SAHABAT-SAHABIAH

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."
Remember Allah Always

Sunday, July 25, 2010

Hadirnya 15 Sya'aban....


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.... alhamdulillah, diberi kesempatan pada kita menemui bulan Rejab dan Sya'aban yang penuh barakah....esok malam menjelangnya malam 15 Sya'ban yang juga dikenali sebagai Malam Nifsu Sya'ban...

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, Riyadh: Maktabah al-Ma`arf

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie)

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.


Wahai sahabat2 dan diri ana khususnya, marilah kita sama mengislah diri kita, hidupkanlah malam yang penuh keberkatan itu. Persiapkanlah diri kita dalam menghadapi bulan yang penuh keberkatan di setiap malamnya...itulah bulan yang sentiasa dinantikan oleh umat Islam, bulan yang Allah sediakan khusus buat hambanya yang beriman..bulan yang terdapat malam lailatulqadar....bulan ibadah.....i'Allah moga Allah sampaikan kita semua ke 'Universiti Ramadhan'......


اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان

Ya Allah, berkatilah bagi ku Rejab dan Sya'ban dan sampaikan aku ke Ramadhan.

Gerhana Bumi.....mengapa kita mengundang kemurkaan Allah?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani......Syukur Alhamdulillah...lama sangat ana tak menulis disini....sehinggalah memasuki bulan Sya'aban. Hari ini 13 Sya'aban.... ana harap, semua sahabat2 ana sihat walafiat....sahabat2 di USM, sahabat2 di parit buntar, sahabat2 di Annexe 1 dan 2, sahabat di Mesir dan di Jordan....dan semua yang mengenali penulis blog ini...secara zahirnya ataupun secara tertutup...semoga ntum semua berada dalam keredhaan Allah....inshaAllah..

ada sedikit perkongsian disini yang ana nak kongsi dgn ntum semua, sedikit huraian melalui pengisian di Bakti Masjid At-Taqwa pada 12 Sya'aban yang lepas. Disampaikan oleh Ustaz Hanafiah Abd Razak, pegawai ilmu Falak di jabatan agama negeri Johor. Tajuknya 'Gerhana Bumi'.... ringkaskan tajuknya, namun terlalu banyak rahsia2 Allah yang Allah khususkan utk mereka yang beriman dan berilmu menerokainya...dalam bahasa arab, ia digelar Khusuful Ard. Ustaz menerangkan adalah keadaan dimana bumi hilang daya tarikannya dan kekuatannya yg juga di sebut hilangnya Al- Jazibiya. Hilangnya daya tarikan itu diterangkan sebagai berlakunya bencana2 di bumi disebabkan tangan manusia dan disebabkan dosa2 manusia...

Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. al-'Ankabut : 40


Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? Fussilat : 53

Dalam kedua-dua ayat diatas jelas menunjukkan segala kejadian2 dibumi ini , gempa bumi, banjir, puting beliung, gunung berapi dan sebagainya merupakan tanda-tanda
1) kekuasaan dan ujian bagi mereka yang beriman dan bertaqwa
2) Azab akibat kemurkaan Allah pada umat manusia yang sentiasa mengingkari perintah Allah...
lebih malang lagi, ada mereka yang beragama islam menganggap segalanya tiada kene-mengena dengan Tuhan.... seperti yang terpapar di Akhbar semasa Tragedi Tsunami 2006... "Jangan Kaitkan Tuhan dengan bencana tsunami"...yg ditulis oleh golongan Islam Liberal...nauzubillah...mohon dijauhkan keturunan kita dari sifat/pemikiran begitu...

Telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Saiyidina Ali Karamallahu wajha (KW) Baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud " Bila mana umatku melakukan 15 perkara maksiat maka akan mengundang turunnya bala dari Allah SWT", maka sahabat-sahabat terus bertanya "apakah dia 15 perkara itu ya rasulullah" Baginda Rasul s.a.w menjawab

1.Bila mana harta hasil kekayaan berlegar pada orang-orang tertentu sahaja.
2.Bila amanah itu dijadikan sumber keuntungan peribadi ", bila mana seseorang apabila menjadi pemimpin telah mencabuli amanah rakyat. Contohnya sesuatu budget peruntukan projek rakyat telah hanya di tawarkan kepada kontraktor tertentu sahaja dimana si pemimpin ada kepentingan tanpa memberi peluang kepada yang lain-lain.
3."Dan Zakat itu dijadikan bayaran hutang". Tidak ada persetujuan dari semua mazhab as-sunnah wal jamaah yang menjadikan zakat itu digunakan bagi membayar hutang.
4. "Bila mana si suami mengikut/menurut kata-kata isteri dalam perkara maksiat" dimana suami mendapat saham. Tidak ada ketaatan dalam bab maksiat. Contoh nya apabila si isteri mengajak si suami pergi ke pusat membeli belah dan meminta sisuami membeli pakaian yang terbelah ke peha atau betis. Maka si isteri pun memakai pakaian tersebut bila pergi bekerja. Si suami akan mendapat saham akhirat atau besubahat dalam maksiat bagi setiap langkah yang dibuat olih si isteri dimana auratnya terdedah. Si suami pula hendaklah menjaga hati isteri dalam bab poligami iaitu mendapat izin dengan cara yang baik. Jikalau ia akan membuat keluarga anak isteri purak peranda maka eloklah dielakkan niat berpoligami.
5. "Bila mana anak mula derhaka kepada ibu dan bapa".
6. "Bila mana anak-anak baik sangat dengan kawan-kawan tetapi mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu dan ayah"
7. "Bila anak menjauhkan diri dari ibu dan ayah"
8. "Bila mana suara ditinggikan didalam surau/masjid" , bila terdapat pertelingkahan pendapat oleh fahaman tertentu di rumah Allah SWT.
9. "Bila mana ia jadi ketua bagi suatu kaum dimana akhlaknya adalah yang terhina sekali". Diantara ciri pemimpin yang patut dipilih adalah:
9.1 Beriman dan bertawakkal
9.2 mengamalkan suruhan Allah SWT dan sunnah
9.3 Amanah dan jujur
9.4 Berjiwa rakyat
10. "Bila mana seseorang dimuliakan kerana kejahatan"
11. "Bila mana arak diminum dimerata tempat"
12. "Bila mana kain sutera banyak dipakai kaum lelaki."
13. "Bila mana para artis disanjungi"
14. "Bila muzik banyak dimainkan atau berkumandang diudara." .
15." Bila generasi sekarang melaknat umat terdahulu". Bila mana menolak hadith sohih dan para ulamak mashyur.

Sahabatku sekalian, jika kita teliti balik segala 15 perkara ini, hakikatnya kini memang benar2 berlaku disekeliling kita. Hampir dengan kita...adakah kita semua ingin mengundang azab Allah?? nauzubillahiminzalik.....

Wahai saudara2 ku, hindari lah azab Allah, jauhilah segala perkara yang mengundang kemurkaan Allah...

3 perkara yang akan menolak azab Allah
1) Golongan yang sentiasa bersyukur pada Allah
2) Golongan yang sentiasa teguh mendirikan solat
3) Golongan yang sentiasa bertaubat, yang taubatnya menyesali atas segala perbuatannya...

jika tiada golongan-golongan ini, maka tunggulah azab yang pedih dari Allah s.w.t...nauzubillahimindzalik....

Allah telah menerangkan segala-galanya melalui Al-Quran dan Rasulullah s.a.w.. seperti firman-Nya

Sebenarnya orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat keterangan Kami, tidak terselindung keadaan mereka dari (pengetahuan) Kami. (Kalau sudah demikian), maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam Neraka lebih baik atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat? (Katakanlah kepada orang-orang yang menyeleweng itu): Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya). Fussilat : 40

Wallahualam...

Doa yang ana ambil dari G7..geng2 G7 ni ramai agaknya yg dah berpunya..i'Allah,sama2 amalkan,moga terbinanya baitulmuslim..


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ulama' pewaris para nabi

Ulama' pewaris para nabi

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya



Sekiranya..

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya

keluar dari terus terlena



Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai

isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku

petunjuk kearah rahmat Mu



Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..



Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang soleha

Isteri yang sentiasa dihati



Amin, amin Ya Rabbal Allamin..