Bismillahirrahmanirrahim....alhamdulillah tercapai jugak hajat ana nak menulis hari ni...maaf sahabat semua sbb ana lewat post artikle kali ni...byk sgt yg perlu ana aula kan,syukur segalanya dipermudahkanNya....sepatutnya ana tulis artikle ni 1jam setengah yg lepas, tp tiba2 je handset berbunyi..nak tak nak terpaksa ana jawab memandangkan itu adalah suatu amanah...alhamdulillah,ana sambung balik..post ana kali ni berkenaan dgn islam liberal dalam NGO...
Perlu ana terangkan kat sini perihal maksud islam liberal tu sendiri. Islam liberal adalah satu bentuk pemikiran Jahiliah baru moden yang dianuti oeh sebahagian cerdik pandai Muslim hari ini khususnya yang berlatarbelakangkan pendidikan Barat yang cuba membebaskan diri daripada disiplin ilmu agama yang digagaskan oleh ulamak dan ahlisunnah wal jamaah. Pemikiran ini berasal dari ideologi sekular-liberal yang lahir di Barat. Pada hakikatnya pendokong pemikiran Islam Liberal bermatlamat menimbulkan keraguan terhadap kebenaran agama Islam dalam kalangan penganut-penganutnya.
Akhirnya timbul golongan yang dipanggil Islam Liberal yang tidak merasakan bahawa agama merupakan suatu yang penting dan berharga sehingga mereka boleh menerima amalan murtad. Golongan ini juga tidak merasakan bagaimana manisnya amalan soleh yang dijanjikan pahala serta bahayanya maksiat yang dijanjikan dosa. Golongan ini menjadikan dunia sebagai matlamat hidup walau pun mulut mereka begitu petah bercakap tentang akhirat. Apa yang ada dalam pemikiran mereka hanya keseronokan walau pun terpaksa bergelumang dengan dosa, kemewahan dengan mengenepikan halal dan haram serta saling berebut harta kekayaan dunia walau pun terpaksa mengkhianati amanah dan orang lain.
Golongan ini sentiasa merasakan bahawa segala tindakan mereka yang berwahyukan akal dan bertuhankan nafsu adalah tepat sedangkan sebarang teguran dan larangan berasaskan Islam yang sebenar dianggap sebagai penyekat kebebasan dan kemajuan. Akhlak dianggap masalah peribadi bukannya masalah yang boleh dikawal dengan perundangan. Islam adalah masalah hati bukannya agama yang terlibat dalam mengawal seluruh sistem kehidupan manusia. Apabila penyakit terlalu cintakan dunia dan bencikan kematian merasuk dalam diri maka tunjuk ajar berkenaan akhirat tidak dihirau lagi. Akhirnya wujud orang yang mengaku Islam tetapi perbuatannya tidak melambangkan Islam ( rujukan : darululum)
**sekarang kita dapat lihat,byk ngo2 yg merealisasikan islam liberal, antaranya sister in islam..sahabat ingat x?golongan itu pernah mempersoalkan hukum pembahagian harta dalam al-Quran..golongan itu juga pernah mempersoalkan kewajipan bertudung,seolah2 tudung hanya kehendak peribadi dan bukan arahan dari Allah utk muslimah...contoh yg lain astora jabat yg terang2an menolak hadith..ingat sahabat bahawa beliau prnah menafikan seksa kubur, mengatakan solat hanya 3 waktu dalam Quran??...golongan2 ini lah yg memutarbelitkan agama islam dengan tujuan menggoyah keimanan muslim..mereka hanya bertindak mengikut nafsu mereka..
**sebenarnya byk lagi contoh2 islam liberal yg jelas kita nmpak, tak perlu ana tulis di sini,sbb ntum sume bole tgk sendiri...."GOLONGAN YG CUBA MEMISAHKAN AGAMA DARI KEHIDUPAN/CARA HIDUP MEREKA".....wallahua'alam
3 comments:
Sampai bila mereka buleh tipu diri sendiri?
Dalam kubur nanti rasakanlah seksaan yang kamu permain2kan
(dalam al quran pun ada sebut)
terima kasih kerana tulis artikel n, hakim.
mereka bukan tipu..tp jahil terhadap agama dan isi kandungannya..akal mereka dikaburi nafsu dan sifat cintakan dunia...nauzubillahimindzalik..moga Allah beri petunjuk pada mereka dan melindungi diri kita dan keluarga dari sifat tersebut..inshaAllah..
buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong tunjukkan,saya budak baru belajar, kalau salah tunjukkan..(xpandai bace sendiri..) ^^
Post a Comment