada seorang sahabat ana tnya pasal ni..ana cuba ambil 30 minit masa ana,inshaAllah moga tidak sia-sia..bila perkara ni terlintas di fikiran ana..terus ana rujuk kitab Bahtera Penyelamat karangan ustaz Fathi Yakan (kalau sahabat yg ada kitab ni cepat rujuk dan muhasabah diri)..alhamdulillah..ana jumpa pointnya pada muka surat ke 17...antara muka yg terawal...mungkin mudah kalau ana tafsirkan kat sini...sifat ini antara sifat yang sangat perlu dititikberatkan dalam ikhwan..sebab itulah diletakkan di tajuk2 awal..jika kita mengaku kita mencontohi ikhwan,renungkanlah apa yang ana akan sampaikan ni...

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Awas kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengintai, atas-mengatasi, dengki-mendengki, benci-membenci, dan jebak-menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah ia menghina saudaranya."Taqwa itu (letaknya) disini. Taqwa itu (letaknya) disini" seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya yang mu'min, haram bagi seorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa), nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain..
(Hadith riwayat Malik, Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Al-Tirmidzi)

*ana yakin, sekali baca hadith diatas semua faham maksud Rasulullah s.a.w.... Rasul s.a.w. sampaikan pada umat baginda, pada kita, pada ana dan pada sahabat-sahabat sekalian selagi kita masih mengatakan iman dan cinta kita pada Rasulullah s.a.w.. Perkara ini pernah berlaku zaman baginda,tak mustahil berlaku zaman sekarang..ditambah pula dgn syaitan laknatullah yang sentiasa membisikkan kemungkaran pada kita..kepada Allah lah kita berlindung..

*InshaAllah,tujuan ana tulis ni nak mengajak ntum semua termasuk diri ana sama-sama kita muhasabah diri kita..bagaimana kelakuan kita pada saudara kita..pada sahabat kita..pada orang yang ambil berat berkenaan diri kita..jika benar kita ada melakukan seperti diatas, mohonlah kemaafan dari beliau..sungguhnya Allah mengasihi orang yang memohon maaf dan memberi kemaafan..jagalah hatinya,selagi dia tidak melakukan perkara yang mungkar..akhirul kalam dari ana...inshaAllah, semoga Allah sentiasa pelihara hati-hati kita..jangan lupa doa Rabitah yang kita baca pagi dan petang dalam Al-Mathurat..doa perlukan kepada amalan...Wallahualam.. :-)

Sunday, February 8, 2009

sedikit pertambahan utk post solat istikharah

salam,ana tambah sedikit..pertama,bila kita buat istikharah,yakin dgn pertolongan dan petunjuk Allah..istikharah adalah salah satu ikhtiar yg dianjurkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w seperti hadith yg ana tulis di post sebelumnya...cuma, petunjuk Allah bukan hanya dtg melalui mimpi, boleh melalui macam2 tapi hanya Allah maha Mengetahui bagaimana Dia memberi petunjuk kepada hambaNya..petunjuk melalui mimpi adalah salah satu yang biasa dilalui orang yg terdahulu termasuk nabi-nabi..
Melalui pembacaan/pertanyaan ana,bagaimana kita nak tahu yg terbaik bg kita, memang xde dalil yg menyokong tp yang ana pasti ia bukan bidaah yang melanggar syariat Islam..antaranya,sampai satu masa diantara dua pilihan kita akan merasa berat salah satu daripadanya,dan kita yakin dengan petunjuk2 Allah,saat itu kita lakukan solat hajat mohon supaya benarlah pilihan kita tu dan dipermudahkan dalam urusan kita melaksanakannya....dan kita perlu yakin itulah yang terbaik buat kita dan Allah x akan sekali-kali menzalimi hambaNya..jika kita merasa susah, itu ujian Allah, dan Allah menjanjikan yg jauh lebih baik bg kita..hayati benar2 maksud doa yg diberi oleh Rasulullah s.a.w itu...inshaAllah..wallahualam :-)

Friday, February 6, 2009

solat istikharah-kebergantungan kita pada Allah..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...alhamdulillah..lama ana tak tulis kat sini...ada masa sebelum solat jumaat ni..inshaAllah cuma mengisi masa disini...em..semalam ana sahabat ana tnya pasal solat istikharah,pun ada jugak sahabat ana yg nak baca...inshaAllah ana cuba kongsi kat sini..cumanya,ana bukanlah seorang benar2 mahir dalam bidang ini,cuma sekadar perkongsian ilmu yang ada..rujukan ana antara website yg ana kagumi ustaznya kerana ilmu yg dimilikinya..tuan guru dato dr Haron Din dari darussyifa...

Sebagai muqaddimah tulisan ana ni,kita sering dgr berkenaan solat sunat istikharah ni...kita tahu tujuan solat istikharah ni utk kita memohon petunjuk dari Allah s.w.t berkenaan pilihan2 yg benar-benar merunsingkan kita kerana risau jika tersalah langkah akan menyebabkan penyesalan...tetapi seperti menjadi adat di Malaysia,kita hanya melakukan istikharah hanya jika berkenaan dengan jodoh,persoalannya adakah solat istikharah hanya utk memilih jodoh??Memang ia sering ditekankan oleh ustaz berkenaan perkara ni..

Ana ambil pengisian seterusnya ini dari web darussyifa:-
Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis:
Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”


Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;
  • Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  • Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
    Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  • Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  • Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

**melalui hadith Rasulullah s.a.w di atas, jelas menyatakan bahawa solat istikharah itu meliputi segala macam hal selagi bukan hal yg bercanggah dgn syariat Islam...ana buka persoalan pada ntum semua..adakah dalam kehidupan kita,hanya berkaitan jodoh sahaja yg memerlukan petunjuk dari Allah??..sudah pasti tidak bukan..apa salahnya jika kita sentiasa beristikharah kepada Allah dalam segala hal, kerana secara tidak langsung menunjukkan kebergantungan kita yang tinggi kepada Allah..

**Adakah kita malu hendak minta pada Allah pada hal-hal yg kecil dan hanya meminta pada hal-hal yg besar?kenapa?..Walhal Allah suka jika hambaNya sentiasa datang kepadanya,sentiasa mohon kepadaNya..kenapa perlu kita tangguh atau sembunyikan kebergantungan kita pada Allah..walhal Allah mengetahui segalanya..

**sebelum ana akhirkan tulisan ana ni,sedikit tips dari dr Fadzilah Kamsah, sebelum kita jawab soalan objektif (soklan exam), mlm tu buat solat istikharah..moga Allah beri petunjuk kpd kita..inshaAllah..

**semoga pengisian ana kali ni memberi sedikit manfaat pada sahabat ana dan sahabat2 yg lain..
**hakikatnya, ia byk memberi manfaat pada diri ana sendiri
**ana mohon kalau ada kesilapan dlm penulisan ni sila beri teguran...Wallahualam.. :-)

rujukan rasmi : http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=10

Monday, January 19, 2009

antara nasihat Luqman Al-Hakim

Assalamualaikum...sahabat semua..jom sama2 kita isi hati dan diri kita dengan peringatan ini...ana ambil dari blog sahabat ana, terkesan bila ana baca..sebelum tu, sebut pasal Luqman Al-Hakim, ana teringat dgn ustazah ana masa time sekolah dulu, dia slalu paggil ana Luqman, sebab dia keliru dgn nama sebenar ana.setiap kali masa ustzh tu,panggilan nama ana akan menjadi Luqman..emm..tp tu sebagai muqaddimah sahaja, tiada kene mengena dgn artikal ini... :-)

InshaAllah..ini lah antara wasiat Luqman Al-Hakim yang terpahat didalam Al-Quranul karim..inshaAllah sama2 kita ambil iktibar dan amalkan...

*Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia inibagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karamke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernamaTAQWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

* Hai anakku; orang - orang yang sentiasa bersedia untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH.

* Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada ALLAH,adalah orang yang tawadduk kepada ALLAH, sentiasa taqarrubkan diri kepada ALLAH dan berusaha menghindari maksiat kepada ALLAH.

* Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, ingatlah bahawa marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

* hindari dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

*Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benarnya( taqwa ), kerana engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

* Hai anakku; seorang pendusta akan segera hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang buruk akhlaknya akan sentiasa banyak berkhayal tentang hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah,memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

* Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi lebih daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yangjahat.

*Hai anakku; janganlah engkau mengambil orang yang jahil sebagai utusan. sekiranya tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

* Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

* Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

* Janganlah engkau makan sehingga kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

* Hai anakku; janganlah engkau terus menelan kerana manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan kerana pahitnya sesuatu barang itu, sesungguhnya manis belum tentu menimbulkan kebahagiaan dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

* Makanlah makananmu bersama sama dengan orang-orang yang bertaqwa dan bermusyawarahlah dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

* Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

* Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah.jika dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

*tuturlah dengan kata-kata yang baik dan semanis wajahmu,dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

* Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlahdirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

* Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifatriya' yang akan mendatangkan kehinaan pada dirimu.

* Hai anakku; janganlah engkau cenderung kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebihhina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

* Hai anakku;peliharalah mulutmu agar tidak mengeluarkan kata-kata yang keji dan hina serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

* Hai anakku; janganlah engkau banyak ketawa kalaubukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu,janganlah mensia-siakan hartamu.

*Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripadaberkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akanmenyesal.

* Hai anakku; bergaul rapatlah dengan orang yangalim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmahd ari mutiara katanya bagaikan tanah yang suburlalu disirami air hujan.

* Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talamdua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

***ana ambil artikle ini dari sahabat ana utk diri dan sahabat2 ana yg lain...inshaAllah, moga melaluinya menjadi asbab hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t...
***copyright : www.mujaheedahsolehah.blogspot.com

Thursday, January 8, 2009

Demonstrasi bantah yahudi

Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah.....seorang sahabat ana minta ana jelaskan pasal demonstrasi...inshaAllah ana cuba terangkan stakat yg ana tahu dari pmbacaan ana...rasa x banyak,tp inshaAllah kongsi ilmu..
Zaman skrang ni kita tgk demontrasi antara satu cara/wasilah yg berkesan utk menyatakan pendirian dalam diri kita dan antara cara untuk pemimpin dengar suara rakyat.Kadang2 demonstrasi jugak menjadi tempat utk kita melemparkan kemarahan kita pada suatu pihak..
Dulu ana pernah dgr ada penceramah mengatakan nabi juga pernah melakukan demonstrasi..antaranya dalam sirah selepas nabi s.a.w mendapat perintah Allah menyebarkan agama Islam terbuka..di mana waktu itu semua umat Islam keluar dari persembunyian dan menyebarkan dakwah secara terbuka kpd penduduk Makkah..ada mengatakan itu juga satu contoh demontrasi zaman nabi s.a.w..wallahualam...
ana amik situasi yg paling mudah dan terkini..demonstrasi apabila Palestin diserang...secara x langsung menunjukkan kemarahan seluruh umat Islam sedunia...kita tgk dimana2 sahaja dilakukan demonstrasi membantah serangan israel..hasil daripada demonstrasi ni akan ada pihak berkuasa yg akan ambil tindakan atas serangan ni..antara hasil yg lain boleh kutip derma masa demostrasi tu..
Tapi ada satu perkara yg ana tertarik dgn kata2 mufti perak,jika benar kita nak tunjukkan kemarahan kita,kita kene mula dari dalam diri kita dulu..jika benar kita marah pada yahudi,kita perlu pulaukan cara hidup dia..cuba fikirkan jika pada sebelah siang kita melaungkan laknat yahudi, tp sebelah malamnya kita menyokong konsert yg melalaikan, di mana keberkatan itu?...sbb tu lah dalam setiap hal, perlu mula dari taqwa dulu..dimulai dgn ilmu dan disusuli amal...
Dan pendapat ana x salah jika dalam diri yg pergi demontrasi itu adanya sifat taqwa dan sayang pada Islam. Baru lah matlamat demostrasi dapat dicapat
*ana harap penjelasan ni menjawab persoalan...hanya sedikit perkongsian dari ana..wallahu'alam..

Tuesday, January 6, 2009

Qunut Nazilah...inshaAllah, cuba amalkan dalam solat kita..

Salam'alaik...saudara2ku seIslam...bantulah saudara2 kita di Palestin yang kini ditindas oleh yahudi laknatullah...perbanyakkanlah doa qunut nazilah dalam segenap solat kita..ini antara yg mampu kita lakukan untuk saudara2 kita di Palestin
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan yang penuh raksasa, Wahai Tuhan yang bersifat murka

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka
ameen...

Monday, January 5, 2009

Say NO !!! to israel laknatullah..

Dengan nama Allah….alhamdulillah...kita baru sahaja menjejakkan diri kita di tahun baru hijrah. Tidak terlambat rasanya untuk ana mengucapkan salam maal hijrah 1430H. Bila kita kenang balik 1430 tahun yang lalu tatkala Rasulullah s.a.w berhijrah dari kota Makkah ke kota Madinah ditemani sahabatnya Abu Bakar as-Siddiq, Baginda s.a.w melaluinya penuh dengan cabaran dan dugaan. Semata-mata untuk menunaikan perintah Allah, menyebarkan agama Islam dan seterusnya mendirikan sebuah Negara Islam Madinah. Pada waktu itu Islam sangat dihormati kawan dan lawan. Dan pada ada waktu itu Islam sangat kuat disebabkan kuatnya taqwa kepada Allah dalam kalangan umat nya.
Kini, setelah 1430H, kita boleh nilai sendiri sejauh mana taqwa kita. Sejauh mana keimanan kita. Adakah kita layak untuk memartabatkan Islam? Jangan kita persoalkan apa sumbangan Islam pada kita, tapi persoalkan apa sumbangan kita pada Islam.
Maal Hijrah yang kita lalui tahun ini disertai perkara yang dahsyat.
Tatkala 1 Muharam 1430H, kita dikejutkan dengan serangan israel besar-besarkan keatas penduduk muslim Palestin. Setakat saya menulis artikel ini, diberitakan 420 terbunuh dan 1400 cedera dalam serangan terbabit. Kita sedia maklum kebencian israel terhadap umat Islam. Kita sedia maklum israel sangat menghinakan bangsa-bangsa/ agama selain yahudi. Kita mengutuk besar-besaran serangan yahudi, tapi secara senyap kita menyokong perbuatannya. Kita menyokongnya melalui perkara-perkara lagha, kita menyokongnya melalui pakaian, kita menyokongnya melalui makanan dan minuman, kita menyokongnya melalui rokok dan yang pasti kita menyokongnya melalui sesetengah kelab bola sepak luar negara yang hakikatnya menjadi kegilaan para remaja masa kini. Wahai sahabat-sahabatku sedarlah, walaupun kita tenang disini, tetapi secara tidak langsung pemikiran kita dikuasai oleh yahudi laknatullah. Serangan pemikiran(ghazul fikri) yang dilakukan keatas kita yang menyebabkan kita leka dari mengingati Allah. Dan hasilnya tiadalah sifat menyelamatkan agama Allah di muka bumi. Cuba renung balik kejatuhan khalifah akibat kelekaan umat Islam pada dunia, ketiadaan Negara Islam lain untuk membantu Palestin semuanya hasil daripada serangan pemikiran yahudi keatas seluruh umat manusia. Baru2 ni ana tgk berita,sungguh gah rakyat menyuarakan bantahan serangan israel, tp hakikatnya kluarga dan diri mereka masih mengikut cara hidup yahudi. Tak ke pelik, siangnya kita buat perhimpunan bantahan, tp sebelah malamnya kita isi dgn program nyanyian..dgn AF nya, Malaysia Idol nya, Bintang Kecil nya..semuanya itu dicelup daripada idea-idea yahudi yg hakikatnya bertujuan utk melekakan umat Islam dari memikirkan masalah Ummah..inilah dia serangan pemikiran..mudah ana bayangkan disini, jika yahudi melihat apa berlaku di kaca tv Malaysia, diorang akan tergelak dan berpesta, sebab serangan-serangan yg dilakukan telah berjaya melumpuhkan umat Islam.

Ana yakin sahabat semua pasti masih ingat hadith Rasulullah s.a.w yg maksudnya "Akhir zaman nanti umatku akan ditimpa satu penyakit.Sahabat bertanya "Penyakit apa itu ya Rasulullah", Rasul s.a.w menjawab "Penyakit al-Wahn iaitu terlalu suka berhibur dan takut mati".

Wahai saudara2ku seIslam, ana teringat isi khutbah di masjid di Tapah, tmpat ana dgn sahabat berhenti musafir untuk solat jumaat, khatib itu menangis tatkala membacakan khutbah perihal Palestin..
Antara cara untuk kita bantu saudara kita di palestin(isi khutbah)

1. Perbanyakan Qunut Nazilah dalam setiap solat kita (walaupun kita x hafal, boleh juga dibaca selepas solat)
2. Banyakkan sumbangan barangan berharga kepada saudara kita di Palestin.
3. Boikot barangan yahudi dan dan barangan2 negara yang menyokong kekejaman yahudi laknatullah

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
Al-Baqarah : 120


*link di bawah ini menunjukkan antara barangan2 yg perlu diboikot umat Islam. Walaupun ada yg kita dah terbeli, x mengapa, tp selepas ini kalau boleh jangan beli!..niat kita nak melumpuhkan ekonomi yahudi...(bole la lps ni beli barangan HPA..jumpalah pengedar2 terdekat-promote hpa sikit.. :-)

p/s : kalau ntum semua perasan sengaja ana x capitalize word yahudi dan israel, sbb depa mmg x layak dihormati...moga kita sentiasa menjaga hati2 kita dari dilekakan..Wallahua'alam

Doa yang ana ambil dari G7..geng2 G7 ni ramai agaknya yg dah berpunya..i'Allah,sama2 amalkan,moga terbinanya baitulmuslim..


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ulama' pewaris para nabi

Ulama' pewaris para nabi

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya



Sekiranya..

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya

keluar dari terus terlena



Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai

isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku

petunjuk kearah rahmat Mu



Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..



Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang soleha

Isteri yang sentiasa dihati



Amin, amin Ya Rabbal Allamin..