Malam kelmarin ana menggunakan sedikit masa ana untuk menonton Animasi Saladin secara maraton sebanyak 7 episod.... tak caye kan saladin dah 7 episod.... Untuk pengetahuan ntum semua Animasi Saladin Versi Malaysia sehingga hari ini hanya dibuat untuk 2 episod pertama sahaja. Dan 7 Episod yang ana tengok tu versi bahasa arab. Alhamdulillah, faham la jugak sebab bahasa arab yang digunakan bahasa arab mudah. InshaAllah bagi mereka yang menduduki LAA 100 masa kat USM dulu dapat faham serba sedikit episode ini. Terima kasih pada ust yang mengajar :-)
Berbalik pada siri Saladin ini, bagus ditonton untuk mereka yang ingin menguji kefahaman bahasa arab mereka. Cumanya bagi pendapat ana, jalan cerita ini boleh dibuat dengan jauh lebih baik. Mungkin jalan ceritanya hendak disesuaikan dengan pemikiran kanak-kanak 10-12 tahun, jadi sifat-sifat mulia Salahuddin Al-Ayubi tidak terlalu di tonjol kan. Berbeza dengan animasi Muhammad s.a.w The Last Prophet yang hampir 100% menceritakan keadaan bangsa arab dan kehebatan umat Islam semasa zaman Rasulullah s.a.w.. Animasi ini sangat mengagumkan dunia Islam disamping mengagumkan rakyat Malaysia kerana terdapat versi bahasa Malaysia. Hatta ada yang menangis tersentuh hati apabila dipaparkan situasi peperangan UHUD dan Khandak. Peperangan yang Rasulullah s.a.w cedera parah didalamnya dan doa Rasulullah untuk menghadapi peperangan Khandak. Kisah-kisah beginilah yang sepatutnya menjadi ikutan dan teladan bagi anak-anak mahupun dewasa.
Malam semalam, sambil ana menonton Saladin, ana 'compare' kisah Saladin yang ana baca melalui sirahnya. Hidupnya sangat mulia, zaman kanak-kanak menghafal al-Quran, berlatih pedang, menuggang kuda dan semasa dewasanya menjalani latihan perang. Lidah Salahuddin sentiasa basah untuk menceritakan jihad-jihad yang dibawa Rasulullah s.a.w sehingga tentera Islam yang sedikit mampu mengalahkan puluhan ribu musuh di medan peperangan. Tetapi jangan risau, inshaAllah, ana yakin apabila animasi Saladin ini memasuki episod-episod seterusnya, akhirnya ia akan memaparkan kemuliaan dan kehebatan insan yang bergelar Salahuddin Al-Ayubi. (ana pun tengok juga trailer Saladin kat WEB :-)
"Katakanlah, apabila bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu,kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu cintai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya, serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah saatnya sampai Dia mnedatangkan keputusan-Nya. Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik" (surah at-Taubah : 24)
>>'Ulya Illiyin nak sangat menonton animasi ni, tp mesti tiada masalah bagi dia sebab dia mudah memahami bahasa arab :-)
1 comment:
:)ahsanta!
Post a Comment