
Kuliah Ust di MPH TM menerangkan : alim ulama' membahaskan, ada 3 golongan manusia yang menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w
1) Golongan yang menanti kelahiran Rasulullah dan menghebahkannya, tetapi saat lahirnya Rasulullah s.a.w, mereka ingin membunuhnya sentiasa serta menafikan dan memerangi agama islam yang dibawa Nabi s.a.w.
2) Golongan yang tidak menanti kelahiran Rasul s.a.w. tetapi apabila saat lahirnya Muhammad s.a.w, sambutan yang dibuat begitu gah sekali, seolah2 tiada kegembiraan selain kelahiran Nabi s.a.w...tetapi saat baginda di utus menjadi Rasul, mereka lah golongan yang benar-benar memerangi Rasulullah s.a.w, menafikan agama islam dan sanggup mencederakan Nabi s.a.w.
3) Golongan yang tidak menanti kelahiran Muhammad s.a.w, tidak menyambut kelahiran Baginda, tetapi berjuang bersama-sama baginda, membenarkan Agama Allah, beriman pada Allah dan Rasul-Nya dan sanggup menggadaikan jiwa dan raganya kerana risalah yang dibawa Rasul.
Adapun golongan pertama, ialah golongan Yahudi. Mereka tahu kelahiran Nabi akhir zaman melalui kitab-kitab terdahulu, tetapi tidak dapat menerima hakikat, nabi itu lahir bukan dari keturunan mereka. Kerasa sombong dan bongkak, mereka memerangi Rasul dan ingin membunuhnya, sehingga sekarang masih memerangi agama Islam..
Adapun golongan kedua, adalah kafir Quraiysh, khususnya kisah Abu Jahal, saat kelahiran baginda, Abu Jahal di katakan antara manusia yg paling gembira, 24 ekor unta dikorbankan dan diberi makan pada orang-orang miskin. Dia juga pernah mendukung Rasulullah s.a.w tawaf keliling Kaabah lantas memberi ucapan "anak ini adalah dari keturunanku, dan kebanggaan ku. Tetapi saat Nabi s.a.w diutus menjadi Rasul, dia lah orang yang paling menentang Nabi, memerangi Nabi dan sanggup untuk membunuh Nabi s.a.w semata2 kerana takut kehilangan pangkat dalam pembesar Makkah. Kesamaran sikap tersebut ada di zaman sekarang, di mana suaranya lantang menyambut maulidur Rasul, tetapi tidak mahu menjalankan hak2 Allah, wasiat-wasiat Rasul, bahkan sanggup tidak rela Islam berkembang kerana risaukan pangkat dan kedudukan..
Adapun golongan ketiga adalah seperti Ummul Mukminin Siti Khadijah dan para sahabat...tergenang air mata apabila ustaz membicarakan berkenaan sifat "orang yang digelar ibu orang-orang mu'min ini".. Beliau menjadi teman yang paling rapat bagi Rasul, membenarkan kata2 nabi, menyokong perjuangan nabi dan sanggup menafkahkan seluruh hartanya bagi kerja-kerja dakwah Nabi s.a.w...Saat Siti Khadijah hampir wafat, kepalanya berada di riba Nabi s.a.w. Nabi melihatnya dengan rasa yang sangat sedih, Baginda lantas keluar dari rumahnya kerana tidak sanggup melihat kesakitan yang ditempuh oleh zaujahnya. Baginda menangis di hadapan rumahnya, saat itu turunlah Jibril a.s, lalu memberitakan kepada Nabi s.a.w," Wahai Nabi, Allah menyampaikan salam kepada Siti Khadijah. Saat itu, nabi bergegas masuk lalu menceritakan kepada Siti Khadijah. Siti Khadijah sangat gembira lalu berbicara pada suaminya "Wahai Suamiku, jika tiadlagi harta untuk dinafkahkan ke jalan Islam, galilah kuburku, ambillah tulang belulangku dan jualkanlah ia di pasar...Begitulah hebatnya seorang yang digelar ummul mu'minin. Imannya pada Allah dan Rasul berada ditahap yang sangat tinggi..
Justeru itu, berusahalah kita menjadi golongan yang ke tiga, yg sentiasa membenarkan risalah Nabi s.a.w, menyambung perjuangan Nabi s.a.w dan sentiasa beriman pada Allah dan Rasul-Nya...Wallahualam..
p/s : Alhamdulillah, 'ulya 'illiyin selamat pulang dari bumi anbia. Setelah kekecohan di Mesir...bangkitlah Pejuang Islam, bangkitlah Ikhwanul Muslimin..
No comments:
Post a Comment