SAHABAT-SAHABIAH

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."
Remember Allah Always

Tuesday, November 9, 2010

Saladin Animated Series & Muhammad The Last Messenger



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.... Alhamdulillah, malam ini diberi peluang untuk menulis dan sedikit perkongsian...

Malam kelmarin ana menggunakan sedikit masa ana untuk menonton Animasi Saladin secara maraton sebanyak 7 episod.... tak caye kan saladin dah 7 episod.... Untuk pengetahuan ntum semua Animasi Saladin Versi Malaysia sehingga hari ini hanya dibuat untuk 2 episod pertama sahaja. Dan 7 Episod yang ana tengok tu versi bahasa arab. Alhamdulillah, faham la jugak sebab bahasa arab yang digunakan bahasa arab mudah. InshaAllah bagi mereka yang menduduki LAA 100 masa kat USM dulu dapat faham serba sedikit episode ini. Terima kasih pada ust yang mengajar :-)

Berbalik pada siri Saladin ini, bagus ditonton untuk mereka yang ingin menguji kefahaman bahasa arab mereka. Cumanya bagi pendapat ana, jalan cerita ini boleh dibuat dengan jauh lebih baik. Mungkin jalan ceritanya hendak disesuaikan dengan pemikiran kanak-kanak 10-12 tahun, jadi sifat-sifat mulia Salahuddin Al-Ayubi tidak terlalu di tonjol kan. Berbeza dengan animasi Muhammad s.a.w The Last Prophet yang hampir 100% menceritakan keadaan bangsa arab dan kehebatan umat Islam semasa zaman Rasulullah s.a.w.. Animasi ini sangat mengagumkan dunia Islam disamping mengagumkan rakyat Malaysia kerana terdapat versi bahasa Malaysia. Hatta ada yang menangis tersentuh hati apabila dipaparkan situasi peperangan UHUD dan Khandak. Peperangan yang Rasulullah s.a.w cedera parah didalamnya dan doa Rasulullah untuk menghadapi peperangan Khandak. Kisah-kisah beginilah yang sepatutnya menjadi ikutan dan teladan bagi anak-anak mahupun dewasa.

Malam semalam, sambil ana menonton Saladin, ana 'compare' kisah Saladin yang ana baca melalui sirahnya. Hidupnya sangat mulia, zaman kanak-kanak menghafal al-Quran, berlatih pedang, menuggang kuda dan semasa dewasanya menjalani latihan perang. Lidah Salahuddin sentiasa basah untuk menceritakan jihad-jihad yang dibawa Rasulullah s.a.w sehingga tentera Islam yang sedikit mampu mengalahkan puluhan ribu musuh di medan peperangan. Tetapi jangan risau, inshaAllah, ana yakin apabila animasi Saladin ini memasuki episod-episod seterusnya, akhirnya ia akan memaparkan kemuliaan dan kehebatan insan yang bergelar Salahuddin Al-Ayubi. (ana pun tengok juga trailer Saladin kat WEB :-)




Ungkapan Salahuddin Al-Ayubi "Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia"

"Katakanlah, apabila bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu,kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu cintai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya, serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah saatnya sampai Dia mnedatangkan keputusan-Nya. Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik" (surah at-Taubah : 24)


>>'Ulya Illiyin nak sangat menonton animasi ni, tp mesti tiada masalah bagi dia sebab dia mudah memahami bahasa arab :-)

Doa yang ana ambil dari G7..geng2 G7 ni ramai agaknya yg dah berpunya..i'Allah,sama2 amalkan,moga terbinanya baitulmuslim..


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ulama' pewaris para nabi

Ulama' pewaris para nabi

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya



Sekiranya..

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya

keluar dari terus terlena



Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai

isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku

petunjuk kearah rahmat Mu



Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..



Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang soleha

Isteri yang sentiasa dihati



Amin, amin Ya Rabbal Allamin..