
salam'alaik...post ana yg kedua..berkaitan harakah islamiyyah..mesti ntum sume pernah dengarkan siapa itu As-Syahid Hassan al-Banna?apa itu Ikhwanul Muslimin...bagi yang menjadikan zikir al-Mathurat rutin harian pasti tidak asing terhadap nama as-syahid Hassan al-Banna..beliau la yang menyusun zikir2 Rasulullah s.a.w untuk panduan seluruh umat islam hari ini..inshaAllah utk post ana kali ini ana cuba kupas sedikit perihal hassan al-Banna.
Hassan al-Banna mengasaskan perjuangan gerakan islam setelah kejatuhan khilafah Islam yang terakhir pada 1924.Khilafah Islam yang jatuh akibat lalainya pemimpin2 Islam ketika itu kepada dunia dan rapuhnya Iman dalam setiap peribadi muslim. Penubuhan Ikhwanul Muslimin oleh beliau yang akhirnya menjadi ikon kepada gerakan islam yang lain. Awal abad ke-20, Hassan al-Banna berjaya menyatukan aliran pemikiran di mesir dan merencanakan kembali "manhaj perjuangan islam" dalam usaha menegakkan kembali kemuliaan Islam..jika kita lihat sejarah gerakan islam,byk yang akan kita pelajari, byk iktibar yg bole kita renungkan, tak mampu ana nak tulis semuanya kat sini, cuma ana akan tulis berkenaan manhaj tarbiyyah Ikhwanul Muslimin. Penulisan ana ni yang paling basic kefahaman manhaj tarbiyyah.Apa itu manhaj tarbiyyah dan marhalah2 nya???
As-Syahid Imam Hassan al-Banna yakin dan percaya bahawa usaha mengembalikan manusia kepada Islam mestilah berperingkat dan mnjahui sifat isti'jal atau gopoh. Matlamat beliau mengubah suasana jahiliyah dan mengembalikan cara hidup Islam dalam masyarakat. Hakikatnya tahap-tahap ini telah pun dilalui oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam sirahnya didalam pembinaan peribadi sahabat2 baginda,dimulai dengan taarif, takwin dan tanfiz.Perihal tahap-tahap atau marhalah tersebut ialah
1. Tahap pertama: taarif(pengenalan) : iaitu pada peringkat ini tugas jemaah ialah mmperkenalkan kepada manusia matlamat-matlamat jamaah dan wasilah-wasilahnya serta menarik mereka kepada idea perubahan Islam yg diseru Ikhwanul Muslimin. Pelbagai progam dilaksanakan hanya utk mengajak manusia kepada perjuangan dan semangat cintakan Islam
2.Tahap kedua: Takwin(pembentukan) : iaitu tahap perbentukan. Diperingkat ini berlaku proses saringan dengan memilih unsur-unsur yang dapat membentuk kepuasan bekerja untuk mengembalikan kehidupan dan pemerintahan Islam. Seterusnya mndidik unsur-unsur terpilih dgn didikan rohani, akal dan fizikal sehingga dapat mnjadi pendukung yang akur dgn perjuangan Islam dan berjihad utk meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini.
3.Tahap ketiga: Tanfiz (perlaksanaan) : bekerja secara konsistan hanya untuk Islam. Ia adalah langkah amali yang akan lahir selepasnya kesan sempurna dakwah Ikhwanul Muslimin. Tahap ini tidak akan membuahkan hasil kecuali setelah didahului tahap taarif dan takwin.
Tahap-tahap ini memerlukan kesabaran dan ketabahan yang matlamatnya kemuliaan Islam di muka bumi ini..
(sumber rujukan buku "Memperingati 100 Tahun Hassan al-Banna oleh ridwan mohamad nor")
**mungkin sahabat semua pelik kenapa ana membicarakan perihal Ikhwanul Muslimin pada post kali ni..hakikatnya kita semua ada tanggungjawab memperjuangkan/memartabatkan Islam di muka bumi ini. Kita adalah khalifah Allah yg bertanggungjawab utk memakmurkan dunia dgn nilai2 dan hukum2 Islam...dan perjuangan Islam itu sendiri x akan berjaya dengan berseorangan melainkan melalui jemaah Islam sebagai contoh jemaah Ikhwanul Muslimin..
**ana syorkan sahabat2 baca buku yg mnjadi rujukan ana, byk iktibar dan kefahaman yang bole ntum dapat dari buku tu..InshaAllah...Wallahu'alam untuk post ana kali ni,kalau ada kesilapan mohon ditegur..assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment