SAHABAT-SAHABIAH

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."
Remember Allah Always

Tuesday, November 29, 2011

Para Malaikat Mencari & Memenuhi Majlis Zikir


Dengan Nama Allah, malam ni ana nak menukilkan sedikit di blog ini, terkenang semasa di USM dulu, waktu2 begini la selalu nak menulis blog. Walauapapun, kene terima hakikat, diriku bukan lagi pelajar USM ;-)..

Sekadar coretan ringkas, bertujuan perkongsian, moga ada sahamnya disisi Allah s.w.t.. insh Baru-baru ni, ana ada mendengar kuliah daripada Tuan Guru Ust Haron Din berkenaan majlis ilmu. Ustaz berkongsi hadith Rasulullah s.a.w berkenaan majlis-majlis ilmu...

Dari Abu Hurairah ra berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai malaikat-malaikat yang berkeliling di jalan-jalan untuk mencari para ahli zikir (majlis zikir), jika mereka menemukan sesuatu kaum yang berzikir kepada Allah lalu mereka memanggil kawan-kawannya (para malaikat): “Kemarilah, di sinilah ada yang engkau semua cari” Mereka lalu berputar di sekeliling orang yang berzikir itu serta menaungi mereka dengan sayap-sayapnya sampai ke langit dunia.
Allah lalu bertanya kepada mereka, dan tentu Allah sebenarnya lebih Maha Mengetahui hal itu. Firman Allah:“Apakah yang diucapkan oleh hamba-hamba Ku?” Para malaikat menjawab: “Mereka itu mensucikan-Mu, membesarkan-Mu, memuji serta mengagungkan-Mu (bertasbih, bertakbir, bertahmid dan bertamjid)”

FirmanNya: “Apakah mereka melihat Aku?” Malaikat menjawab “Tidak” FirmanNya: “Bagaimanakah sekiranya mereka dapat melihat Aku?” Dijawabnya: “Andaikata mereka melihat Engkau, tentulah mereka akan lebih giat ibadahnya pada Mu, lebih sangat mengagungkan-Mu juga lebih banyak pula bertasbih pada-Mu”.

FirmanNya: “Apakah yang mereka minta?” Dijawabnya: “Mereka meminta syurga” FirmanNya: “Adakah mereka pernah melihat syurga?” Dijawab: “Tidak, demi Allah, mereka tidak pernah melihat syurga” FirmanNya: “bagaimanakah andaikata mereka pernah melihatnya?” Dijawab: “Andaikata mereka pernah melihatnya, tentulah mereka akan lebih ingin lagi masuk syurga, lebih mencarinya dan lebih besar keinginan mereka pada syurga tadi”

FirmanNya: “Dari mereka apakah memohon perlindungan?” Dijawab: “Mereka mohon perlindungan daripada nerakaMu” FirmanNya: “Adakah mereka pernah melihat neraka itu?” Dijawab: “Tidak, demi Allah mereka tidak pernah melihatnya” FirmanNya: “Bagaimanakah andaikata mereka pernah melihatnya?” Dijawab: “Andaikata mereka pernah melihatnya, tentulah mereka akan lebih sangat larinya dan lebih sangat takutnya pada neraka itu” FirmanNya: “kini Aku hendak mempersaksikan kepadamu semua bahwasanya Aku telah mengampunkan mereka itu”

Nabi saw bersabda: “Ada salah satu di antara malaikat itu berkata “Di kalangan orang-orang yang berzikir itu ada seorang yang sebenarnya tidak termasuk golongan mereka, ia datang kerana ada sesuatu hajat belaka” Allah berfirman: “Mereka adalah termasuk satu majlis dan tidak akan celakalah orang yang suka menemani mereka itu – yakni orang yang datang itupun memperoleh pengampunan pula” (Muttafaq Alaih)

*Sedangkan para malaikat mencari majlis zikir, mengapakah kita liat untuk mencari majlis zikir. Mana-mana majlis yang didalamnya disebut Nama Allah, dibacakan Al Quran & mengingatkan manusia pada Allah, penuhilah ia, kerana ia bermanfaat pada kita.
Benarlah seperti hadith diatas, sekiranya kita nampak kebaikan dan keberkatan majlis zikir, sudah pastilah kita tidak melepaskan walau satu majlis zikir. Sahabat seakidahku termasuk diriku, yakinilah, kata-kata Rasul bukanlah dusta kerana itu sifat mustahil bagi nabi. Sedangkan janji Allah itu tersangatlah benar. Janganlah kita sering tertipu dengan janji syaitan yang sudah pastilah syaitan itu pendusta...

Wallahualam....

Wednesday, November 16, 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w.... terasa seakan Baginda s.a.w berada dihadapan kita....


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, pada malam ni ana rasa tenang sikit, rasa nak menulis pula, mungkin cuba untuk menenangkan diri menghadapi tasmi' hari ahad ni..huhu.

Apapun hari ini ada perkara yang ana nak kongsikan melalui pengisian ust di Surau Menara TM. Ustaz hari ni mengupas sedikit berkenaan khutbah terakhir Rasulullah s.a.w semasa di padang Arafah..Maha Suci Allah, sesetengah pendapat ulama menyatakan khutbah ini salah satu mukjizat Nabi s.a.w... Kenapa?? kerana seluruh jemaah haji pada masa itu dapat mendengar dengan terang dan jelas kata-kata Nabi walaupun pada waktu itu tiada mikrofon, tiada pembesar suara, yang ada hanyalah padang pasir yang terbentang luas. Dan dengan kebesaran Allah juga, isi kandungan khutbah yang dibaca 1400tahun yang lalu ini bersesuaian dengan semua zaman, hatta zaman sekarang mahupun 100 tahun akan datang dan sehingga kiamat sekali pun... jom sama-sama kita teliti Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w....

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.


Wahai Manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.


Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.


**maha suci Allah, seakan2 terasa Rasulullah berada di hadapan ku mengingatkan ku.....**

Doa yang ana ambil dari G7..geng2 G7 ni ramai agaknya yg dah berpunya..i'Allah,sama2 amalkan,moga terbinanya baitulmuslim..


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ulama' pewaris para nabi

Ulama' pewaris para nabi

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya



Sekiranya..

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya

keluar dari terus terlena



Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai

isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku

petunjuk kearah rahmat Mu



Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..



Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang soleha

Isteri yang sentiasa dihati



Amin, amin Ya Rabbal Allamin..