ada sedikit perkongsian disini yang ana nak kongsi dgn ntum semua, sedikit huraian melalui pengisian di Bakti Masjid At-Taqwa pada 12 Sya'aban yang lepas. Disampaikan oleh Ustaz Hanafiah Abd Razak, pegawai ilmu Falak di jabatan agama negeri Johor. Tajuknya 'Gerhana Bumi'.... ringkaskan tajuknya, namun terlalu banyak rahsia2 Allah yang Allah khususkan utk mereka yang beriman dan berilmu menerokainya...dalam bahasa arab, ia digelar Khusuful Ard. Ustaz menerangkan adalah keadaan dimana bumi hilang daya tarikannya dan kekuatannya yg juga di sebut hilangnya Al- Jazibiya. Hilangnya daya tarikan itu diterangkan sebagai berlakunya bencana2 di bumi disebabkan tangan manusia dan disebabkan dosa2 manusia...
Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. al-'Ankabut : 40
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? Fussilat : 53
Dalam kedua-dua ayat diatas jelas menunjukkan segala kejadian2 dibumi ini , gempa bumi, banjir, puting beliung, gunung berapi dan sebagainya merupakan tanda-tanda
1) kekuasaan dan ujian bagi mereka yang beriman dan bertaqwa
2) Azab akibat kemurkaan Allah pada umat manusia yang sentiasa mengingkari perintah Allah...
lebih malang lagi, ada mereka yang beragama islam menganggap segalanya tiada kene-mengena dengan Tuhan.... seperti yang terpapar di Akhbar semasa Tragedi Tsunami 2006... "Jangan Kaitkan Tuhan dengan bencana tsunami"...yg ditulis oleh golongan Islam Liberal...nauzubillah...mohon dijauhkan keturunan kita dari sifat/pemikiran begitu...
Telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Saiyidina Ali Karamallahu wajha (KW) Baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud " Bila mana umatku melakukan 15 perkara maksiat maka akan mengundang turunnya bala dari Allah SWT", maka sahabat-sahabat terus bertanya "apakah dia 15 perkara itu ya rasulullah" Baginda Rasul s.a.w menjawab
1.Bila mana harta hasil kekayaan berlegar pada orang-orang tertentu sahaja.
2.Bila amanah itu dijadikan sumber keuntungan peribadi ", bila mana seseorang apabila menjadi pemimpin telah mencabuli amanah rakyat. Contohnya sesuatu budget peruntukan projek rakyat telah hanya di tawarkan kepada kontraktor tertentu sahaja dimana si pemimpin ada kepentingan tanpa memberi peluang kepada yang lain-lain.
3."Dan Zakat itu dijadikan bayaran hutang". Tidak ada persetujuan dari semua mazhab as-sunnah wal jamaah yang menjadikan zakat itu digunakan bagi membayar hutang.
4. "Bila mana si suami mengikut/menurut kata-kata isteri dalam perkara maksiat" dimana suami mendapat saham. Tidak ada ketaatan dalam bab maksiat. Contoh nya apabila si isteri mengajak si suami pergi ke pusat membeli belah dan meminta sisuami membeli pakaian yang terbelah ke peha atau betis. Maka si isteri pun memakai pakaian tersebut bila pergi bekerja. Si suami akan mendapat saham akhirat atau besubahat dalam maksiat bagi setiap langkah yang dibuat olih si isteri dimana auratnya terdedah. Si suami pula hendaklah menjaga hati isteri dalam bab poligami iaitu mendapat izin dengan cara yang baik. Jikalau ia akan membuat keluarga anak isteri purak peranda maka eloklah dielakkan niat berpoligami.
5. "Bila mana anak mula derhaka kepada ibu dan bapa".
6. "Bila mana anak-anak baik sangat dengan kawan-kawan tetapi mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu dan ayah"
7. "Bila anak menjauhkan diri dari ibu dan ayah"
8. "Bila mana suara ditinggikan didalam surau/masjid" , bila terdapat pertelingkahan pendapat oleh fahaman tertentu di rumah Allah SWT.
9. "Bila mana ia jadi ketua bagi suatu kaum dimana akhlaknya adalah yang terhina sekali". Diantara ciri pemimpin yang patut dipilih adalah:
9.1 Beriman dan bertawakkal
9.2 mengamalkan suruhan Allah SWT dan sunnah
9.3 Amanah dan jujur
9.4 Berjiwa rakyat
10. "Bila mana seseorang dimuliakan kerana kejahatan"
11. "Bila mana arak diminum dimerata tempat"
12. "Bila mana kain sutera banyak dipakai kaum lelaki."
13. "Bila mana para artis disanjungi"
14. "Bila muzik banyak dimainkan atau berkumandang diudara." .
15." Bila generasi sekarang melaknat umat terdahulu". Bila mana menolak hadith sohih dan para ulamak mashyur.
Sahabatku sekalian, jika kita teliti balik segala 15 perkara ini, hakikatnya kini memang benar2 berlaku disekeliling kita. Hampir dengan kita...adakah kita semua ingin mengundang azab Allah?? nauzubillahiminzalik.....
Wahai saudara2 ku, hindari lah azab Allah, jauhilah segala perkara yang mengundang kemurkaan Allah...
3 perkara yang akan menolak azab Allah
1) Golongan yang sentiasa bersyukur pada Allah
2) Golongan yang sentiasa teguh mendirikan solat
3) Golongan yang sentiasa bertaubat, yang taubatnya menyesali atas segala perbuatannya...
jika tiada golongan-golongan ini, maka tunggulah azab yang pedih dari Allah s.w.t...nauzubillahimindzalik....
Allah telah menerangkan segala-galanya melalui Al-Quran dan Rasulullah s.a.w.. seperti firman-Nya
Sebenarnya orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat keterangan Kami, tidak terselindung keadaan mereka dari (pengetahuan) Kami. (Kalau sudah demikian), maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam Neraka lebih baik atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat? (Katakanlah kepada orang-orang yang menyeleweng itu): Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya). Fussilat : 40
No comments:
Post a Comment