SAHABAT-SAHABIAH

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."
Remember Allah Always

Wednesday, September 24, 2008

10 malam terakhir...kuih raya..solat tahajjud.??


assalamualaikum....sahabat semua...segala puji bagi Allah...alhamdulillah...hari ni masuk hari ke-24 Ramadhan 1429H...kira2 kurang 6 hari je lagi umat Islam seluruh dunia menyambut hari kemenangan....bukan kemenangan setelah penat berpuasa,tetapi kemenangan melawan nafsu sepanjang kita berpuasa...melawan nafsu makan minum dan syahwat sepanjang hari hanya kerana Allah Taala...
"Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah saw bersabda “Semua amalan anak Adam adalah untunya kecuali puasa, kerana puasa itu untukKu dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang sedang berpuasa, janganlah berkata keji dan meninggikan suara, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah “Aku sedang berpuasa”. Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang yang sedang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah Azzawajalla daripada bau misk. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira kerana puasa mereka” Muttafaq Alaih

>>ana rasa ni post ana terakhir kot sebelum bulan syawal menjelma, saje nak berkongsi dgn sahabat semua disamping mengisi waktu2 lepas subuh

>>hari-hari ramadhan berlalu...ada diantara kita berasa sedih dengan pemergian ramadhan kerana disaat mereka awalnya menanti kehadirannya kini meniti pemergiannya...x lupa pula yg seronok dengan kehadiran syawal dan bersiapsedia menghadapinya sejak sebelum Ramadhan lagi...itulah jenis2 manusia zaman skrang...tetapi hakikatnya Ramadhan akan pergi dan syawal akan menyusul..itulah sunnahtullah..

10 hari terakhir ramadhan, adalah antara waktu yg ditunggu2 oleh 2 jenis golongan
1)golongan yang menanti/memburu lailatulQadr...
2)golongan yang bersiap sedia/pecutan terakhir bersiap sedia menghadapi syawal..
jom kita renung dua golongan nie

>>mungkin selepas ni sahabat semua akan bersedia balik rumah kan, kemas rumah, buat persiapan raya....ada sahabat ana bg tau semalam bila kita dh balik rumah mmg susah kita nak istiqamah dalam ibadah sebagaimana kita berada di kampus..mmg ana x nafikan, untuk diri ana sendiri...tp macam mana kalau kali nie kita cuba sedaya upaya kita untuk menafikan kata2 nie..even kalau kita x dapat nak iktikaf kat masjid,tapi sekurang2nya kita hidupkan malam2 terakhir ramadhan kat rumah kita...rasa tu xkan menjadi alasan tul x??inshaAllah kita sama2 cuba ek..azam dengan usaha.

>>skrang ni pun waktu puncak orang buat mcm2 kuih raya..semperit la, sarang semut, rempeyek mcm2 lagi...biasanya satu malam dihabiskan. kita sanggup utk berjaga malam untuk menyiapkan kuih raya, tp sementara menunggu kuih raya dalam oven tu, apa salahnya curi sedikit masa utk solat tahajjud..solat sunat,baca Quran...baru nampak "cantik"...sambil uli tepung tu isi dgn zikrullah..sambil tunggu depan oven tu, teliti mushaf al-Quran, xdela kuih tu hasgus sbb tertido.mudah je kan...kalau mungkin pun x sempat nak solat taraweh kat masjid, buat secara sendirian, atau ajaklah ahli keluarga untuk berjamaah skali...sbb kalao bole jgn tinggalkan solat taraweh melainkan ada uzur syarie. Ye la, sbb bulan ni je ada solat taraweh, bulan syawal nnt dah xde dah....jadi sama2 la kita menghidupkan malam baki2 ramadhan..

>>skrang ni terbit golongan yg ketiga, yg menghidupkan mlm2 ramadhan disamping membuat persiapan raya.. :-)

>>akhir kalam dari ana, ana mohon maaf kepada semua sahabat yg mengenali diri ana jika ada salah silap atau terasa hati dan kepada yg x mengenali diri ana,ana mohon maaf kalau ada post2 yg tersinggung perasaan ntum semua...kepada yg nak balik kampung tu, inshaAllah ana doakan semoga selamat sampai dan sentiasa berada dalam redha Allah....

>>jazakAllah khairon kathira..assalamualaikum w.b.t...
"salam aidilfitri"

Saturday, September 20, 2008

LailatulQadar dan kita??


assalamualaikum.....Maha Suci Allah...skrang kita dah masuk fasa ke-3 ramadhan....fasa kebebasan dari api neraka....sedar x sedar dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan....antara waktu yg ditunggu-tunggu oleh mereka yang mengharap keredhaan Allah s.w.t...

>>pernah x kita ternanti2 untuk menghidupkan malam terakhir ramadhan....atau adakah kita hiasi malam2 terakhir ramadhan dgn menonton bola sepak, main game, gelak tawa yang menunjukkan kita langsung x berusaha mencari keredhaan Allah...
>>Rasulullah s.a.w sering menunggu 10 malam terakhir ramadhan,sedangkan baginda seorang nabi yang maksum..bagaimana dgn kita, adakah kita lebih mulia dan lebih maksum dari baginda?astaghfirulllah...hakikatnya setiap masa, setiap waktu kita sering melakukan dosa..x sudah2 malaikat pencatat amalan menulis amalan kejahatan kita akibat kejahilan dan dosa yang kita lakukan..tp kita pula seakan2 x mengharap keredhaan dan keampunan dari Allah atas dosa2 kita dengan meninggalkan amalan-amalan sunat bulan ramadhan dan sepuluh malam terakhir...
Wahai sahabat dan diriku sendiri...sedarkanlah diri dari hiasan dunia yg fana ini...
Allah s.w.t menjanjikan suatu malam dalam bulan Ramadhan yang nilaiannya lebih baik dari seribu bulan(83 tahun)..Allah menjanjikan kepada seluruh umat Muhammad sehingga kiamat, kepada kita semua...tp kenapa kita masih seperti tidak mengendahkannya??
Renungilah hadith ini...
Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Antara doa terpenting semasa malam al-Qadr..(sumber http://www.zaharuddin.net/)

Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )

Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )

"Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"


Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ? (dipetik dari http://www.zaharuddin.net/)
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.


>>Jadi jelaskan wahai sahabat dan diriku, tiada sebab untuk kita mensia-siakan malam-malam ramdahan...hiasilah ia dgn ibadah2 sunat...hiasilah ia dengan bertaraweh dan berqiamulail, penuhilah saf2 di pusat Islam.....haraplah keredhaan Allah, semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terbaik buat kita...inshaAllah...jazakAllah.. :-)

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Quran dan lailatulQadar...kemuncak bulan tarbiyyah...jgn sia2kan waktu ni


assalamualaikum...ni post ana yg ke-3...tak tau la mlm ni byk tul idea nak tulis lps tido 2 jam td...semangat tu memuncak...jadi sementara semangat tu ada gunakan sebaik mungkin......mlm ni dah masuk malam ke 17 ramadhan, rasa mcm baru semalam je sambut satu ramadhan, tiba2 dah 17....cepatnya..lps ni nak masuk 10 mlm terakhir pulak, malam kemuncak bagi bulan yg mulia ni....

>>17 ramadhan..sejauh mana pengetahuan kita...tau x nuzul Quran tu apa?...kalau tahu bagus la...tp xkan stakat tahu sbb waktu tu kita cuti??..nauzubillah..x sepatutnya mcm tu...kalau mcm tu la pemikiran kita slama ni, gi amik wudhuk, bukak Quran baca terjemahan dan tafsir...hayati dia, semoga berubah pemikiran kita

>>nuzul al-Quran,waktu diturunkan Al-Quran yang menjadi kitab panduan atau "manual-book" untuk seluruh manusia...Al-Quran cukup lengkap untuk kita,..di dalamnya ada ayat-ayat syifa'(kesihatan)...ayat2 hukum...kisah para Anbia(utk iktibar)...dan himpunan doa yg masih dan akan terus "releven" pada seluruh manusia sampailah hari Kiamat...itulah janji Allah...mukjizat Al-Quran, Allah pelihara ia sampai hari kiamat...dah 1400 tahun, tp xde satu ayat pun berubah...subhanAllah

>>kita slalu mngadu x tenang,tension, tertekan, jiwa kacau...tp kenapa kita x cari ketenangan melalui al-Quran??hairan kan?
>>kita slalu mengadu sakit, kita ikhthiar, tp kenapa x pernah susuli ikhtiar tu dengan ayat-ayat syifa' dari Quran??pelik kan?
>>kita selalu takjub kpd saintis2 perubatan barat kerana penemuan2 baru dlm perubatan, walhal mereka sendiri amik dari tafsiran Al-Quran....ganjilkan??

sahabat2 ku bacalah al-Quran, teliti ayat2nya, kaji tafsir2nya , baca terjemahannya dan tuntutlah Ilmu AlQuran....janganlah ia hanya mnjadi hiasan dinding, menjadi hiasan rak buku...

>>berkenaan dgn malam2 terakhir ramadhan...hiasilah ia dgn amal ibadah...gunakan mlm2 yg ada utk ibadah2 sunat...kalao agak2 susah nk bgun malam, pastikan solat isyak dan subuh kita, solat yang berjemaah..kerana ada hadith shahih menyatakan

"siapa sahaja yang mengerjakan solat isyak dengan berjemaah, maka seolah-olah dia telah mengerjakan solat separuh malam. Dan barangsiapa yang mengerjakan solat subuh secara berjemaah, maka seolah-olah ia mengerjakan solat malam seluruhnya.." (riwayat Ahmad-Muslim)

>>jadi,manfaatkanlah baki2 Ramadhan ini....pastikan ia berkesan terhadap hati-hati kita....nasihat utk diri jugak...wassalam.... :-)

sedikit sirah Rasulullah s.a.w brkaitan "pendapat seorang wanita"...hayati dan fahami...


assalamualaikum.....ni post yg kedua...berkisar tentang pentingnya peranannya seseorang dalam memberi pendapat/teguran..xkisahla antara muslimin-muslimin atau muslimat-muslimat...tp kali ni ana nak fokus antara muslimin-muslimat....tiba-tiba td ana teringat sebuah kisah(sirah) yg pernah ust ana ceritakan dulu masa kat masjid hudaibiyah...kisah ni mmg ana ingat sampai bila2, terutama bila menerima pendapat/teguran dari mereka yg berlainan jantina..jadi ana pun search la kisah ni kat internet utk refresh balik kisah ni dalam ingatan ana...alhamdulillah, Allah mudahkan,jumpa jugak dgn skali tekan...inshaAllah ana cuba nukilkan kat sini..


ntum sume ingat x kisah perjanjian hudaibiyah??tatkala Rasul s.a.w dan umat Islam dihalang memasuki Makkah untuk menunaikan umrah,walhal pada waktu itu mereka semua sudah berihram...perjanjian dibuat antara Rasulullah s.a.w dan musyrikin makkah...perjanjian itu penuh dgn ketidak-setujuan dari para sahabat, tp Rasulullah tahu perjanjian tu akan menguntungkan Islam....antara output perjanjian tu, Rasulullah s.a.w dan umat islam tidak boleh masuk ke Makkah pada tahun itu,tetapi pada tahun hadapan selama 3 hari...perjanjian itu dicapai dan gagallah umrah Rasul dan umat Islam pada saat ini..Rasulullah menyuruh para sahabat bertahalul untuk keluar dari ihram...sebanyak 3 kali Rasul s.a.w mengarahkannya, tp mereka diam dan tidak melakukannya..kemudian Rasul masuk ke dalam khemah dalam keadaan muka merah padam..saat itu, isterinya,ummu salamah bertanya pada Baginda, "wahai Rasulullah,kenapa mukamu marah?Baginda menjawab, bagaimana aku tidak marah, sedang 3 kali aku memerintahkan sahabatku utk bertahalul, tetapi mereka tidak melakukannya, aku takut kalau aku mengarahkan buat kali keempat akan turunnya azab Allah pada mereka." Pada ketika itulah pendapat seorang isteri, ummu salamah menasihati baginda,"Wahai Rasulullah, bagaimana mereka hendak bertahalul, sedangkan engkau belum bertahalul,..mulailah dikau bertahalul, nescaya mereka akan turut bertahalul"...Rasulullah s.a.w menerima pendapat isterinya, dan mereka semua pun bertahalul...


>>apa yang ana nak ketengahkan dalam kisah ini, jugak diceritakan oleh ust ana..betapa pentingnya juga pendapat seorang muslimat/wanita/isteri dan xde sebab untuk kita(muslimin) berasa ego atas nasihat/pendapat /teguran mereka untuk kebaikan agama Islam..begitu jugak sebaliknya...sebab Rasulullah sendiri tidak berasa ego terhadap pendapat isterinya...


>>ingat balik surah firman Allah dalam surah at-Taubah :


Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. at-taubah:71


>>inshaAllah, sama2lah kita mengambil manfaat daripadanya...ingat,kita hanyalah mata2 rantai,dan pasti akan ada yang terus menyambung mata2 rantai ini...wassalam... :-)

Saturday, September 13, 2008

fasa kedua telah menjelma...di mana kah kita?

assalamualaikum....alhamdulillah hari ni telah 2 hari masuknya fasa kedua ramadhan...telah kita selesaikan 12 hari pertama Ramadhan dan berbaki 18 hari sahaja lagi sebelum ramadhan meninggalkan kita...cuba kita muhasabah diri kita balik 12 hari yg pertama nie...sejauh mana kita telah sampai darjat yg di firmankan Allah dalam al-Quran itu?kita rujuk balik ayat Quran albaqarah 183 "Wahai orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." . Ustaz Kazem ilyas pernah mengupas mengenai ayat ni kat kampus ana sebelum puasa hari tu, beliau berkata,"orang yang berpuasa x semestinya mencapai darjat taqwa". Berapa ramai orang berpuasa tetapi hanya mendapat rasa lapar dan dahaga. Berapa ramai orang yang berpuasa,tetapi hanya berpuasa perut dan mulut, mereka lupa akan anggota2 badan yang lainnya...
cuba kita tgk balik..

Tingkatan puasa mengikut ahli tasawwuf ada 3

1. puasa umum
2. puasa khusus
3. puasa khususul khusus

Puasa Umum - puasa perut dan syahwat, mencegah makan dan minum, dan jimak..
Puasa khusus - puasanya mata, telinga, lisan, kaki, tangan, dan seluruh anggota badan, mencegah penglihatan,pendengaran,perkataan,gerakan yg tidak terpuji bagi syara'
Puasa khususul khusus - adalah puasanya hati ,bersama puasanya anggota badan dan syahwat...

kita dapat menilai diri kita kat mana skrang kan....setelah 12 hari,agak2 smpai x darjat tu?...xpe kita masih ada 18 hari lagi...masa untuk berubah!!!cuba sedaya upaya mendapatkan puasa khususul khusus.....berubahlah kepada muslim yang bertaqwa.. : )






Wednesday, September 10, 2008

kepadamu sahabat...syukran... :-)

salam'alaik...tgh ana duduk pagi2 menahan pening dan sakit perut yg menimpa diri di Ramadhan ke 10, tiba2 je terdengar lagu ni kat IKIM...nasyid berkisar fungsinya seorang sahabat...jadi ana pun masukkan dlm blog ana...ana ucap syukran jazeelan kepada sahabat ana yg banyak membantu ana..terutama dalam part yg ana 'bold' kan bwh tu jugak..

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan.
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala


Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

copyright : unic-sebuah pertemuan

Saturday, September 6, 2008

Mukaddimah Khutbah Rasulullah s.a.w berkaitan Ramadhan...


bismillahirrahmanirrahim...ini muqaddimah khutbah Rasulullah s.a.w perihal Ramadhan...ana dapat ni masa khutbah solat jumaat kat pusat islam kampus ana tahun lepas(nasib baik ana masih simpan lagi)...ana rasa perlunya ana tulis kat sini utk sampaikan dan pengetahuan sahabat skalian...inshaAllah sama2 kita baca dan ambil iktibar...

"Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan syiyam(puasa) dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fukara dan masakin. Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarkannya. Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih;Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya. Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karana beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Ketahuilah! Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri dihadapan Rabb Al-'Alamin.

Wahai manusia! Barangsiapa diantaramu memberi buka kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka disisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu. (Sahabat-sahabat bertanya:" Ya Rasulullah!Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan: Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air. Wahai manusia! Siapa yang membaguskan ahlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir......

Friday, September 5, 2008

sedikit bingkisan Ramadhan.....


assalamualaikum....sahabat sume..ana akhukum fi islam(saya saudaramu se Islam)....ana ucap tahniah pada korang sume sbb masih lagi dihidupkan Allah untuk merasai Ramadhan kali ni(termasuklah diri ana nie)....inshaAllah ana nk kongsi ngan korang ttg kelebihan dan janji2 Allah pada hambanya dalam bulan ramadhan ni...jom sama2 kita renungkan...

1.Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)." (Abu Hurairah r.a)

2.Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

3.Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

4.Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Bukhari & Muslim)

5.Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

6.Daripada Aisyah r.a. katanya: “Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.” (al-Bukhari & muslim)

7.Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (al-Bukhari)

8.Dalam sahih muslim disebutkan bahawa pada malam lailatulqadr seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul-Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang islam,kecuali rumah orang yang ada anjing. Apabila matahari naik esoknya,malaikat-malaikat itu naik semula serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas cahaya matahari,menyebabkan suasana dibumi dingin dan tenang..

9. Daripada Aisyah r.a berkata,aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, jika aku mendapati lailatulqadr,apa yg harus dibuat? Rasulullah s.a.w bersabda; apabila kamu mendapati lailatulqadr,bacalah doa ini " Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,Maha Mulia, Suka Mengampuni, Yang Maha Pemurah, maka ampunilah aku...

>>sahabat sekalian renung2 akan janji Allah ini....kita bertuah sbb Allah bagi peluang merasai ramadhan kali nie...janganlah kita sia2kan ramadhan yang berbaki 25 hari lagi...jadikan ini ramadhan terbaik kita,anggaplah ini ramadhan terakhir kita, tiada lagi ramadhan utk kita tahun hadapan...inshaAllah sama2 kita usaha...

Doa yang ana ambil dari G7..geng2 G7 ni ramai agaknya yg dah berpunya..i'Allah,sama2 amalkan,moga terbinanya baitulmuslim..


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. .. Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ulama' pewaris para nabi

Ulama' pewaris para nabi

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI
Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Merebut cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa

"Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa"

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya



Sekiranya..

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya

keluar dari terus terlena



Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai

isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku

petunjuk kearah rahmat Mu



Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..



Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang soleha

Isteri yang sentiasa dihati



Amin, amin Ya Rabbal Allamin..