SAHABAT-SAHABIAH

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."
Remember Allah Always

Sunday, November 14, 2010

Bunga Kebahagiaan


Syukur pada Allah, pagi ini ana rasa nak menulis sangat, mungkin setelah terharu dengan apa yang dilalui sebentar tadi. Jam sekarang menunjukkan 2 pagi waktu Malaysia, 8 malam waktu Mansurah. Hari ini memasuki 7 Zulhijjah di malaysia dan 8 Zulhijjah di Makkah. Semua sedia maklum, 9 Zulhijjah merupakan hari wukuf bagi jemaah haji dan sunat berpuasa pada hari tersebut...

Apa pun, pagi ni ana x berhajat menulis berkenaan Aidiladha, ana simpan untuk penulisan hari ahad atau isnin nanti. Hari ana nak berkongsi sebuah buku yg baik, mantap pengisian ilmunya...Bunga Kebahagiaan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. (Dulu ana pernah kongsikan buku Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul, buku ni pun elok ada jugak)


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah Ar-Rum : 21)


Maha Suci Allah yang telah menetapkan fitrah ini pada seluruh manusia dan celaka lah bagi mereka yang melanggar atau menafikan fitrah ini. Itulah fitrah perkahwinan.

Ana tidak berniat untuk menghuraikan panjang lebar berkenaan perkara ini, sedangkan ana sendiri masih belum berkahwin dan ana masih lagi belajar ke arah tu. Tetapi niat ana adalah untuk berkongsi satu buku yang baik untuk panduan para suami dan isteri yang akan melayari rumah tangga. Jika Jakim mengatakan wajib menghadiri kursus kahwin sebelum berkahwin, manakala ana berhajat mengatakan "molek sangat-sangat la" ntum semua baca/menelaah/mengkhatamkan buku ini sebelum dan semasa mendirikan rumah tangga. Buku ini boleh dijadikan panduan yang baik bagi semua. Tak kisah la, yang dah nak menikah ke, yang dah bertunang ke mahupun yang masih xde calon. Kerana atas izin Allah ntum semua akan berkahwin juga. Mungkin akan menjadi seorang suami mahupun isteri. Masing-masing ada tangungjawabnya dan perlu dipelajari.


Buku yang ana maksudkan "Bunga Kebahagiaan oleh Tn Guru Nik Abdul Aziz". Pendapat ana buku ini baik, ia tidak terlalu tebal dan bahasanya mudah difahami.

Buku ini se nipis 194 muka surat, ataupun 1/3 ketebalan daripada novel2 cinta di kedai-kedai buku,

Merangkumi 24 Bab yang mudah difahami dan baik penerangannya.

Bab yang merangkumi persoalan berkahwin, tatacara soleh suami dan isteri, tanggungjawab, sirah pernikahan dan tips memegang amanah Allah yang besar ini.

Jadi, ana syorkan buku ini pada semua sahabat2 ana, pembaca blog ana. Kalau nak cari buku ni, kene cari di kedai2 buku Islam, Pustaka-Pustaka yang ada. Harga yang tertulis pun RM 20.

Sabda Rasulullah s.a.w,
"Demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut antara kamu kepada Allah S.W.T, orang yang paling takwa antara kalian kepada Allah. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat di malam hari dan aku juga berkahwin dengan wanita. Maka sesiapa yang benci kepada sunnahku maka dia bukan tergolong dalam golongan umatku".

Akhirul kalam, Allah tidak sekali-sekali menzalimi hambaNya, bahkan kita lah yang sentiasa menzalimi diri kita sendiri. Pujuklah diri untuk menuntut Ilmu Allah, ilmu Allah terlalu luas. "Ya Allah, jadikanlah kami antara hambaMu yang sentiasa diberi petunjuk dan diberkati amalan perbuatan kami"

Wallahualam

Tuesday, November 9, 2010

Saladin Animated Series & Muhammad The Last Messenger



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.... Alhamdulillah, malam ini diberi peluang untuk menulis dan sedikit perkongsian...

Malam kelmarin ana menggunakan sedikit masa ana untuk menonton Animasi Saladin secara maraton sebanyak 7 episod.... tak caye kan saladin dah 7 episod.... Untuk pengetahuan ntum semua Animasi Saladin Versi Malaysia sehingga hari ini hanya dibuat untuk 2 episod pertama sahaja. Dan 7 Episod yang ana tengok tu versi bahasa arab. Alhamdulillah, faham la jugak sebab bahasa arab yang digunakan bahasa arab mudah. InshaAllah bagi mereka yang menduduki LAA 100 masa kat USM dulu dapat faham serba sedikit episode ini. Terima kasih pada ust yang mengajar :-)

Berbalik pada siri Saladin ini, bagus ditonton untuk mereka yang ingin menguji kefahaman bahasa arab mereka. Cumanya bagi pendapat ana, jalan cerita ini boleh dibuat dengan jauh lebih baik. Mungkin jalan ceritanya hendak disesuaikan dengan pemikiran kanak-kanak 10-12 tahun, jadi sifat-sifat mulia Salahuddin Al-Ayubi tidak terlalu di tonjol kan. Berbeza dengan animasi Muhammad s.a.w The Last Prophet yang hampir 100% menceritakan keadaan bangsa arab dan kehebatan umat Islam semasa zaman Rasulullah s.a.w.. Animasi ini sangat mengagumkan dunia Islam disamping mengagumkan rakyat Malaysia kerana terdapat versi bahasa Malaysia. Hatta ada yang menangis tersentuh hati apabila dipaparkan situasi peperangan UHUD dan Khandak. Peperangan yang Rasulullah s.a.w cedera parah didalamnya dan doa Rasulullah untuk menghadapi peperangan Khandak. Kisah-kisah beginilah yang sepatutnya menjadi ikutan dan teladan bagi anak-anak mahupun dewasa.

Malam semalam, sambil ana menonton Saladin, ana 'compare' kisah Saladin yang ana baca melalui sirahnya. Hidupnya sangat mulia, zaman kanak-kanak menghafal al-Quran, berlatih pedang, menuggang kuda dan semasa dewasanya menjalani latihan perang. Lidah Salahuddin sentiasa basah untuk menceritakan jihad-jihad yang dibawa Rasulullah s.a.w sehingga tentera Islam yang sedikit mampu mengalahkan puluhan ribu musuh di medan peperangan. Tetapi jangan risau, inshaAllah, ana yakin apabila animasi Saladin ini memasuki episod-episod seterusnya, akhirnya ia akan memaparkan kemuliaan dan kehebatan insan yang bergelar Salahuddin Al-Ayubi. (ana pun tengok juga trailer Saladin kat WEB :-)




Ungkapan Salahuddin Al-Ayubi "Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia"

"Katakanlah, apabila bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu,kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu cintai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya, serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah saatnya sampai Dia mnedatangkan keputusan-Nya. Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik" (surah at-Taubah : 24)


>>'Ulya Illiyin nak sangat menonton animasi ni, tp mesti tiada masalah bagi dia sebab dia mudah memahami bahasa arab :-)

kisah di suatu lembah Damsyik (sambungan....)

Hamdi berkata " Aku ingin bertanya kepada mu berkenaan hal ini, kenalkah kamu dengan kantung ini? Abu Abdillah mengenalinya lantas mengatakan kantung ini yang dipinjam dari Hamdi dan kemudiannya diberi kepada Usamah untuk melangsaikan hutangnya pada seseorang. Hamdi berkata, orang itu adalah diri ku. Pada waktu aku memberikan kantung ini kepadaMu, aku tidak mempunyai apa-apa melainkan kantung ini. Aku tahu engkau lebih memerlukannya. Tiba-tiba sahabatku Usamah ziarah kerumahku berhajat untuk membayar hutangnya pada diriku yang telah sampai tempohnya. Alangkah terkejutnya aku apabila kantung yang ku berikan kepadamu kembali kepadaku tanpa sedikit pun pengurangannya. Lantas Hamdi mengambil keputusan untuk membahagikan 100 dinar dalam kantung itu antara ketiga-tiga sahabat itu. Dengan itu masing-masing bersyukur kerana memperolehi wang untuk berhari raya. Kisah 3 orang sahabat yang pemurah ini diketahui oleh Raja dan Raja memanggil mereka ke istana. Sang Raja kagum dengan sifat pemurah oleh 3 sahabat ini. Sebagai hadiah, raja menganugerahkan setiap seorang antara mereka 1000 dinar. Ketiga-tiga sahabat itu bersyukur dengan kurniaan Allah pada mereka dari sumber-sumber yang mereka tidak ketahui. Abu Abdillah kembali mendapatkan isterinya lalu berkata "Wahai isteriku, bukankan aku telah katakan, Allah tidak akan sekali-kali lupa akan hambanya"........Maha Suci Allah...

>>begitulah sahabat2 ku...kisah teladan untuk kita bersama....ana mohon maaf kerana kelewatan ana menyambung kisah ini. Walauapapun, ambillah teladan dan pengajaran dari kisah ini. Janganlah kita kedekut dengan harta kita, harta kita bukan milik kita, kita cuma memegang amanah dari Allah. Untuk kita adalah rezeki. Wallahualam

"Orang yang menafkahkan hartanya di malam dan siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati " (Surah al- Baqarah : 274)

Tuesday, September 21, 2010

Kisah di suatu lembah Damsyik....


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, dapat ana menulis pada malam ini...setelah lama ana tidak menulis, kali terakhir pada 15 Syaaban yang lalu, kini masuk 13 Syawal.....Syukur kita pada Allah kerana Allah hidupkan kita sepanjang bulan Ramadhan dan masih diberikan kehidupan pada kita sehingga saat ini... umur kita tak panjang, umur yang panjang adalah hadiah dan ujian dari Allah. Hadiah bagi mereka yang memanfatkannya....

Alhamdulillah esok genaplah umur ana satu tahun lagi di dunia ini.... :-)

Kebetulan semalam ana terbaca satu kisah, dan kebetulan pula kisah ini berlaku pada hari Raya idul fitri di kota Damsyik beratus-ratus tahun dahulu sebelum ntum semua dilahirkan....

Didalam sebuah rumah, seorang wanita berjilbab putih berkata pada suaminya, " Suamiku ya Abu Abdillah, esok hari raya. Anak kita tidak memiliki pakaian baru seperti anak-anak tetangga yang lain. Ini semua kerana sifat borosmu!." "Aku tidak boros, aku hanya menginfakkan hartaku dalam kebaikan dan membantu orang-orang miskin yang memerlukan. Ini bukan pemborosan Ummu Abdillah.", jawab sang suami.

Baiklah, ku mohon sekarang, tuliskan surat kepada salah seorang sahabatmu yang baik dan ikhlas agar menyisihkan sebahagian hartanya kepada kita dan bila keadaan kita semakin membaik, kita akan menggantinya, pinta isterinya. Abu Abdillah memilik dua orang teman akrab, Usamah dan Hamdi. Mendengar permintaan isterinya, Abu Abdillah menulis surat kepada Hamdi dan meminta pembantunya menyerahkan surat itu kepada Hamdi. Hamdi membaca surat itu dengan penuh teliti, beliau tahu sahabatnya Abu Abdillah dalam kesusahan dan telah menginfakkan seluruh hantarnya untuk kebaikan. Lantas Hambi berbicara kepada utusan Abi Abdillah, "Ambillah kantong ini, dan katakan pada tuanmu, hanya inilah hanta yang aku ada pada malam raya ini". Utusan Abu Abdillah bergegas pulang dan menyerahkan kantong itu pada tuannya. Apabila Abu Abdillah membuka kantong itu, ternyata didalamnya terdapat 100 dinar. Abu Abdillah berkata pada isterinya," Wahai isteriku, lihatlah Allah telah menghantarkan 100 dinar buat kita". Sang isteri gembira lalu berkata, "cepatlah ke pasar untuk membeli baju dan kasut baru untuk anak-anak kita. Jangan lupa membeli daging dan makanan".

Saat Abu Abdillah bersiap ke pasar, pintu rumahnya diketuk, apabila dibuka, ternyata adalah pembantu sahabatnya Usamah. Ia datang membawa surat tuannya memohon pertolongan meminjam wang untuk melangsaikan hutangnya yang telah tiba tempohnya. Tanpa berfikir panjang, Abu Abdillah terus menyerahkan kantong 100 dinar ditangannya kepada pembantu Usamah lantas berpesan, " Katakan pada Usamah, segera melunasi hutangnya itu pada malam ini juga." Mengetahui hal itu, tentu sahaja Ummu Abdillah marah pada Abu Abdillah kerana lebih mementingkan sahabatnya dari anak-anaknya sendiri. "kau ini sanggup membiarkan anak-anak kita bersedih dan kelaparan, kalau pun ingin membantu Usamah, kenapa tidak setengah dari wang itu sahaja?". Abu Abdillah menjawab, "Temanku meminta bantuanku, bagaimana mungkin aku tidak memberinya. Aku sendiri tidak tahu, wang dalam kantong itu cukup untuk dia melunasi hutangnya itu".....Ummu Abdillah hanya mampu berdiam dan beristighfar untuk mememdam marah pada suaminya yang terlalu baik pada orang yang lain.

Beberapa jam kemudian terdengar seseorang mengetuk pintu rumah Abu Abdillah, apabila dibukanya, lantas Abu Abdillah terkejut kerana didepannya adalah Hamdi. Di terus memeluknya dan mempersilakan Hamdi masuk ke dalam rumah. Setelah duduk Hamdi berkata......."Aku ingin tanya padamu berkenaan hal ini"...... (bersambung)

>>i'Allah bersambung ke episod seterusnya ya....jgn risau , x lama...sebab ana ngantuk dah menaip malam ni...i'Allah dalam masa terdekat.....<< :-)

Sunday, July 25, 2010

Hadirnya 15 Sya'aban....


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.... alhamdulillah, diberi kesempatan pada kita menemui bulan Rejab dan Sya'aban yang penuh barakah....esok malam menjelangnya malam 15 Sya'ban yang juga dikenali sebagai Malam Nifsu Sya'ban...

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, Riyadh: Maktabah al-Ma`arf

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie)

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.


Wahai sahabat2 dan diri ana khususnya, marilah kita sama mengislah diri kita, hidupkanlah malam yang penuh keberkatan itu. Persiapkanlah diri kita dalam menghadapi bulan yang penuh keberkatan di setiap malamnya...itulah bulan yang sentiasa dinantikan oleh umat Islam, bulan yang Allah sediakan khusus buat hambanya yang beriman..bulan yang terdapat malam lailatulqadar....bulan ibadah.....i'Allah moga Allah sampaikan kita semua ke 'Universiti Ramadhan'......


اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان

Ya Allah, berkatilah bagi ku Rejab dan Sya'ban dan sampaikan aku ke Ramadhan.

Gerhana Bumi.....mengapa kita mengundang kemurkaan Allah?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani......Syukur Alhamdulillah...lama sangat ana tak menulis disini....sehinggalah memasuki bulan Sya'aban. Hari ini 13 Sya'aban.... ana harap, semua sahabat2 ana sihat walafiat....sahabat2 di USM, sahabat2 di parit buntar, sahabat2 di Annexe 1 dan 2, sahabat di Mesir dan di Jordan....dan semua yang mengenali penulis blog ini...secara zahirnya ataupun secara tertutup...semoga ntum semua berada dalam keredhaan Allah....inshaAllah..

ada sedikit perkongsian disini yang ana nak kongsi dgn ntum semua, sedikit huraian melalui pengisian di Bakti Masjid At-Taqwa pada 12 Sya'aban yang lepas. Disampaikan oleh Ustaz Hanafiah Abd Razak, pegawai ilmu Falak di jabatan agama negeri Johor. Tajuknya 'Gerhana Bumi'.... ringkaskan tajuknya, namun terlalu banyak rahsia2 Allah yang Allah khususkan utk mereka yang beriman dan berilmu menerokainya...dalam bahasa arab, ia digelar Khusuful Ard. Ustaz menerangkan adalah keadaan dimana bumi hilang daya tarikannya dan kekuatannya yg juga di sebut hilangnya Al- Jazibiya. Hilangnya daya tarikan itu diterangkan sebagai berlakunya bencana2 di bumi disebabkan tangan manusia dan disebabkan dosa2 manusia...

Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. al-'Ankabut : 40


Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? Fussilat : 53

Dalam kedua-dua ayat diatas jelas menunjukkan segala kejadian2 dibumi ini , gempa bumi, banjir, puting beliung, gunung berapi dan sebagainya merupakan tanda-tanda
1) kekuasaan dan ujian bagi mereka yang beriman dan bertaqwa
2) Azab akibat kemurkaan Allah pada umat manusia yang sentiasa mengingkari perintah Allah...
lebih malang lagi, ada mereka yang beragama islam menganggap segalanya tiada kene-mengena dengan Tuhan.... seperti yang terpapar di Akhbar semasa Tragedi Tsunami 2006... "Jangan Kaitkan Tuhan dengan bencana tsunami"...yg ditulis oleh golongan Islam Liberal...nauzubillah...mohon dijauhkan keturunan kita dari sifat/pemikiran begitu...

Telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Saiyidina Ali Karamallahu wajha (KW) Baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud " Bila mana umatku melakukan 15 perkara maksiat maka akan mengundang turunnya bala dari Allah SWT", maka sahabat-sahabat terus bertanya "apakah dia 15 perkara itu ya rasulullah" Baginda Rasul s.a.w menjawab

1.Bila mana harta hasil kekayaan berlegar pada orang-orang tertentu sahaja.
2.Bila amanah itu dijadikan sumber keuntungan peribadi ", bila mana seseorang apabila menjadi pemimpin telah mencabuli amanah rakyat. Contohnya sesuatu budget peruntukan projek rakyat telah hanya di tawarkan kepada kontraktor tertentu sahaja dimana si pemimpin ada kepentingan tanpa memberi peluang kepada yang lain-lain.
3."Dan Zakat itu dijadikan bayaran hutang". Tidak ada persetujuan dari semua mazhab as-sunnah wal jamaah yang menjadikan zakat itu digunakan bagi membayar hutang.
4. "Bila mana si suami mengikut/menurut kata-kata isteri dalam perkara maksiat" dimana suami mendapat saham. Tidak ada ketaatan dalam bab maksiat. Contoh nya apabila si isteri mengajak si suami pergi ke pusat membeli belah dan meminta sisuami membeli pakaian yang terbelah ke peha atau betis. Maka si isteri pun memakai pakaian tersebut bila pergi bekerja. Si suami akan mendapat saham akhirat atau besubahat dalam maksiat bagi setiap langkah yang dibuat olih si isteri dimana auratnya terdedah. Si suami pula hendaklah menjaga hati isteri dalam bab poligami iaitu mendapat izin dengan cara yang baik. Jikalau ia akan membuat keluarga anak isteri purak peranda maka eloklah dielakkan niat berpoligami.
5. "Bila mana anak mula derhaka kepada ibu dan bapa".
6. "Bila mana anak-anak baik sangat dengan kawan-kawan tetapi mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu dan ayah"
7. "Bila anak menjauhkan diri dari ibu dan ayah"
8. "Bila mana suara ditinggikan didalam surau/masjid" , bila terdapat pertelingkahan pendapat oleh fahaman tertentu di rumah Allah SWT.
9. "Bila mana ia jadi ketua bagi suatu kaum dimana akhlaknya adalah yang terhina sekali". Diantara ciri pemimpin yang patut dipilih adalah:
9.1 Beriman dan bertawakkal
9.2 mengamalkan suruhan Allah SWT dan sunnah
9.3 Amanah dan jujur
9.4 Berjiwa rakyat
10. "Bila mana seseorang dimuliakan kerana kejahatan"
11. "Bila mana arak diminum dimerata tempat"
12. "Bila mana kain sutera banyak dipakai kaum lelaki."
13. "Bila mana para artis disanjungi"
14. "Bila muzik banyak dimainkan atau berkumandang diudara." .
15." Bila generasi sekarang melaknat umat terdahulu". Bila mana menolak hadith sohih dan para ulamak mashyur.

Sahabatku sekalian, jika kita teliti balik segala 15 perkara ini, hakikatnya kini memang benar2 berlaku disekeliling kita. Hampir dengan kita...adakah kita semua ingin mengundang azab Allah?? nauzubillahiminzalik.....

Wahai saudara2 ku, hindari lah azab Allah, jauhilah segala perkara yang mengundang kemurkaan Allah...

3 perkara yang akan menolak azab Allah
1) Golongan yang sentiasa bersyukur pada Allah
2) Golongan yang sentiasa teguh mendirikan solat
3) Golongan yang sentiasa bertaubat, yang taubatnya menyesali atas segala perbuatannya...

jika tiada golongan-golongan ini, maka tunggulah azab yang pedih dari Allah s.w.t...nauzubillahimindzalik....

Allah telah menerangkan segala-galanya melalui Al-Quran dan Rasulullah s.a.w.. seperti firman-Nya

Sebenarnya orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat keterangan Kami, tidak terselindung keadaan mereka dari (pengetahuan) Kami. (Kalau sudah demikian), maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam Neraka lebih baik atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat? (Katakanlah kepada orang-orang yang menyeleweng itu): Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya). Fussilat : 40

Wallahualam...

Wednesday, June 2, 2010

Surah Al-Hashr; Gunung takut kepada ALLAH

Berkata Imam Al-Ghazali:"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah, bertenang dalam menanggung kepahitan, sifat sabar terbentang dalam dadamu, lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal, rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja, namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum, perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal, pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut, siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai, malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan, Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan...

Friday, May 28, 2010

DIA KEKASIHKU


katakanlah:"jika kamu (benar-benar) mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah mencitaimu dan mengampuni dosa-dosamu."Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ali Imran:31


TANDA-TANDA ORANG YANG MENCINTAI ALLAH:



  • Redha dengan ketentuan Allah.

  • Mencintai kebaikan dan sanggup melakukannya.

  • Taat perintah ibubapa.

  • Melakukan amalan Ahli syurga.

  • Sentiasa berzikir.

  • Takut melakukan perbuatan Haram.

  • Menunaikan hak Allah dan hak hamba.

  • Mengamalkan sifat malu

  • Istiqamah

  • Takut dengan Azab Allah

  • Mengharap perjumpaan dengan Allah.

  • Berserah hanya pada Allah.

  • Mengakui dan menghayati nikmat Allah.

  • Menepati janji kepada Allah.

  • Sentiasa berhajat kepada pertolongan Allah.

"hendaklah kamu memakai wangi-wangian istighfar supaya bau dosa tidak membuka keaiban kamu"-Saidina Ali bin Abi Talib.


Sabda Junjungan S.A.W:" mengingati Allah SWT tanda beriman,terlepas daripada nifaq,benteng daripada syaitan dan terpelihara daripada api neraka".

Monday, April 26, 2010

Hebatnya srikandi yang bernama.....


Dengan Nama Allah....syukur pada Allah, ana dapat menulis sedikit pengisian pada hari ini. Hari ana pulang sedikit awal dari tempat kerja, jd rasa rindu pula utk menulis disini sementara menunggu waktu maghrib..
Semalam, ana seorang sahabat ana bercerita pada ana kisah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yg dijanjikan syurga... seorang lagi srikandi Islam, beliau adalah ummu Sulaim...zaujah kepada Abu Talhah..Banyak hikmah dalam kisah ini, kadang2 kita tahu kisah ini, tetapi kita tak jumpa 'mutiara' disebalik kisah ini yg sangat2 berguna utk kita semua...kita dengar kisah ini dulu....antara ketabahan ummu Sulaim...

Suatu ketika Abu Thalhah keluar ke masjid dan pada waktu itu anaknya meninggal dunia. Maka Ibu yg sabar ini menghadapi musibah tersebut dgn jiwa yg redha dan baik. Sang ibu membaringkannya di tempat tidur sambil senantiasa mengulangi “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Beliau berpesan kepada anggota keluarganya “Janganlah kalian menceritakan kepada Abu Thalhah hingga aku sendiri yg menceritakan kepadanya.” Ketika Abu Thalhah kembali, Ummu Sulaim mengusap air mata kasih sayangnya kemudian dgn semangat menyambut suaminya. Abu Talhah bertanya “Apa yg dilakukan oleh anakku?” Beliau menjawab “Dia dalam keadaan tenang.” Abu Thalhah mengira bahwa anaknya sudah dalam keadaan sihat sehingga Abu Thalhah bergembira dgn ketenangan dan kesihatannya. Dia tidak mahu mendekati anaknya kerana khuatir mengganggu ketenangannya.

Kemudian Ummu Sulim mendekati beliau dan mempersiapkan makan malam baginya lalu beliau makan dan minum sementara Ummu Sulaim menghias diri dengan dandanan yang lbh cantik daripada hari-hari sebelumny, beliau mengenakan baju yg paling bagus berdandan dan memakai wangi-wangian kemudian keduanya pun berbuat sebagaimana layaknya suami istri. Tatkala Ummu Sulaim melihat bahawa suaminya sudah kenyang dan telah mencampurinya serta merasa tenang terhadap keadaan anaknya maka beliau memuji Allah kerana beliau tidak membuat risau suaminya dan beliau membiarkan suaminya terlelap dalam tidurnya.

Tatkala di akhir malam beliau berkata kepada suaminya “Wahai Abu Thalhah bagaimana pendapatmu seandainya ada suatu kaum memberi pinjam barangnya kepada suatu keluarga kemudian suatu ketika mereka mengambil kembali pinjaman itu, maka bolehkah bagi keluarga tersebut menolaknya?” Abu Thalhah menjawab “Tentu saja tidak boleh.” Kemudian Ummu Sulim berkata lagi “Bagaimana pendapatmu jika keluarga tersebut keberatan tatkala pinjamannya diambil setelah dia sudah dapat memanfaatkannya?” Abu Thalhah berkata “Bererti mereka tidak adil.” Ummu Sulaim berkata “Sesungguhnya anakmu adalah pinjaman dari Allah dan Allah telah mengambilnya kembali maka tabahkanlah hatimu dengan meninggalnya anakmu.” Abu Thalhah tidak kuasa menahan amarahnya maka beliau berkata dgn marah “Kau biarkan aku dalam keadaan seperti ini baru kamu khabari tentang anakku?” Beliau mengulangi kata-kata tersebut hingga beliau mengucapkan kalimat istirja’ lalu bertahmid kepada Allah sehingga beransur-ansur jiwanya menjadi tenang.

Keesokan harinya beliau pergi menghadap Rasullah saw dan mengabarkan kepadanya tentang apa yg telah terjadi kemudian Rasulullah saw bersabda “Semoga Allah memberkahi malam kalian berdua.” Mulai hari itulah Ummu Sulaim mengandung seorang anak yg akhirnya diberi nama Abdullah. Tatkala Ummu Sulaim melahirkan beliau utus Anas bin Malik utk membawanya kepada Rasulullah saw selanjutnya Anas berkata “Wahai Rasulullah sesungguhnya Ummu Sulaim telah melahirkan tadi malam.” Maka Rasulullah saw mengunyah kurma dan menyuap bayi tersebut . Anas berkata “Berikanlah nama bayi ya Rasulullah!” baginda bersabda “Namanya Abdullah.”....

Maha Suci Allah, hebatnya ketabahan seorang yg bergelar wanita. Logiknya orang tahu wanita jauh lebih beremosi dari lelaki, hujahnya perkara dalam furu', hikmah Rasulullah x benarkan wanita ke kuburan kerana kebiasaannya wanita akan meraung dan mencarik2 rambutnya atas suatu kematian. Namun hebatnya seseorang yg bernama Ummu Sulaim, yg masih mampu menghias diri utk suaminya, yg masih mampu melayan suaminya dan yang masih mampu menunaikan hajat suaminya walaupun baru kehilangan anak kesayangannya.. Dia berkias dalam berkata2 agar suaminya tenang menerima kehilangan anak mereka.

Sedikit perkongsian ana, sabarlah dengan ujian Allah, bila kita ikhlas, Allah akan uji keikhlasan kita agar kita sentiasa mensyukuri nikmatNya, dan sentiasa dalam iman dan taqwa kepada Nya.
Wallahualam...moga memberi manfaat ilmu buat diri ana khususnya dan sahabat2 lain.

Lawati blog khitbati utk sebuah lagi kisah srikandi islam :-)

Wednesday, April 14, 2010

Peliharalah Keluarga Mu Daripada Api Neraka.....

Baitulmuslim impian setiap hamba...

Bismillahirrahmanirrahim.....dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...alhamdulillah, diberi peluang utk ana menulis malam ni...maaf la baru2 ni ana x sempat nak nukilkan apa2 pada blog ana, terlalu banyak merantau...ke Melaka, ke negeri sembilan..sampai x sempat ana nak jenguk blog ana...


Pertama sekali ana nak ucapkan tahniah pada bekas ahli baitul hikmah, abe tengku, tahniah dapat anak lelaki, Tengku Muhammad Al-Fateh, subhanallah...sedapnya nama tu, nama seorang bakal pejuang Islam, inshaAllah...:-)


dan ana juga nak ucapkan tahniah pada akak2 kat lab ana dulu, semuanya bakal melahirkan anak yang sulung tak lama lagi...benar kata khitbati " itu rezeki Allah pada mereka"...


Apabila lahirnya anak, bertambahlah tanggungjawab kita...sebagai suami, bertambahlah amanah utk menjaga isteri dan mendidik anak2 menjadi soleh; tak lupa juga pada isteri, menjadi sayap kiri suami dan seorang ibu yang menghayun buaian anak2 yang soleh-solehah...tiba2 teringat ana pada bait2 lagu sumayyah "tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia'....mashaAllah, terbukti pada jiwa pejuang-pejuang Islam.


Baiklah, berbalik pada tajuk utama post ini, ana ambil rujukan dari buku yang selalu ana dan teman ana baca sebagai persediaan.."Bunga Kebahagiaan-tulisan Tn Guru Nik Aziz"


"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat2 yang kasar dan keras, yang tidak derhaka pada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (surah at-Tahrim : 6)


ini adalah peringatan Allah pada hamba2nya khususnya para suami sebagai pemimpin keluarga. Ibubapa wajib memelihara ahli keluarganya dari percikan api neraka di akhirat kelak. Sebagaimana seorang ayah berusaha melindungi anak2nya dari percikan api dunia, begitu juga tanggungjawabnya memelihara anaknya daripada percikan api neraka yang jauh lebih dahsyat kelak. Peliharalah anak2 dan sebati kan jiwa anak2 dengan akhlak Rasulullah s.a.w sebagaimana firman Allah,


"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan terbaik."


>>sebenarnya ana tak layak hendak menulis perihal ini, sebab ana sendiri belum bernikah walaupun masih dalam langkah2 kearah itu.. i'Allah niat kerana perkongsian ilmu, lagipun utk rujukan ana kelak, i'Allah.. :-)

>>moga Allah sentiasa memelihara diri kita dan keluarga kita dari sifat jahil. Wallahualam

Sunday, April 4, 2010

Sebuah Perkongsian Sahabat

Assalamualaikum ...alhamdulillah, ada sedikit ana nak kongsi disini, sahabat ana bagi email pd ana, ana tertarik pada kisah ni...i'Allah ada manfaat bagi kita semua...baca perlahan2 ya, i'Allah x menyesal...

Aku Ingin Gadis Buta, Bisu & Tuli

SAYA DEDIKASIKAN CERITA INI PADA SEMUA YANG BERGELAR WANITA...


Ini cerita tentang adikku Nur Annisa, gadis yang baru menginjak dewasa namun agak keras dan tomboy. Pada saat umur adikku menginjak 17 tahun, perkembangan dari tingkah lakunya agak mengkhuatirkan ibuku, banyak teman lelakinya yang datang ke rumah dan itu tidak menyenangkan ibuku sebagai seorang guru agama.

Untuk mengelakkan hal itu ibuku menyuruh adikku memakai tudung, namun selalu ditolaknya hingga timbul pertengkaran- pertengkaran kecil diantara mereka. Pernah sekali adikku berkata dengan suara yang agak keras "Mama cuba lihat, jiran sebelah anaknya pakai tudug namun kelakuannya tak banyak beza pun, malah kawan-kawan Ani yang disekolah yang pakai tudung selalu keluar dengan lelaki-lelaki, sering jalan-jalan. Namun Ani tidak pernah buat macam tu pun". Apabila sudah seperti itu ibuku hanya mengelus dada, kadangkala di akhir malam kulihat ibuku menangis,sayu mendengar doanya "Ya Allah, tunjukkan Ani dengan hukum Engkau".

Pada satu hari berhampiran rumahku, ada jiran baru yang baru pindah. Satu keluarga mempunyai enam anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, aku kenal dengannya waktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka pindah timbul desas-desus mengenai isteri Abu khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga digelarkan si buta, bisu dan tuli. Hal ini terdengar pula oleh adikku, dan dia bertanya sama aku "bang, betul ker yang baru pindah itu isterinya buta, bisu dan tuli?". Terus aku jawab sambil berlalu "kalau kamu nak tau, datang jelah ke rumahnya". Tak ku sangka adikku betul-betul datang kerumahnya. Sekembalinya dari rumah jiranku, kulihat perubahan yang drastik pada wajahnya, wajahnya yang biasa cerah tidak pernah muram atau lesu menjadi pucat.

Entah apa yang terjadi..?

Namun tidak kusangka selang dua hari kemudian dia meminta pada ibuku untuk di buatkan tudung, yang labuh lagi dengan jubah panjang. Aku sendiri jadi bingung. Aku tambah bingung bercampur syukur kepada Allah SWT kerana kulihat perubahan yang ajaib.

Ya, kubilang ajaib kerana dia berubah secara total. Tidak banyak lagi lelaki yang datang kerumah atau teman-teman wanitanya untuk sekadar berborak kosong. Kulihat dia banyak merenung, banyak membaca majalah islamik, yang kebiasaannya dia suka membeli majalah hiburan malah kulihat ibadahnya pun melebihi aku. Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur’annya, solat sunatnya. Dan yang lebih menakjubkan lagi, apabila rakanku datang dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau ya Allah SWT jerit hatiku..

Tidak berapa lama aku mendapat panggilan kerja di Kuala Lumpur, kerja di satu syarikat minyak. Dua bulan aku bekerja disana aku dapat khabar bahawa adikku sakit tenat hingga ibuku memanggilku untuk pulang ke rumah. Di pesawat aku tak henti berdoa kepada Allah SWT agar adikku diberi kesembuhan, namun aku hanya berusaha. Ketika aku tiba di rumah, di depan pintu sudah banyak orang. Tak dapat kutahan lantas berlari masuk kedalam rumah.

Kulihat ibuku menangis...

Aku langsung menghampiri dan memeluk ibuku. Sambil tersekat-sekat ibuku memberitahuku, "hadi, adikkmu dapat mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya", tak dapat kutahan linangan air mata ini...

Setelah selesai acara pengebumian dan urusan lainnya, terus aku masuk ke bilik adikku dan kulihat diari diatas mejanya. Diari yang selalu dia tulis, diari tempat dia menghabiskan waktunya sebelum tidur sewaktu adikku masih hidup, kemudian kubuka selembar demi selembar, hingga tertuju pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul dihatiku.

Perubahan yang terjadi ketika adikku baru pulang dari rumah Abu Khoiri. Disitu kulihat soal jawab antara adikku dengan isteri dari jiran tetanggaku.

(kulihat dilembaran itu banyak bekas airmata)

Annisa: aku tergamam (wajah wanita ini cerah dan bersinar layaknya seperti bidadari). kakak, wajah kakak sangat muda dan cantik.

Isteri jiran : Alhamdulillah, sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa: tapi akak kan dah ada 6 orang anak tapi masih kelihatan cantik.


Isteri jiran
: Subhanallah, sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT dan bila Allah SWT berkehendak, siapakah yang dapat menolaknya..

Annisa: Akak, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, namun saya selalu menolak kerana saya pikir tiada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya menjaga akhlak dan saya lihat banyak wanita memakai tudung namun kelakuannya lebih teruk melebihi kami yang tidak memakai tudung hinggakan saya tidak pernah ingin untuk memakai tudung. Bagaimana pandangan akak?!?

Isteri jiran: Annisa ku sayang, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah hijab untuk wanita..

Annisa: Tapi kak yang saya lihat banyak wanita bertudung yang kelakuannya tidak sopan..

Isteri jiran: Tudung hanyalah kain, namun hakikat atau erti dari bertudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa: apa itu hakikat tudung kak?

Isteri jiran: Hakikat tudung adalah hijab lahir batin, hijab mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, hijab lidah kamu dari berghibah dan berkata sia-sia. Usahakan selalu berzikir kepada Allah SWT, hijab telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu maupun masyarakat, hijab hidungmu dari mencium-cium segala yang berbau busuk, hijab tangan-tangan kamu dari berbuat yang tidak senonoh,hijab kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, hijab fikiran kamu dari berfikir yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, hijab hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah faham maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Annisa: Akak, saya dah jelas sekarang tentang erti bertudung, mudah-mudahan saya mampu untuk memakai tudung. Namun bagaimana aku mampu melaksanakan semuanya???

Isteri jiran: Sayangku Nisa, apabila kamu memakai tudung itulah kurnia dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat, bila kamu mensyukuri rahmat itu kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan tudung hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Annisa, ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. Ketika ditiup terompet yang kedua kalinya pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang sangat luas tanpa batasan, yang tanahnya dari logam yang panas, tidak ada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh nabi ketakutan, ketika ibu tidak memperdulikan anaknya, anak tidak memperdulikan ibunya, sanak saudara tidak kenal satu sama lain lagi, kekadang satu sama lain boleh menjadi musuh, satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing-masing hanya mempedulikan nasib dirinya,dan pada saat itu ada yang berkeringat kerana rasa takut yang luar biasa hingga menenggelamkan dirinya, dan rupa-rupa bentuk manusia bermacam-macam bergantung dari amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, badan yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.

Menangis kerana hari itu Allah SWT murka..!!! SANGAT MURKA..!!

Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.. Hingga ribuan tahun manusia didiamkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara, itulah hari Hisab..!!

Annisa, apabila kita tidak berusaha untuk beramal dihari ini, entah dengan apa nanti kita menjawab bila kita di hakimi oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. Allah SWT..

Sampai disini aku baca diari nya kerana kulihat banyak terhenti dan banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.

Subhanallah, ku selak lembar berikutnya dan kulihat tulisan tercoret dengan tulisan kecil di bawahnya,

"buta, tuli dan bisu"- wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah ingin mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.

Tak tahan airmata ini pun jatuh...

Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amiin

Tuesday, March 30, 2010

Bersatulah, wahai kaum muslimin...

Bismillahirrahmanirrahim, mlm ni diberi kekuatan utk ana menulis, walaupun pada asalnya nya ana mmg sgt susah hati, tak tahu la ckp mcm mana, semua tu ketentuan Allah.."Bila kita rasa susah hati, saat itu kembalilah kepada Allah, Allah dekat dengan kita",kata2 yg pernah ana ucapkan pada orang lain, tetapi rasa lemah apabila cuba di aplikasikan pd diri.....
walau apepun, alhamdulillah, siang td ana berjumpa seniur ana 'satu bahtera' yg jauh lebih tua dari ana... pertemuan yang tak sia-sia, sedikit sebanyak memberi kekuatan dan ruang utk ana terus atas jalan ini, sekurang2nya adanya beliau menasihati....selepas pertemuan tu, terniang2 lirik lagu ini yang memberi kekuatan ana pada gerakan Islam...ana kongsi lagu itu di sini....

Bersatulah,
Wahai Kaum Muslimin,
Dengan Semangat Dan Roh Kebenaran,
Berjihadlah Wahai Kaum Muslimin,
Walau Susah Menempuh Cabaran.

Bersatulah,
Wahai Kaum Muslimin,
Dengan Obor Sinar Kebahagiaan,
Berjihadlah Wahai Kaum Muslimin,
Biar Syahid Ataupun Kemenangan.
.
Berjuanglah Wahai AnsorUllah,
Dengan Matlamat Daulah Islamiyyah,
Berkorbanlah Wahai Yang Beriman,
Dengan Harta Dan Segenap Kepunyaan.
.
Bergeraklah,
Ke Gerbang Jasa,
Kalah Menang Bukan Alasannya,
Sucikanlah Niat Dihati,
Hingga Nyata Benarnya Janji Rabbi.
.
Selamatlah Parti Islam Melangkah,
Membimbing Ummah Ke Medan Siasah,
Berpedomankan AlQuran Dan Sunnah,
Suburlah Hidupnya Dan Pasti Berbuah.


Sunday, February 28, 2010

Yakinlah...Pertolongan Allah sentiasa mengiringi ketentuan Allah..

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (al-Baqarah : 286)
Bismillahirrahmanirrahim...kaifa hal sahabat2 ana...alhamdulillah diberi peluang utk ana menulis malam ni...lama kiranya ana x mengukir blog ni semenjak dua menjak ni...banyak amanah2 yg perlu di aulakan...alhamdulillah adanya teman yg membantu ana selama ni...

Dari KL, menuju ke Terengganu dan sepanjang di Terengganu, singgah sebentar di Beserah untuk melaksanakan suatu yang amat penting bagi diri ana. Yang pada awalnya langsung tidak terdetik untuk singgah ke Beserah, melalui pekan2 yang sangat2 asing bagi ana..mungkin itulah cabaran atau juga digelar pengorbanan oleh sahabat akrab ana... dan kemudian kembali ke KL memikul amanah-amanah dari Terengganu...itulah tugas khalifah Allah, sentiasa ada amanah utk memakmurkan bumi Allah...i'Allah..

inshaAllah, penulisan ana mlm ni ana nak kongsi perihal sebuah Firman Allah yg sangat indah khusus bagi hamba2Nya...itulah ayat terakhir dari surah al-Baqarah.. hakikatnya kita langsung tak dapat dipisahkan dari pertolongan Allah kerana Dialah yang menjadikan kita, Dialah yang Maha Mengetahui kemampuan diri kita sebenar...perkara yg ana nak kongsi disini, bukan hanya melibatkan ana, bahkan seluruh umat manusia..itulah kelebihan umat Islam...adanya rukun iman. Dimana, salah satu dari rukun iman ialah beriman pada Kitab, yakni membenarkan firman-firman Allah didalam kitabNya.

Bagi yang sentiasa amalkan mathurat, doa ini ada di dalam himpunan zikir2 Rasulullah s.a.w. Cuba sama2 kita teliti ayat di atas, betapa Allah memujuk/menenangkan hati hambaNya agar sentiasa tabah dan sabar dengan ujiannya. Dan janganlah kita sombong pada Allah apabila kita x gemar memohon pertolongan Allah..nauzubillahimindzalik... renungkan Firman Allah ini..

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (Ghafir : 60)

inshaAllah, jangan berputus asa dgn ujian Allah, kerana waktu itulah dekatnya kita dgn pertolongan Allah...

Buat sahabat2 ana yg tengah buat FYP,
i'Allah jangan lupa pada pertolongan Allah, kerana andai tiadanya pertolongan Allah, nescaya hancurlah manusia...pesan ust Syukri (PI), "sentiasa bertaqwa pada Allah..."

Buat ana dan teman2 Baitul Hikmah,
sabar dengan ujian Allah, jangan sekali2 biarkan emosi dan nafsu menguasi diri, binalah ukhwah, kerana dari ukhwah, hadirnya jemaah dan dari jemaah kuatnya Islam...

Buat ana dan sahabat yg pernah seangkatan dengan ana di kampus,
perjalanan kita masih terlalu jauh, namun perjalanan mati itu terlalu dekat...carilah dunia utk akhirat kita, carilah ilmu sebagai wasiat kita...

Buat ana dan teman2 ana,
sama2 lah kita mengingati diri kita, kita ini ada amanah, amanah Allah, amanah ibu bapa kita, amanah syarikat yg kita kerja..laksanakan amanah itu dengan Taqwa...

Dan buat SitiFairus hj Muhammad,
selalu yakin dengan pertolongan Allah, tawakal kita pada Allah dalam segala usaha-usaha kita, moga Allah meredhainya.. i'Allah, tiada yang mustahil bagi Allah...cuma kita jangan berhenti berdoa pada Allah disamping usaha2 yang dilakukan.
akhirul kalam...ana mohon doa sahabat2 ana agar ana sentiasa thiqah dalam ketentuan Allah ini, nasihati ana, kerana nasihat ntum, amat bermakna bagi ana dan tidak akan sekali2 ana abaikan...inshaAllah...

*Ya Allah, peliharalah sahabat2ku sebagaimana Engkau memelihara kekasihMu, Rasulullah s.a.w...

Thursday, February 11, 2010

Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa
mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang
bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang
kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah
mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang
dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran
dan dia lantang
menyuarakan kebenaran

Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia

Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya
memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah.
jadilah lelaki yg soleh...



"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan...
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan walau ingin mennyatakan kebenaran...
hiduplah dalam keimanan walau hari di penuhi godaan,
dan berpeganglah kepada Allah walau DIA tak kelihatan
Bukti kasihNYA...kita wujud di dunia pinjaman ini...
Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNYA yang mengaku keimanan padaNYA.
Jangan terlalu berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sesebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi..moga lelahmu di hargai ILAHI walau di cemuh insani..."

Monday, February 1, 2010

antara bidadari dan penghuni syurga











Bismillahirrahmaanirrahim...


Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk
menyintaiMu.

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
padaMu agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,jagalah
hatiku padanya agar tidak
berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,lindukanlah
aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta
kekasihMu janganlah kenikmatan
itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada
kekasihMu jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru
manusia kepadaMu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui
kekasihMu jangan biarkan aku
melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMu...

Wednesday, January 27, 2010

kesakitan yang perlu ditempuh


usaha mencapai taqwa untuk mengembalikan hati kepada fitrahnya mesti menempuh susah dan sakit..ibarat kotoran yang terkena pakaian,nak menghilangkannya bukannya senang,cuba kita tanya ibu kita,macam mana dia bersihkan baju kita?macam2 sabun yang digunakan,sabun harimau,kuat,trojan..last sekali,guna clorox,ni untuk kotoran yang sgt2 la degil..mcm kita..sedar x?

dalam kepayahan untuk patuh dan taat kepada perintah Allah,hati akan bergolak,bergelut dgn nafsu yang sentiasa mengajak untuk memenuhi keinginan yang batil,dengan kata lain,hati akan bertarik tali dengan nafsu,meronta2 untuk bebas dari kongkongan syariat..

apa yang Allah larang,itu lah yang nafsu nak buat,apa yang Allah suruh,xnak pulak buat,ikut,taat dan sebagainya..

teringat masa ana kecik2 dulu,tengok kawan2 panjat pokok,nak panjat jugak.
padahal ibu dah pesan.."jangan panjat,nanti jatuh"
tapi ana degil..panjat jugak,nak buktikan yang kita ni terer la katekan..
xkan jatuh punya la..
masa panjat alhamdulillah..xjatuh..hati ni dah bangga dah..kira boleh tunjuk kat ibu yang xkan jatuh..
tapi masa nak turun tu..
nak kate masinnya mulut ibu kan..ana jatuh jugak..sakitnya..tak terkata la..menangis je..ngadu kat ibu..
ibu ckp"ha..tu la..orang pesan xnak dengar"
padan muke ana:)

macam tu la kita sekarang ni,Allah dah pesan ,ini haram,itu halal..tapi kita xnak ikut jgk. kesudahannya nanti kita jgk yang rasa..

ni la yang ana nak kongsikan hari ni..macammana nak jaga hati kita, kadang2 kita terlampau risaukan tubuh badan kita,sakit sikit pun,dah bising.. biasanya perempuan lah,kaki merekah,dah bising,risau,pakai produk ini,produk itu..usaha nak ubatkan(kembalikan kecantikan asal)..

tapi pernah tak kita fikir pasal hati kita?sihat ke?sakit ke?lapar ke?
sama2 kita muhasabah diri kita..

bawalah hati kita merintih seperti rintihnya khalifah:
" ya Allah! sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan penzaliman yang banyak,tidak ada yang dapat mengampuni segala dosaku melainkan Engkau,maka ampunilah aku dengan keampunan-mu yang sempurna dan kasihanilah aku.Sesungguhnya Engkau Maha Pengampunan lagi Maha Pengasih."

"yang dikata hidup itu adalah hidupnya hati,yang dikata mati itu adalah matinya hati,yang dikata sakit itu adalah sakitnya hati.."

Sunday, January 24, 2010

Rintihanku-assaufee

salam'alaik...sahabat2 ana...ana kongsi satu nasyid ni...lirik ni dah pun dikongsi oleh sahabat akrab ana, i'Allah, kali ni ana nak kongsi video dia pula..ana ambil dari youtube...bagus lirik dan senikatanya...i'Allah, sama2 kita tanamkan dalam diri kita dan moga dikuatkan diri kita utk kita amalkan..i'Allah... hayati lah :-)

Wednesday, January 6, 2010

antara dua cinta


Bismillahirrahmanirrahim....alhamdulillah...syukur ana pada yg empunya dunia, yg menguasai hati orang-orang mu'min... kerana Dia telah menyelesaikan masalah ana... sepanjang hari ni ana terfikir apa yg ana cari sebenarnya, walaupun mengambil cuti emergency, membuatkn ana mengislah diri ana terhadap ujian Allah.... dan awal pagi ini setelah hilangnya kerunsingan ana, buat ana terfikir, antara dua cinta....

Hakikatnya dalam kehidupan ada 2 cinta yg hadir dalam diri kita, cintakan dunia atau cintakan akhirat....itu persoalan paling umum..yang pasti kedua2nya kita hendak mengejar/mendapatkannya oleh itu jadikan dunia sebagai jambatan akhirat yg menjanjikan kebahagiaan akhirat....utamakan kebahagiaan akhirat

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat. (surah ar-Ra'd : 21)

tp pelik, jarang kita dengar ungkapan seperti ini

"Aku nak berkerja kerana akhiratku, kerana agamaku, kerana keredhaan Allah"

atau ini

"Aku nak menikah kerana Allah, kerana akhiratku, kerana agamaku dan agar memperolehi zuriat yg soleh-solehah"

ataupun ini

"Aku nak berharta kerana Allah, kerana agamaku, kerana akhiratku agar aku dapat menafkahkan harta-harta ku"

pesan ana buat diri ana khususnya, sahabat2 ana...niat ikhlaskan diri kita kerana keredhaan Allah, inshaAllah, Allah permudahkan urusan kita... akhirul kalam...Wallahualam

ibnulislam : alhamdulillah, anugerah dari Mu (^_^)

Tuesday, January 5, 2010

Pandangan dato dr Haron Din isu kalimah Allah...

Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...alhamdulillah diberi kekuatan utk ana berkongsi hari ini...tadi ana belek2 harakahdaily....tiba tertarik ana dgn penjelasan ustaz Haron Din berkenaan isu kalimah Allah di gunakan oleh kaum nasrani atau dikenal dengan kristian pada zaman ini...kita sedia maklumkan dalam dada2 akhbar hangat isu ni diperkatakan setelah gereja katholik memenangi hak menggunakan nama Allah dalam keluaran 'the herald'... ada pendapat mengatakan kita tggu dan lihat, ada yg suruh bertenang...

Tp ana tertarik dgn pandangan ustaz Haron Din terutamanya kerisauan beliau apabila nama Allah dibenarkan oleh agama kristian.. beliau menerangkan keburukan jangka masa panjang yg hakikatnya boleh mencemarkan nama Allah dan mendatangkan fitnah terbesar bagi umat islam.. antara keburukan yg diterangkannya, jika nama Allah dibenar diguna oleh kristian, jgn terkejut dalam gereja ada kalimah Allah, dan dibawahnya ada jesus crist yg disalib, atau salib yg ditengahnya diletakkan kalimah Allah..paling teruk sekali apabila kalimah Allah diletakkan dia antara mary dan son of god(jesus)....nauzubillahimindzalik...saat itu, fitnah terbesar bg umat Islam dan pada ketika itu adalah mustahil utk berpatah balik utk kembali ke meja perundingan.... pendapat ana, sama2 kita dengar ulasan dr Haron Din.

*siapa2 x dapat tgk, boleh shout ana , nnt ana sent pada email...i'Allah...




Doa yang ana ambil dari G7..geng2 G7 ni ramai agaknya yg dah berpunya..i'Allah,sama2 amalkan,moga terbinanya baitulmuslim..


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ulama' pewaris para nabi

Ulama' pewaris para nabi

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya



Sekiranya..

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya

keluar dari terus terlena



Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai

isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku

petunjuk kearah rahmat Mu



Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..



Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang soleha

Isteri yang sentiasa dihati



Amin, amin Ya Rabbal Allamin..