SAHABAT-SAHABIAH

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."
Remember Allah Always

Sunday, February 28, 2010

Yakinlah...Pertolongan Allah sentiasa mengiringi ketentuan Allah..

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (al-Baqarah : 286)
Bismillahirrahmanirrahim...kaifa hal sahabat2 ana...alhamdulillah diberi peluang utk ana menulis malam ni...lama kiranya ana x mengukir blog ni semenjak dua menjak ni...banyak amanah2 yg perlu di aulakan...alhamdulillah adanya teman yg membantu ana selama ni...

Dari KL, menuju ke Terengganu dan sepanjang di Terengganu, singgah sebentar di Beserah untuk melaksanakan suatu yang amat penting bagi diri ana. Yang pada awalnya langsung tidak terdetik untuk singgah ke Beserah, melalui pekan2 yang sangat2 asing bagi ana..mungkin itulah cabaran atau juga digelar pengorbanan oleh sahabat akrab ana... dan kemudian kembali ke KL memikul amanah-amanah dari Terengganu...itulah tugas khalifah Allah, sentiasa ada amanah utk memakmurkan bumi Allah...i'Allah..

inshaAllah, penulisan ana mlm ni ana nak kongsi perihal sebuah Firman Allah yg sangat indah khusus bagi hamba2Nya...itulah ayat terakhir dari surah al-Baqarah.. hakikatnya kita langsung tak dapat dipisahkan dari pertolongan Allah kerana Dialah yang menjadikan kita, Dialah yang Maha Mengetahui kemampuan diri kita sebenar...perkara yg ana nak kongsi disini, bukan hanya melibatkan ana, bahkan seluruh umat manusia..itulah kelebihan umat Islam...adanya rukun iman. Dimana, salah satu dari rukun iman ialah beriman pada Kitab, yakni membenarkan firman-firman Allah didalam kitabNya.

Bagi yang sentiasa amalkan mathurat, doa ini ada di dalam himpunan zikir2 Rasulullah s.a.w. Cuba sama2 kita teliti ayat di atas, betapa Allah memujuk/menenangkan hati hambaNya agar sentiasa tabah dan sabar dengan ujiannya. Dan janganlah kita sombong pada Allah apabila kita x gemar memohon pertolongan Allah..nauzubillahimindzalik... renungkan Firman Allah ini..

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (Ghafir : 60)

inshaAllah, jangan berputus asa dgn ujian Allah, kerana waktu itulah dekatnya kita dgn pertolongan Allah...

Buat sahabat2 ana yg tengah buat FYP,
i'Allah jangan lupa pada pertolongan Allah, kerana andai tiadanya pertolongan Allah, nescaya hancurlah manusia...pesan ust Syukri (PI), "sentiasa bertaqwa pada Allah..."

Buat ana dan teman2 Baitul Hikmah,
sabar dengan ujian Allah, jangan sekali2 biarkan emosi dan nafsu menguasi diri, binalah ukhwah, kerana dari ukhwah, hadirnya jemaah dan dari jemaah kuatnya Islam...

Buat ana dan sahabat yg pernah seangkatan dengan ana di kampus,
perjalanan kita masih terlalu jauh, namun perjalanan mati itu terlalu dekat...carilah dunia utk akhirat kita, carilah ilmu sebagai wasiat kita...

Buat ana dan teman2 ana,
sama2 lah kita mengingati diri kita, kita ini ada amanah, amanah Allah, amanah ibu bapa kita, amanah syarikat yg kita kerja..laksanakan amanah itu dengan Taqwa...

Dan buat SitiFairus hj Muhammad,
selalu yakin dengan pertolongan Allah, tawakal kita pada Allah dalam segala usaha-usaha kita, moga Allah meredhainya.. i'Allah, tiada yang mustahil bagi Allah...cuma kita jangan berhenti berdoa pada Allah disamping usaha2 yang dilakukan.
akhirul kalam...ana mohon doa sahabat2 ana agar ana sentiasa thiqah dalam ketentuan Allah ini, nasihati ana, kerana nasihat ntum, amat bermakna bagi ana dan tidak akan sekali2 ana abaikan...inshaAllah...

*Ya Allah, peliharalah sahabat2ku sebagaimana Engkau memelihara kekasihMu, Rasulullah s.a.w...

No comments:


Doa yang ana ambil dari G7..geng2 G7 ni ramai agaknya yg dah berpunya..i'Allah,sama2 amalkan,moga terbinanya baitulmuslim..


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ulama' pewaris para nabi

Ulama' pewaris para nabi

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya



Sekiranya..

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya

keluar dari terus terlena



Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai

isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku

petunjuk kearah rahmat Mu



Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..



Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang soleha

Isteri yang sentiasa dihati



Amin, amin Ya Rabbal Allamin..